Kenapa anak kerap demam, batuk dan selesema. Persoalan ini selalu bermain di kalangan para ibu bapa. Kadang tu ibu bapa pun jadi buntu.
Bukan apa, sebab apabila anak-anak jatuh sakit, kitalah insan yang paling sibuk bekerja memastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Sampai tak tidur malam dibuatnya.
Ads
Ads
Cuba lihat 5 perkara ini!
Ads
Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.
Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.
Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.
Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu, stroller dan sebagainya.
Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.
Bila tahu fakta yang susu ibu halang masalah obesiti anak bila dia besar nanti tentu semua ibu akan berlumba-lumba untuk menyusukan bayi mereka selama yang boleh.
Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.
Masa kecil memang nampak comel kalau badan montel dan gebu tapi bila semakin meningkat usia, badan yang sedemikian akan dilabel sebagai obesiti. Obesiti atau berat badan berlebihan adalah petanda diri yang kurang sihat.
Sebenarnya selain daripada faktor pemakanan yang menjadi amalan, masalah obesiti boleh dihalang sejak daripada usia bayi lagi apabila ibu memberikan susu ibu kepada bayi.
1. Kaya dengan khasiat
Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.
2. Kurang risiko obesiti
3. Risiko gemuk kurang 15%
Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.
4. Tumbesaran sihat
Bayi yang minum susu formula lebih cenderung untuk mendapat obesiti kekal berbanding bayi minum susu ibu secara eksklusif. Ini kerana susu formula biasanya ditambah gula dan juga mengandungi kepadatan kalori yang tidak seiring dengan tumbesaran bayi serta tidak mudah dihadam.
5. Membentuk pola makan sihat
Menyusukan bayi juga mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.
Oleh itu jangan malas untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jika boleh, elakkan daripada pemberian susu yang boleh mendedahkan dia kepada risiko obesiti di masa hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tahu je baby ayah tak ada untuk azankan dia, betul-betul azan Maghrib dia keluar. Allahuakbar besarnya rahmat Allah untuk anak kedua kami, luah Nor Azreen Rahim isteri kepada anggota kumpulan UNIC , Wan Najdi Wan Mohd Noh selepas selamat melahirkan anak keduanya, semalam.
Menurut Najdi, disebabkan tidak dapat mengazankan terus ke telinga anaknya, dia menggunakan aplikasi Facetime sebagai salah satu cara yang boleh dilakukan kerana faktor jarak.
Situasi berlaku ketika dia masih dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada Narathiwat, Thailand kerana memenuhi undangan persembahan bersama UNIC di sana.
“Ketika itu, saya baru tiba di hotel selepas menempuh perjalanan selama hampir 10 jam dari Kota Bharu ke Narathiwat.
“Sampai saja dalam bilik hotel dan mendapat kemudahan wifi, saya menerima pesanan Whatsapp daripada ibu mengatakan isteri mengalami ‘contraction’ dengan bukaan 5 sentimeter,” katanya.
Najdi, 26 berkata, perasaannya gementar dan takut kerana isterinya tidak mengadu sakit atau menunjukkan tanda-tanda bersalin ketika menghantarnya ke lapangan terbang, awal pagi semalam.
Disebabkan situasi itu, Najdi mengambil keputusan pulang segera dari Narathiwat ke Kota Bharu dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
Tambahan pula, pihak hospital hanya membenarkan suami atau ibu sahaja masuk ke dalam dewan bersalin.
“Walau pun terkilan tidak sempat berada di sisi isteri di dalam dewan bersalin, istimewanya anak lelaki kami itu dilahirkan tepat ketika azan Maghrib berkumandang,” katanya hanya sampai ke hospital kira-kira jam 12 tengah malam.
Hasil perkongsian hidup bersama isteri, Norazreen Rahim, Najdi sebelum ini dikurniakan anak sulung, Wan Nur Maisarah, 1 tahun 10 bulan.
Sumber: ig norazreenrahim/najdiunic & metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan pandemik Covid-19 menggusarkan banyak pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pelakon dan selebriti Elfira Loy juga tidak terkecuali.
Dalam musim pandemik ini, Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf lebih selesa menghabiskan masa di rumah untuk memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya kerana bimbangkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik Covid-19 ini.
Namun status diri sebagai influencer dan juga selebriti menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Memetik laporan oleh BH Online, Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.
Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya.
Rayyan Dah Boleh Berjalan & Berdiri, Elfira Kongsi Momen Perkembangan Anak Indah Di Media Sosial
Mengalih bicara mengajaknya bercerita mengenai fasa indah bergelar ibu saat ini, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” katanya lagi.
Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!