Isteri mana yang tak gembira kalau suami ‘belanja’ barang kemas. Tambah pula, tular pelbagai jenis gelang atau cincin emas dengan nama yang pelbagai. Habis semua nama makanan atau haiwan keluar. Pulut dakap, latok, biji anggur, biskut tawar, ekor kucing, lintah, tapak gajah dan sebagainya!
Harga setiap satu pun boleh tahan, tapi kalau ada keinginan untuk belikan untuk isteri pasti para suami sanggup menyimpan sikit-sikit kan? Lagipun pembelian emas ni berbaloi, harganya akan naik. pelaburan terbaik!
Ikuti perkongsian dari seorang suami, Akhtar Syamir tentang keterujaan para isteri bercerita tentang emas.
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Ads
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Ads
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu suya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Ads
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Kongsikan nama-nama emas ini untuk maklumat semua. Senang nak pilih jenis apakah yang akan diusahakan nanti.
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim panas melampau yang melanda negara kita kini membuatkan anak-anak kurang selesa untuk belajar.
Walaupun dibekalkan dengan air dari rumah, namun ada anak-anak kecil yang mula mengadu haus selepas rehat.
Bimbang melihat anak murid tidak selesa dan hilang fokus, seorang guru, Abdullah Kadir tampil membuat inisiatif sendiri untuk membekalkan anak muridnya dengan air secukupnya di dalam kelas.
Keadaan dirinya yang hanya memiliki satu tangan sahaja tidak menghalang guru berhati mulia itu untuk membantu pelajarnya. Apatah lagi dikala musim panas ini.
“Musim panas, anak-anak mengadu selalu dahaga. Anak-anak hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana panas dan sangat dahaga.
“Kalau jadual lepas rehat, lagi mencabar. Panas sangat.
“Air yang ibubapa bekalkan selalunya habis diminum selepas rehat.
“Cikgu ambil inisiatif bekalkan air minuman untuk anak-anak. Mereka boleh minum bila-bilas saja mereka mahu,” tulisnya berkongsi melalui videonya.
Walaupun berpayah kerana mempunyai satu tangan namun ia bukan halangan.
Bekas air besar diletakkan di tepi kelas untuk memberi anak murid selesa.
Paling mengharukan, Cikgu Abdullah turut sama meletakkan lebihan kuih raya yang dibawa dari rumah untuk anak-anak menikmatinya jika kelaparan. Jadi dapatlah anak-anak minum air sepuasnya sambil menjamah kuih raya.
Inisiatif sebegini bukan saja dapat bantu mereka kembali fokus pada isi pembelajaran malah keprihatinan guru ini dipuji wargamaya yang turut sama meninggalkan pelbagai reaksi positif.
Semoga dipermudahkan urusan guru ini kerana ikhlas dan sangat membantu muridkan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang rezeki untuk dapat anak tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat sedikit dan tak kurang juga terpaksa menggunakan alternatif perubatan untuk memastikan impian bergelar ibu ayah tercapai.
Situasi ini turut dilalui oleh pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin yang sehingga kini tidak berputus asa menunggu kehadiran zuriat dan sudah beberapa kali menjalani rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF).
Namun menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Sinar, kelihatan selebriti itu sedang mengagihkan air minuman Bubblebee secara percuma kepada murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3).
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara layanan yang mesra diberikan oleh penyampai radio yang berusia 38 tahun itu kepada murid-murid berkenaan.
Ujar mereka, sifat keibuan dalam diri Elizad jelas terpancar dengan memberi beberapa nasihat kepada murid-murid tersebut untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh selepas ini.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Elizad untuk mendapatkan cahaya mata dipermudahkan dan terus kuat dalam menghadapi dugaan yang diterimanya.
Netizen percaya, perancangan Allah itu adalah jauh lebih baik berbanding perancangan hambanya dan meminta Elizad supaya terus berusaha dan tidak mudah putus asa dalam menunggu zuriat.
“Keibuan sangat ezat ni…pandai dia layan bebudak kalau saya la bertempik budak-budak tu.”
“Suka tengok elizad..saya doakan one day elizad akan dikurniakan zuriat amin5..sabar banyak doa insyaallah Allah akan bagi🥰”
“Nampak dia suka budak-budak dan cepat mesra. Moga ada rezeki satu hari nanti. Amin.”
“Semoga elizad satu hari dikurniakan zuriat ameen3 in sha Allah”
“Soft nya kak elizad. semoga suatu hari nanti Allah bagi rezeki zuriat buat akak🥰”
“Semoga dipermudahkan kakak elizad dikuriakan zuriat, ameen. Twins terus pun tak apa hehe 🤲🏼”
Sekadar info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Abdul Rahman yang juga duda anak dua pada 11 Januari 2015.