Kekeluargaan

“Kenalkan Anakanda Kami” Akhirnya Remy Ishak Kongsi Wajah Anak, Tuah Alam Dah Empat Bulan!

Share

Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.

Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.

Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.

Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.

“Thank you aunties uncles, acik-acik sudi tonton #ohbabyremy 1st Episode tadi.

“Kenalkan Anakanda kami, Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik baik untuk keluarga kecil kami,” katanya.

Bahkan Remy juga turut berterima kasih kepada anak kecil itu yang menyinari hidupnya dan isteri.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah & Bonda,” tulisnya ringkas.

Wajah comel Tuah sudah semestinya dipuji ramai. Wajahnya redup, gabungan wajah ibu dan ayahanda yang tercinta. Memang comel.

Terdahulu, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak berkahwin dengan Ezza pada 20 Ogos 2021.

 

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM