Bila anak dah masuk sekolah, sudah menjadi harapan kita untuk mereka dapat menguasai subjek yang diajarkan di sekolah. Memang lega rasanya bila anak-anak dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka.
Sebagai ibu ayah, kita juga memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak supaya mereka lebih bersemangat dan fokus untuk belajar. Dorongan yang kita berikan kepada anak dapat membantu untuk menyerlahkan potensi dalam diri mereka.
Dapat Markah Tinggi Dalam Peperiksaan
Sebuah video yang dikongsikan oleh nurhafzan6644 menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ibunya.
Berdasarkan keputusan itu, dapat dilihat keputusannya sangat baik dan berjaya memperoleh markah yang tinggi. Teruja dengan keputusan anaknya tetapi si ibu sempat bertanya kenapa subjek Bahasa Melayu dapat gred B.
“Wow, ada dua 100. Semua A, ada satu B.”
Jom tengok video ini;
Ads
Jawapan Buat Ibu Terkedu
Yang menarik perhatian adalah jawapan spontan dari kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia ini yang mengatakan bahawa dirinya orang Kelantan dan bukan orang Melayu.
Ibu: “Kenapa Bahasa Melayu B?”. Anak: “Haa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu.”
Terus memberikan semangat buat anaknya, dia menasihatkan supaya kanak-kanak itu untuk banyak buat latihan supaya lebih mahir dalam subjek itu.
Ibu: “Awak kena belajar pandai-pandai lagi ya. Bahasa Melayu tu kena buat banyak lagi latihan.”
Semoga adik Dhia terus maju jaya di masa hadapan. Mendengarkan jawapan spontannya memang dah tahu dia seorang anak yang bijak. Keep up the good work, dear!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi impian setiap ibu ayah untuk menyediakan hanya yang terbaik buat si manja tersayang. Kalau boleh, mahukan semuanya sempurna terutamanya apabila bercerita tentang keperluan tumbesaran anak. Untuk memastikan si manja membesar dengan baik, pengambilan susu adalah sangat penting. Namun begitu, antara kesukaran untuk memastikan yang terbaik adalah ketika memilih susu formula untuk anak.
Banyak faktor yang akan diberi perhatian ketika memilih susu formula yang sesuai untuk anak. Jenis susu serta kandungan nutrisi antara perkara yang ibu ayah pertimbangkan ketika mencari susu formula terbaik untuk si manja. Ramai yang mengetahui bahawa susu kambing juga baik untuk membantu tumbesaran si manja.
Ayuh, kita lihat apakah kebaikan susu kambing!
Membantu Menguatkan Sistem Imuniti & Mengandungi Prebiotik Yang Bagus
Susu kambing diketahui sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti berbanding susu lembu. Ini adalah kerana ia mengandungi tiga kali lebih nukleotida. Secara klinikal susu kambing telah dibuktikan bagus untuk proses pencernaan.
Di dalam susu kambing terdapat prebiotik yang bagus untuk kesihatan usus. Prebiotik bukan sahaja membantu proses pencernaan tetapi juga dapat meningkatkan sistem imuniti yang membantu melindungi si manja dari mudah jatuh sakit. Mengamalkan susu kambing sangat bagus kerana 70% dari sistem imuniti tubuh adalah berkaitan dengan perut.
Nutrisi Menguatkan Tulang
Susu kambing kaya dengan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Oleh itu, kandungan kalsium di dalam susu kambing adalah tinggi dan ia sangat baik untuk menguatkan tulang.
Baik Untuk Pencernaan
Susu kambing mudah dicerna dan ia membantu penghadaman. Minum susu kambing dapat membantu anak untuk membuang air besar secara lawas tanpa perlu merasa sakit perut.
Bagus Untuk Otak
Kandungan lipid dalam susu kambing dapat membantu mengurangkan keresahan atau rasa celaru. Ia juga bertindak untuk membantu perkembangan otak, jadi sangat elok untuk anak!
