Ibu ayah yang ada anak kecil tentu perasan perubahan tahap kesihatan anak yang kerap dijangkiti batuk, selesema dan cirit birit ketika musim perayaan.
Bayangkan dengan kesibukan menyusun jadual berkunjung ke rumah sanak saudara jauh dan dekat sepanjang cuti hari raya, pastinya sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan anak kecil.
Kekurangan rehat, tidur, kekerapan dicium dan digomol oleh macam-macam orang termasuk makan apa sahaja makanan yang dihidangkan meningkatkan risiko si kecil terkena penyakit berjangkit.
Maklumlah kekuatan tubuh badan si kecil tidak sama seperti orang dewasa.
Setelah puas makan segala macam hidangan di hari raya dan keletihan berkunjung ke rumah sanak saudara, macam-macam jangkitan kuman boleh terkena pada si kecil.
Seorang doktor yang hanya dikenali sebagai Alifnunwau Nymous berkongsi pengalamannya sepanjang bertugas di sebuah klinik di kawasan kampung.
Katanya penyakit seperti batuk, selsema dan cirit-birit adalah masalah utama yang sering dirawat olehnya ketika musim perayaan.
Minggu Lepas Raya Ramai Sakit
Minggu ini aku akan berseorangan di klinik.
Misi dah pesan kat aku.
“Habihlah doktor. Minggu lepas raya ramai patient!”
“Oh ya ka.. memang gitu eh”
“Ya la doktor! Nanti ramai yang sakit perut, cirit birit, demam batuk”
“Semua bantai habis masa raya!”
Aku boleh bayangkan.
Bila kerja klinik ni, environment lain sangat dengan kerja hospital.
Dulu masa kerja kat hospital, aku tak suka duduk klinik sebab aku rasa tak perlu overconcerned dan aku tak tahu nak treat macam mana.. sangat not a clinic person sampai collegue pun tahu
Tapi sekarang tercampak kat klinik.
Kena biasakan diri.
Apa aku belajar dari klinik, rupanya elemen paling penting adalah EDUCATION!
Bagaimana kami perlu educate pesakit tentang sakit mereka, apa yang ok dan apa yang tak, apa yang bahaya, bagaimana menjaga sakit dari rumah, bagaimana menjaga diet, bagaimana nak hidup dengan sihat, bagaimana merancang keluarga, dan segalanya.
Menjadi doktor kampung yang masuk ke segenap masyarakat untuk melihat apa masalah mereka.
Jadi sempena hari raya ini,
Aku nak bagi simple education berkenaan dua complain yang paling common semasa raya (dan sebenarnya tak musim raya pun ada) Aku bagi dalam bahasa semudah mungkin.
1. Batuk selesema.
– Batuk selsema atau kata lainnya URTI – upper respiratory tract infection, kebanyakannya adalah dari virus dan virus adalah self limiting (baik sendiri)
– Tak ada antibiotik untuk URTI berasaskan virus apatah lagi jika tak demam.
– Jika batuk dan selesema baru sehari dua di rumah, TANPA simptom lain, boleh cuba self treat dulu. Minum air masak banyak-banyak. Minum air lagi. Minum air lagi. Banyakkan berehat. Ambil vitamin C. InsyaAllah baik.
– Jika tak baik juga dan
(1) semakin teruk, atau
(2) demam tinggi,
(3) batuk melebihi dua minggu, atau ada
(4) simptom kecemasan paru-paru (tidak dapat bernafas, semput dan sebagainya), sila berjumpa doktor.
– Percayalah batuk selesema (common flu) ini akan baik dengan sendiri walau tanpa ubat dari klinik.
– 90% doktor yang mengalami URTI biasa tidak mengambil ubat, hanya minum air dan terus bekerja, sakit pulih dalam beberapa hari hingga seminggu InsyaAllah.
– Penggunaan antibiotik tanpa keperluan adalah sangat tidak bagus dan boleh menyebabkan ‘antibiotic resistance’
– bermakna selepas ini badan anda susah untuk pulih dari jangkitan, badan anda seolah telah ‘kalis’ atau ‘tak lut’ dengan antibiotik yang diberi.
Bahasa mudahnya berbahaya untuk masa hadapan jika anda terkena jangkitan teruk dan tidak dapat pulih dengan antibiotik yang ada.
– Sebab tu doktor kedekut antibiotik. Sebab depa fikir masa depan hangpa. Maka jangan disangka doktor yang selalu bagi antibiotik itu bagus belaka.
– Cirit birit adalah simptom yang sering didengari yang selalunya berkait rapat dengan keracunan, atau ‘salah makan’, atau AGE (acute gastroenteritis)
– Kebanyakan jenis cirit birit akan hilang dalam tempoh tertentu, dan ianya kadangkala tidak hilang sekaligus. Ada yang hilang setelah sehari, dua hari atau tiga hari namun tanda ia semakin pulih adalah semakin kurang frekuensi dari hari ke hari
Bilakah cirit birit dikatakan bahaya?
(1) Jika tidak mampu makan atau minum – boleh menyebabkan dehidrasi atau kekeringan.
(2) jika disertai dengan demam.
(3) jika berdarah.
(4) jika tidak pulih-pulih juga dan menjadi chronic diarrhoea
– Jika tiada ciri seperti di atas, boleh cuba dengan rawatan rumah seperti minum air sebanyak mungkin. Sebanyak mana yang keluar, sebanyak itu anda harus gantikan masuk.
Ini adalah sedikit sebanyak secara rambang mengenai dua complain paling banyak dijumpai di klinik setiap hari.
Dan aku masih cuba educate pesakit setiap kali.
Sebab apa yang aku sering terjumpa adalah dua jenis pesakit dari dua edge of extremities.
1. Pesakit yang terlalu ‘tidak kisah’ hanya datang bila pesakit sudah terlalu teruk.
2. Pesakit yang ‘terlalu kisah’ hingga baru tercuit sedikit tidak sihat pun datang klinik minta ubat.
Aku kalau boleh tak galakkan makan ubat tanpa keperluan. Jujur aku sendiri pun jarang sangat ambil ubat atau apa jenis supplement.
Kalau batuk selesema demam aku akan self treat at home dan alhamdulillah hampir semuanya baik sendiri, kecuali jika aku rasa akan terkena asthma attack (sebab aku ada asma), maka aku akan rawat untuk elak komplikasi.
Dan jika cirit birit pula aku selalu cakap kat pesakit aku, cirit tak ada ubat. Ubat dia air kosong je. Cuma perlu pastikan air cukup, lagi bagus jika ada stok air garam.
Ubat hentikan cirit tidak bagus kerana menyebabkan usus menjadi statik, terdedah kepada jangkitan, jadi ianya jarang digunakan melainkan jika terdesak dan jika kebaikannya melebihi mudarat yang ada.
Jadi kitalah yang perlu kenali sakit dan tubuh kita, supaya kita tidak ambil ubat tanpa keperluan, dan supaya kita tidak lengahkan apa yang membawa kematian.
1. Tahu bila yang boleh rawat di rumah tanpa ke klinik / ambil ubat tanpa keperluan.
2. Tahu bila yang perlu ke hospital dan perlukan rawatan segera.
Lampiran : tanda-tanda bahaya untuk simptom batuk dan cirit birit. Jika ada tanda ini jangan tunggu lagi. Bawa terus ke hospital.
Semoga bermanfaat dalam limitasi bahasa aku.