Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya ? Nakal betul. Selalu pukul orang, kawan-kawan.
Beginilah. Sebenarnya, anak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul, tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih berkembang. Masih lemah.
Mereka masih tak tahu bagaimana nak kawal tangan mereka sendiri. Tak tahu nak bezakan gerakan yang perlahan dan laju.
Gerakan yang menyakitkan dan tak menyakitkan. Mereka masih tak tahu bagaimana nak bersosial dengan baik.
Yelah, baru 2 tahun melihat dunia. Anggota sendiri pun mereka tak ingat lagi nama anggota.
Kita nak expect mereka tahu bagaimana nak bergaul? Expect mereka tahu macam mana nak berkongsi, nak sentuh orang?
Jadi, bagaimana nak didik mereka ini jangan pukul? Boleh cuba begini ya.
1️⃣ Bila anak memukul, pegang tangannya. Jangan ditengking dan dipukul anak itu kembali.
2️⃣ Tunjukkan cara yang betul menggunakan tangan. Berikan bantuan fizikal.
” Abang, kalau nak sentuh adik, bukan macam tu, sentuh lembut macam ni , usap adik ” sambil gerakkan tangan anak lembut. Anak pukul orang, tunjuk macam mana.
Anak baling barang? Ambil tangan anak, ajar dia ambil balik barang tu, ajar dia bagaimana bagi barang dengan betul.
Anak rampas barang kalau dia nak ? Ambil kembali barang yang dia rampas, pegang tangan dia, cakap kalau nak barang, minta elok-elok, tadah sebelah tangan dan cakap nak.
Anak suka jerit ? Beritahu anak, bukan jerit , cakap perlahan. Tunjuk, demonstrasi macam mana cakap lembut tu. Jangan anggap anak tahu. Kita kena anggap anak tak tahu. Jadi kita akan selalu ajar dan ajar.
3️⃣ Selalu bercerita pada anak bagaimana nak berkawan dan sentuh orang.
Tak boleh pukul orang, tak boleh tarik kuat-kuat. Bahagian kepala orang tak boleh dibuat main.
Paling best nak install mindset ini, guna buku cerita. Ceritakan hari-hari. Doktrin sampai anak ingat dan aware.
4️⃣ Ulang selalu, jangan putus asa. Walaupun anak dah tak memukul pada usia 3 tahun, mungkin dia akan ulang kembali pada usia 4 tahun.
Masa tu, jangan cop anak nakal. Ingatkan lagi, cuba cari punca kenapa. Mungkin anak gagal kawal marah. Ajar anak kawal marah bukan gunakan tangan dan kaki.
Mungkin boleh guna squish ball, bantal atau ajar anak deep breathing dan luahkan pada ibu bapa.
5️⃣ Banyakkan game yang mantapkan hand and eye coordination anak.
6️⃣Ibu bapa pun jangan angkat tangan ,pukul anak bila buat salah. Anak umur 3,4 tahun , nak disiplinkan guna hanger. Big No!
Rasulullah pun beri panduan, pukul dibolehkan bila umur 10 tahun. Itupun bersebab dan beradab serta jalan terakhir dalam pendidikan anak-anak.
Kalau kita selalu cubit, sekeh kepala, pukul kaki tangan anak, maaf cakap, mungkin anak itu meniru sebiji apa yang kita buat.
Kitalah punca anak memukul. Jadi nak tak anak, ibu ayah kena ubah dulu. Jadi, bila anak pukul kawan-kawan dia tengah main, jangan rasa macam kenapa anak aku ni, nakal ke ?
Tenang je. Sebenarnya, anak kita tengah belajar. Ambil anak dan asingkan dia. Kita yang kena ajar. Yang mana satu betul dan salah. Ulang selalu. Sampai anak tak pukul dah.
Begitulah jadi ibu ayah, tugasnya bimbing anak sampai kita tua. Tugas bimbing anak akan tamat bila tamatlah nyawa kita.
Kredit: Wan Nur Syakira
Tengah lalui fasa anak suka pukul juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI