“Yeay yeay ayah balik” antara ayat yang keluar dari mulut anak-anak saat mendengar kereta atau motor ayah memasuki laman rumah.
Menjerit apabila melihat ayah membuka pintu. Rindu seharian ditinggalkan, tiada teman bermain. Raut wajah anak-anak bertukar ceria!
Ads
Ads
Ads
Kenapa anak kecil gelisah ternanti-nantikan kepulangan atau kehadiran ayah ibu di muka pintu?
Kenapa anak kecil sangat teruja kala melihat kelibat ayah ibu yang ditunggu-tunggu?
Anak kecil bergantung sepenuhnya kepada ayah ibu.
Ayah dan ibu adalah dunia mereka.
Tidak ada orang lain yang anak kecil percayai selain ayah dan ibu.
Si kecil merasa lega apabila insan yang dipercayai muncul di depan mata.
Kehadiran ayah dan ibu menjadikan dunia ini terasa selamat baginya.
Ayah dan ibu jugalah yang diharapkan untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosinya.
Tiada orang lain.
Jangan diabaikan kepercayaan si kecil yang baru hendak mengenali dunia dan seisinya.
Peluklah dia.
Senyumlah pada dia.
Sebutlah namanya.
Jadikanlah penantian itu berbaloi bagi si anak.
Bukan gula-gula yang dinantikan.
Apatah lagi mainan beratus harga.
Sekiranya penantian si kecil tidak diendahkan, apabila bertambah setahun dua dia tidak lagi teruja menanti kerana kekosongan itu telah terisi dengan orang atau benda lain yang lebih ‘menghargai’.
Urutan dan sentuhan dari seorang ibu akan memberikan kelegaan dan ketenangan buat si anak. Apa yang dilakukan ibu ini boleh juga ibu praktikkan untuk si kecil.
Ibu ini, Norafiza Mahmud berkongsi cara urutan yang dilakukan buat anaknya. Katanya urutan ini dilakukan oleh ibunya kepada dirinya. Kini, dia sendiri mempraktikkan urutan tersebut buat anak-anaknya.
Menurut Norafiza, urutan tersebut bukanlah urutan profesional, bukan teknik pakar katanya. Tapi yakin dengan sentuhan ibu, anak-anak menjadi lebih tenang serta bonding yang kuat.
Kini apabila anak-anaknya sudah bersekolah, rutin dilakukan selepas solat subuh. Usai urutan, dia akan membisikkan ke telinga anak untuk mandi & bersiap ke sekolah. Seperti terpukau, anak mengikut sahaja. Selorohnya, itu adalah pukauan ibu!
TEKNIK URUTAN UNTUK ANAK CERGAS DAN SENANG DI KEJUT UNTUK KESEKOLAH
Emak saya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Saya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau. haha.
Pukauan ibu.
INGATKAN IA BUKAN TEKNIK PAKAR
Selalu selepas solat subuh saya urut dia orang. Ini bukan teknik pakar.
Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positive ibu kepada anak-anak.
DOA UNTUK DIBACA SEMASA ANAK DIURUT
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Sepanjang urutan kalian baca dan hembuskan pada badan anak-anak.
IKHTIAR
Ketika anak sakit, selepas mendapat rawatan di klinik dan memberikan ubat-ubatan yang dibekalkan, tidak salah anak-anak diberikan urutan. Sentuhan ibu melegakan hati anak yang sedang sakit. Norafiza memang akan melakukan urutan kepada anak-anaknya.
“Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan hembuskan pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. Doa ibu akan melegakan anak.
TIDAK PERLU BUAT SEMUA, CUMA PASTIKAN KONSISTEN SETIAP HARI
Norafiza berkongsi bahawa ibu bapa tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsistensi pada setiap hari dan pagi.
Dia turut menunjukkan cara dan teknik urutan yang dilakukannya.
Ini adalah urutan belakang.
Urutan badan ini akan membuatkan badan anak rasa bertenaga dan ringan. Kalian boleh melakukan dan mengamalkan urutan ini setiap pagi selepas solat subuh.
Kanak-kanak 90% kehidupan mereka adalah bermain. Badan mereka juga merasa letih dan penat. Urutan lembut ini sangat merangsang kesihatan anak cik oya untuk bebas dari demam, batuk dan sebagainya.
Cik oya sudah bermula dengan urutan ini sejak setahun lepas.
Ini urutan dada dan Perut.
Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
Ini adalah teknik yang cik oya suka. Azraqi juga suka. Dengan DOA agar segala yang mereka belajar di sekolah lebih mudah faham dan cepat di terima. In shaa Allah. Cik oya nampak perubahan mereka.
Urutan telinga ni selalu mak cik oya buat pada cik oya. Ya Allah. Sangat relaxing. Walaupun hanya telinga. Impak dia sangat besar.
Tepuk pada belakang anak. Jika kalian melakukan sewaktu subuh. Bisik sahaja di telinga mereka untuk bangun dan mandi ke sekolah.
Sewaktu urutan. Kejut lembut dan bertanya.
Best tak mommy urut abang?
Pastikan kalian mendapat jawapan dari Mereka. Ini menandakan positive vibe sudah masuk ke minda.
Daripada ” abang, cepat bangun. Jom pergi sekolah”
In shaa Allah. Ini bukan janji. Jika kalian lakukan penuh ikhlas Dan konsisten. Kalian dapat hasilnya.
Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.
1. Taman permainan yang menyeronokkan!
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.
2. Cintai alam sekitar
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayu yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Jom berenang!
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.
4. Yeayy..adik boleh main pasir!
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata – tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.
5. Berkebun
Jika anda ada halaman rumah, rajinkan diri untuk berkebun. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti berkebun juga mengajar si cilik erti tanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, mempelajari sains dan pek kepada alam semula jadi. Dengan berkebun, ia mengajar anak erti tanggungjawab untuk menjaga pokok-pokok dengan menyiramnya. Malahan ia meningkatkan keyakinan diri apabila dia menyaksikan pertumbuhan pokok tersebut di samping menambah ilmu pengetahuan anak tentang pokok.
6. Bermain belon
Warna warni belon memang mengujakan kanak-kanak. Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan kepada si manja. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan anak. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial si manja.
7. Bermain bola
Bermain bola memang sinonim dengan anak lelaki. Tetapi si anak perempuan juga boleh bermain bola bersama. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Anda boleh membaling bola kecil kepada si manja dan menyuruhnya menyambut bola serta memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata – tangan anak di samping menambah daya intelek anak menerusi pemahaman peraturan permainan.
8. Melukis
Mungkin melukis di dalam rumah anak akan berasa bosan, jadi apa kata sesekali bawa anak ke taman dan berikan pensil, warna dan kertas kepadanya. Biarkan si kecil melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cara ini membantu merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukisnya.
9. Bermain dengan haiwan peliharaan
Kanak-kanak suka kepada haiwan. Dengan mendedahkan mereka bermain dengan haiwan peliharaan kanak-kanak belajar untuk bertanggungjawab dan menyayangi haiwan. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan ibu bapa diperlukan supaya anak mencapai potensi optimum dalam dirinya.
10. Shopping!
Bawalah si kecil membeli barangan keperluan rumah bersama. Dedahkan dia kepada cara membeli belah yang bijaksana tanpa perlu membazir. Terangkan apa tujuan dan kenapa membeli sesuatu barangan itu. Ini membantu menambah pengetahuannya. Anda boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli dan mengingat apa barangan rumah yang diperlukan. Secara tidak langsung ini dapat mengajarnya bertanggungjawab. Bagi yang beragama Islam, beri pendedahan kepada anak mengenai kepentingan logo HALAL yang mesti ada sebelum memilih apa jua barangan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kalau main play doh memang leka. Tambah lagi dapat buat pelbagai bentuk yang comel. Kadang bukan anak je yang seronok, ibu ayah pun boleh tumpang sekali bermain.
Kalau nak beli mungkin modalnya banyak juga sebab play doh ni bila kena angin lama-kelamaan akan jadi keras. Tapi untuk anda yang nak jadikan bermain play doh ini aktiviti sensori untuk anak, eloklah buat sendiri.
Modal tak sampai RM10 boleh dapat dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai warna. Cara nak buatnya pun mudah dan puas hati anak main.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Natrah Mohd Isa, hanya guna 3 bahan dah boleh buat aktiviti dengan anak.
Mula-mula, masukkan lotion dulu, kemudian baru tepung, gaul-gaul, baru titik pewarna beberapa titik. Sukatan ni sebenarnya atas kita nak lembut dan puas hati macam mana.
Bila doh dah tak melekat-lekat tu maknanya dah siap! Selamat mencuba ye!
Boleh la anak-anak main dengan mainan masak-masak yang sedia ada. Wangi tau doh kita ni! Hati-hati jangan sampai masuk mulut dan makan ye.