Memang lumrah di kalangan anak kecil akan buat perangai sejak dapat adik baru. Walaupun masih kecil tapi perasaan cemburu tu adalah perkara normal dan datang secara semula jadi.

Biasanya ia akan berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara 18 hingga empat tahun. Selain daripada faktor usia yang masih belum matang, kadangkala jarak usia yang terlalu jauh juga menyebabkan mereka rasa kehadiran adik sebagai satu ganbgguan.

Mereka merasakan perhatian dari ibu ayah sudah beralih kepada adik baru menyebabkan timbul perasaan cemburu. Sebagai salah satu cara untuk kembali mendapatkan perhatian tersebut, si kecil mula buat perangai atau menjadi nakal.

Ibu ayah perlu mencari jalan penyelesaian yang bijaksana. Jangan terus memarahi si kecil  sebaliknya perlu memahami apa punca masalah anak bersikap nakal daripada biasa.

Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian yang melalui sendiri pengalaman anak sulungnya tiba-tiba berubah menjadi nakal lebih daripada kebiasaan membuatkan ibu ini mencari punca sebenar dan jalan penyelesaiannya.

Anak Berubah Tingkah Laku

Ada sekali tu mak zaty tanya,

“Fayyadh memang nakal macam ni ke kak?”

“Takdelah mak. Sejak-sejak dapat adik ni je tiba-tiba perangai berubah jadi nakal. Sebelum ni okay je dia. Cakap sekali, terus ikut”

Mak zaty terkejut bila tengok perangai cucu dia sejak-sejak zaty berpantang ni. Zaty lagiiii lah terkejut. Rasa macam dah tak kenal anak sendiri.

Tiba-tiba perangai fayyadh banyak sangat berubah sejak dapat adik baru. Berubah 180 darjah. Sampai terdetik dalam hati, “anak aku ke ni?”

Tapi Alhamdulillah, perangai nakal fayyadh slowly dah berkurang sekarang. zaty berjaya kenal pasti punca dia jadi macam tu dan berjaya apply beberapa cara untuk kurangkan perangai macam-macam dia.

Patutlah sebelum ni zaty dapat banyakkk sangat PM ibu-ibu berpantang yang stress dengan perangai anak sulung bila dapat adik baru.

Kenapa Anak Buat Perangai Sejak Dapat Adik Baru? Buat Langkah Ini
Tiba-tiba anak berubah sikap bila dapat adik baru

Anak Culture Shock

Okay, zaty dah faham sekarang.

Ibu ayah yang planning atau dah memang on the way nak dapat baby baru especially anak kedua memang kena betul-betul ready dari segi mental dan emosi.

IKLAN

Tak kisahlah anak kedua ni beza umur dengan yang sulung tu setahun, dua tahun, even 5 tahun. Kita akan tetap dapat kejutan yang tak disangka daripada anak sulung. So, get ready dari sekarang.

Secara logiknya, selama ni anak sulung rasa dialah satu-satunya kesayangan ibu ayah. Selama ni perhatian ibu ayah hanya pada dia. Makan bersuap, tidur berdodoi, sepanjang masa dapat belaian, pelukan, ciuman, gurauan.

Tiba-tiba ada satu hari tu, ibu dia bawa balik baby baru. Ibu dia peluk dan cium adik baru. Sepanjang masa ibu asyik dengan baby baru. Sepanjang masa juga ibu sibuk dengan tempoh berpantang.

Haa, waktu ni anak sulung akan mula keliru. Siapa yang ibu dukung dan dakap tu. Kenapa perhatian ibu dah mula bukan pada dia, tapi pada “pendatang baru” tu. Kenapa ibu macam ignore kewujudan dia kat dalam rumah tu.

Anak sulung sendiri tiba-tiba jadi “culture shock”. Semalam ibu baru layan dia macam raja. Hari ni ibu dia dah macam tak nampak dia kat depan mata.

Kenapa Anak Buat Perangai Sejak Dapat Adik Baru? Buat Langkah Ini
Mungkin anak rasa risau ibu ayah tak sayang dirinya lagi

Apa Yang Anak Rasa?

Apa yang anak sulung rasa? Of course emosi dia terganggu. Rasa sedih, marah, tak puas hati. Akhirnya akan berlaku protes dengan tunjukkan sikap yang berbeza atau perangai yang tiba-tiba berubah.

Baca: Ajar Anak Sulung Cara Tunjukkan Sayang Pada Adik Supaya Tak Menyakiti Kerana Terlampau Sayang Dan Geram

1) Anak akan menangis, meragam, mengamuk tanpa sebab. Contoh : Tengah elok-elok makan, tiba-tiba dia tantrum.

IKLAN

2) Anak akan mula ignore suara kita dan buat sesuatu yang mencabar kesabaran kita. Contoh : sebelum ni main mainan dia cermat je. Tiba-tiba sekarang dia baling semua mainan dia. Lagi kita tegur, lagi galak dia buat.

3) Anak akan mula menjauhkan diri dari kita dan pencilkan/asingkan diri dia. Contoh : kita lepak kat ruang tamu, dia lari duduk dalam bilik senyap-senyap

*macam-macam lagi anak akan buat bergantung pada personaliti yang ada pada diri dia.

Cuba Tip Ini!

Kenapa Anak Buat Perangai Sejak Dapat Adik Baru? Buat Langkah Ini
Biasalah kalau mula-mula anak yang besar ‘culture shock’

So, apa persediaan ibu ayah untuk hadapi situasi ni ?

1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.

So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.

2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.

Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.

IKLAN

Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru

3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.

Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.

Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.

Kenapa Anak Buat Perangai Sejak Dapat Adik Baru? Buat Langkah Ini
Beritahu anak yang besar untuk sayang adik baru

Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.

4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.

Selalu bagitahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.

Sekarang ni dah nampak fayyadh hampir kembali nak jadi budak baik macam dulu semula. Walaupun bukan 100% macam dulu, at least tak jadi terlalu nakal sampai kita rasa stress dan hilang punca.

zaty apply je 4 teknik ni berulang-ulang, tiap-tiap hari kat fayyadh.

Dapat baby baru memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu, kita perlu jaga perasaan dan emosi diri-sendiri, anak sulung dan baby baru. Untuk penjagaan emosi ni, ibu berpantang memang takkan boleh handle sorang-sorang.

Pastikan kita dapatkan bantuan daripada orang yang boleh faham situasi kita dan situasi anak sulung. Minta bantuan suami, mak atau mak mertua untuk sama-sama handle situasi macam ni.

Ezzaty Suffian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI