“Penatnya tengok si anak yang tak penat-penat ni” kata si ibu pada anaknya yang berusia 2 tahun. Tanpa ibu sedar sebenarnya fasa ini sangat penting buat si anak untuk meneroka, mencuba sesuatu yang baru termasuklah dalam pertuturanya.
Diamnya hanyalah ketika tidur. Anak dalam fasa ini memang sangat banyak akal. Mereka akan mencuba segalanya. Perkongsian dari Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mungkin akan memberikan penjelasan lebih kepada mama papa yang mempunyai anak sedang membesar.
KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL?
Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.
Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa.
SUKA KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat. Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol. Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini. Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.
SAINTIS CILIK.
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri. Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang. Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.
SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi. Ini juga normal.
Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak. Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi. Ini adalah sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal ialah ibubapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’. Tetapkan jangkaan yang realistik.
Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umumnya, pada peringkat awal usia, kanak-kanak lebih suka bermain sendirian tanpa diganggu oleh orang lain. Barang kepunyaan miliknya tidak boleh diganggu.
Sekiranya ada orang lain mengambilnya, dia akan menangis atau merampas kembali mainan kepunyaan. Oleh itu orang dewasa tidak perlu bimbang kerana hal ini dianggap biasa kepada kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun.
Namun terdapat beberapa cara untuk mendidik kanak-kanak yang bersikap sedemikian. Kanak-kanak kecil mudah meniru orang di sekelilingnya. Tunjukkan contoh positif berkongsi.
Pastikan ada penggunaan perkataan “kongsi” setiap kali bertukar barangannya dengan orang lain.
Dengan cara ini, diharap anak anda dapat belajar bahawa berkongsi itu adalah aktiviti yang menyeronokkan. Pujian yang positif hendaklah diberikan semasa berinteraksi. Secara tidak langsung, anak anda berupaya untuk menguasai kemahiran berkongsi alatan mainan dan barangan lain.
Memang benar kanak-kanak suka bersama dalam kumpulan tetapi dia tidak suka bekerjasama antara satu sama lain. Pastikan terdapat banyak pilihan untuk menghindarkan masalah perebutan alatan. Selain itu, beri penekanan setiap alat mainan perlu dikongsi terutamanya mainan yang menjadi terlalu penting kepada kanak-kanak. Setiap mainan yang digunakan perlu dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan.
Namun, kanak-kanak di bawah usia empat tahun sememangnya tidak memahami konsep masa. Menyuruh si kecil menggunakan alat mainan atau meminjamkannya untuk jangka masa sekejap, tidak memberi apa-apa makna. Dia tidak memahami langsung erti sebentar waktu. Dicadangkan gunakan jam waktu atau isyarat yang membolehkan dia faham bahawa alat yang dipinjam perlu dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan.
Paling penting, sama ada di taska atau tadika perlu ada banyak alatan mainan untuk setiap kanak-kanak bermain. Kekurangan alatan mainan akan menjadi masalah perkongsian mainan. Kanak-kanak akan berkelakuan bertolak ansur apabila mempunyai banyak pilihan dan bebas memilih.
Tindakan tegas, disiplin secara membuta tuli dan menyakitkan perasaan sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak masalah. Oleh itu, gunakan pendekatan bimbingan dengan penuh kesabaran untuk menggalakkan kanak-kanak menjadikan amalan berkongsi menjadi tabiat yang memberi kepuasan kepada dirinya.
Tip aktiviti perkongsian alatan secara kumpulan
Bermain tanah liat
Mewarna
Permainan blok
Mengira buah-buahan
Cari barang tersembunyi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kecil kita yang masih tidak pandai bercakap biarpun usia sudah menjangkau tiga tahun dan ke atas sememangnya amat merisaukan. Namun sebelum kita merujuk kepada yang lebih pakar, apa kata lihat perkembangan anak kita dahulu.
Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Nurul Sheriena Musa, lihat dan nilailah perkembangan asas anak dahulu dan semak samada anak sememangnya terlambat atau ada sebenarnya kurang faham dengan sekeliling dan situasi sehingga menyebabkan dia lambat bercakap. Ini yang boleh mak ayah periksa lebih dahulu.
SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas?
Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau kebolehan untuk bercakap? Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja.
Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama sama bantu anak anak yang ada Isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:
1️. Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita. Sebab mereka sibuk mencari Stimulasi Sensori yang lain. Melompat lah, berlarilah, menggigitlah..
jadi nak pandang mata kita dan dapatkan Eye Contact akan mencabar.
2️. Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.
Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui Verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?
Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk ‘pause’ nyatakan emosi melalui perkataan kan.
Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa apa.
3️. Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.
4️. Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi. Oral Motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.
Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan di mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak
5️. Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari Kemahiran Kognitif.
Anak akan faham duduk maksudnya apa.
Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘duduk atas kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak anak ‘Speech Delay’ ini.
Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg. Kita nampak ais di atas tak nampak ais di bawah yang jauh lebih besar.
Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko Speech Delay macam yang diterangkan di atas tu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan khemah pasukannya.Selepas menerima rawatan...