Sesetengah masyarakat Melayu dan Cina juga percaya pengambilan susu kambing sebagai ikhtiar dapat membantu mengurangkan bacaan jaundis. Namun begitu, susu kambing sebenarnya sangat baik untuk membantu tumbesaran anak. Jadi pengambilannya secara berterusan amat baik untuk menggalakkan perkembangan fizikal dan kesihatan si manja.
Karihome Jenama Yang Diyakini, Formula Dinaiktaraf Lebih Baik!
Menyebut tentang jenama susu kambing dipercayai ramai, sudah tentulah Karihome. Setelah hampir tiga dekad berada dalam pasaran, ternyata Karihome sememangnya dapat mengekalkan kualiti susu kambingnya. Kini, Karihome kembali dengan susu kambing yang lebih baik dengan formulasi terbaru.
1. Dengan SN-2 palmitate, Karihome menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Terdapat penyelidikan yang menyokong manfaat SN-2 palmitate ini secara saintifik dapat membantu proses penghadaman dan penyerapan kalsium. Ia juga membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur si manja. Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga bagus untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor.
2. Mengandungi 400% lebih DHA yang dapat memperbaiki pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
3. Tiada gula tambahan, hanya laktosa yang merupakan pemanis semula jadi dari susu kambing.
4. Dihasilkan dengan teknologi NutriKept™ yang melibatkan hanya satu kali proses pemanasan untuk melindungi khasiat semula jadi dalam susu kambing. Kebanyakan susu formula yang lain melalui proses pemanasan berganda yang menyebabkan kehilangan nutrisi. Lemak di dalam susu kambing Karihome lebih ‘lembut’dan kecil yang membuatkan ia mudah dihadam!
Intan Ladyana bertuah dapat suami rajin, jaga masa pantang, Harris Alif muda tapi matang. Selain ingin melihat wajah si kecil dan juga Intan, warga maya tertarik dengan sikap keprihatinan Harris Alif yang menjaga isteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang.
Intan Ladyana Bertuah Dapat Suami Rajin
Hantaran dilaman Instagram Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir menarik perhatian warga maya. Namun apa yang lebih memancing perhatian warga maya ialah tingkahlaku Harris Alif.
Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih. Kini pasangan berbeza usia 17 tahun ini sudah mempunyai sepasang cahaya mata.
Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan menyediakan makanan berpantang untuk Intan.
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ujar Harris sambil memeluk Intan. Dalam video yang dikongsikan oleh Intan juga, dapat dilihat Harris melakukan Kerja-kerja rumah.
Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun. Usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga. Paling penting tahu soal tanggungjawab.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Perceraian tidak perlu jadi penyebab kepada kurangnya hak anak. Biarpun tidak lagi bersama sebagai suami isteri dan meneruskan perkahwinannya, usahawan dan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak berseteru dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Jebat perlu menerima haknya sebagai anak untuk disayangi dan merasai kasih sayang dari kedua ibu dan bapanya. Begitu tegas Nabila. Satu keputusan yang cukup hebat. Mengenepikan emosi dan perasaan sendiri demi anak. Itu sebaiknya yang perlu dicontohi oleh pasangan bercerai lain.
Malah kakak kepada pengacara dan pelakon popular, Neelofa ini mempunyai pandangannya yang tersendiri. Malah Jebat yang berusia dua tahun pada Ogos ini menjadi keutamaannya dan Shanaaz.
“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.
“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.
“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan. Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya.
Itulah yang sebaiknya dilakukan malah kata Nabila lagi, isu perebutan anak seharusnya tidak perlu timbul jika ibu dan bapa tahu akan hak anak mereka.
Selesa hidup sendiri
Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.
“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.
“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Perpisahan bukan penghalang Jebat merasai kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Malah baik Nabila, Shanaaz juga sentiasa melapangkan masa buat permata hati mereka ini. Seronok melihat kedua-dua saling berusaha memberikan yang terbaik buat Jebat. Inspirasi untuk semua.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur?
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal,...