Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka.
Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Ads
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Ads
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Ads
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak adalah anugerah Tuhan. Tidak kisahlah sama ada si kecil itu melalui kelahiran normal atau kelahiran bayi pramatang.
Namun, jika sudah ditakdirkan anda mempunyai anak yang lahir tidak cukup umur, ibu ayah perlu persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.
Tak perlu nak rasa rendah diri kerana setiap rezeki yang diberikan pada kita adalah yang terbaik dan Allah tahu kita mampu melaluinya.
Mungkin perkongsian dari Puan Ruqayyah Farhani yang pernah melalui fasa kelahiran bayi pramatang tiga tahun lalu boleh menjadi penguat semangat kepada ibu-ibu lain yang melalui pengalaman sama.
“Hitamnya anak kau”,
“Eh kenapa anak kau kecik?”
“Peliknya anak dia, mak ayah putih. Anak hitam.”
Tiga ayat ini sangat biasa kami dengari bila orang tengok anak kita. Orang pandang jijik, pelik, pandang serong. Sangat tak mudah untuk ibu ayah yang punyai “anak prem”, atau pramatang ini. Fizikal mental dan emosi takkan sama dengan ibu ayah lain yang punyai anak yang lahir-lahir sangat chubby montel comel sihat walafiat dan boleh berpantang bersama baby dengan sangat bahagia di rumah.
Situasi kita takkan pernah sama. Anak yang dilahirkan tak cukup bulan ini perlu stay dalam jagaan NICU selama berbulan-bulan di hospital. Makin pendek bilangan minggu ketika bayi dilahirkan, semakin lama lah tempoh yang perlu baby tinggal di hospital. 29 minggu Marsya dan Maryam dilahirkan dahulu dengan bacaan berat 1.2kg dan 1.3kg sahaja, cukup membuatkan hati aku tersentuh ketika pertama kali aku memasuki bilik NICU untuk melihat mereka.
Tempoh dua bulan lebih Marsya di NICU, pasti ‘terbakar’ kulitnya, menjadi hitam kerana terlalu lama berada di bawah mesin lampu. Makin ringan bayi dilahirkan, makin lama perlu ditahan. Ramai saja yang claim “anak aku prem”, 36 minggu berat 2.3kg. Tetap tidak akan sama situasinya dengan mereka yang melahirkan bayi 1.5kg ke bawah. Ada kawan aku anaknya lahir 500 gram sahaja, berkat kuasa Tuhan anaknya membesar dengan riang sehingga kini. Syukur.
Penulisan aku ini sebagai pujukan buat ibu-ibu yang sedih dan terasa dengan kata-kata orang. Bagi aku, jangan terus bersedih sebaliknya terus fahamkan mereka situasi anak pramatang ini. Betul kita tak dapat nak berpantang bersama bayi di rumah, betul kita tak dapat nak menjalani menjaga bayi kita sendiri serta tidur bersama, menyusu dan sebagainya. Tetapi kita sebenarnya hebat daripada orang lain sebab kita adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk diuji! Ujian tanda sayang.
Tiada istilah berpantang bagi mereka yang ada anak pramatang lahir di bawah 1.8kg. Ujian kita takkan pernah sama. Tapi nikmat kesabaran terlalu indah untuk diungkapkan dalam membesarkan anak-anak ini. Kenangan bunyi mesin setiap kali menjejakkan kaki ke NICU itu masih segar sehingga kini.
Syukur, anak membesar seiring bersama anak-anak yang lain biarpun sedikit lambat dari segi perubahan warna kulit. Hanya yang merasai sahaja yang faham.
Peace no war.
Ruqayyah Farhani,
Geng ibu-ibu anak pramatang Malaysia.
1.2kg & 1.3kg. Berat sikit dari sekilo gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dah kerap sangat ditengking ibu dan ayah tentu si anak jadi takut dan rasa ingin tahunya terbantut.
Sedarkah ibu ayah tengkingan anda ketika anak sedang mencuba sesuatu yang dianggap pelik dan merepek menjejaskan kepintaran mereka?
Tanpa sedar sebenarnya keinginan anak untuk tahu sesuatu perkara menyebabkan mereka ingin explore dan cuba buat benda yang ibu ayah anggap pelik adalah ciri anak yang bijak.
Dr Taufiq Razif mengingatkan semua ibu ayah agar berhati-hati dalam tindakan mereka sebelum memberi kesan buruk pada perkembangan mereka.
ANAK SAYA NI BODOH KE?
“Sebelum tu saya nak tanya Puan. Anak puan suka sepahkan barang tak? ”
“Suka je.”
“Apa yang Puan nampak masa anak Puan tu sepahkan barang?”
“Saya nampak dia duk curah air dalam gelas. Pastu letak sirap. Katanya nak tengok sirap beku ke tak dalam peti ais.”
Apa Puan buat nampak anak buat benda tu?
“Saya mana tahan anak buat benda pelik-pelik dan sepahkan barang ni. Saya apalagi terus jerit dan jerkah anak saya tu!! ”
“Puan tahu tak puan DAH BUNUH SEORANG SAINTIS di rumah puan?”
Hahhhh! Kenapa????
Puan, sebenarnya apa yang anak puan buat tu adalah dia sedang cuba EXPLORE & EXPERIMENT.
Rasa ingin tahu anak puan pada waktu tersebut sebenarnya mengalahkan perasaan ingin tahu seorang saintis!
Jerkahan dan tengkingan Puan tadi dah bunuh rasa ingin tahu, rasa ingin explore dan rasa ingin bereksperimen anak Puan sendiri!
Perasaan tu lah sebenarnya yang membuatkan anak Puan jadi kreatif dan bijak.
“Nak anak Puan jadi bijak balik tak?”
“Nakkk!!!”
Pergi hidupkan balik perasaan INGIN TAHU anak Puan tu secepatnya sebelum perasaan tu hilang buat selama lamanya.
TIADA ANAK YANG BODOH, YANG ADA HANYALAH ANAK YANG DAH TUMPUL RASA INGIN TAHUNYA
p/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye dan klik je link ni untuk belajar ilmu mendidik anak secara percuma t.me/NotaTaufiqRazif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.