Kenapa anak kerap demam, batuk dan selesema. Persoalan ini selalu bermain di kalangan para ibu bapa. Kadang tu ibu bapa pun jadi buntu.
Bukan apa, sebab apabila anak-anak jatuh sakit, kitalah insan yang paling sibuk bekerja memastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Sampai tak tidur malam dibuatnya.
Cuba lihat 5 perkara ini!
- Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.
- Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.
- Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.
- Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu, stroller dan sebagainya.
- Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih