Mungkin ramai di kalangan ibu bapa pernah mendengar yang bahawa bayi berumur 6 bulan ke bawah memerlukan lebih banyak bekalan susu ibu yang diperah segar yang disimpan dingin di bahagian chiller berbanding susu ibu yang yang dibekukan (frozen EBM). 

Adakah benar susu ibu baru perah (susu yang diletakkan pada bahagian dingin/ chiller peti sejuk) perlu dibekalkan lebih banyak kepada bayi yang berusia bawah setahun?

Kenapa Bayi 6 Bulan Ke Bawah Perlu Dibekalkan Susu Perahan Dingin Lebih? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

Menurut Kaunselor Laktasi,  Puan Noor Fazilah Abdul Rahman, bayi terutama yang baru lahir dan berumur bawah umur enam bulan masih belum bersedia dan tidak mampu menghasilkan sendiri antibodi untuk menghalang daripada sebarang jangkitan penyakit.

SUSU IBU ADALAH SUMBER ANTIBODI BAYI

Pada peringkat ini, bayi bergantung sepenuhnya dengan ibu. Sejak dalam kandungan, bayi mendapat bekalan antibodi daripada ibunya melalui plasenta yang dinamakan sebagai  Immunoglobulin G (IgG).

Sebab itulah, selepas melahirkan, setiap ibu digalakkan untuk menyusukan anak secara eksklusif dan terus daripada ibu (direct feeding) kerana susu ibu mengandungi  antibodi yang lengkap yang terdiri daripada Immunoglobulin A, Immunoglobulin D, immunoglobulin E, immunoglobulin G dan immunoglobulin M.

Kenapa Bayi 6 Bulan Ke Bawah Perlu Dibekalkan Susu Perahan Dingin Lebih? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

FUNGSI KOLUSTRUM

IKLAN

Selain dari itu, kandungan kolostrum (susu awal) yang dibekalkan oleh ibu di awal kelahiran juga mengandungi antibodi yang sangat banyak dan cukup untuk melindungi bayi di awal kelahiran.

SUSU PERAHAN BEKU KURANG ANTIBODI

Bagaimana pun, kandungan antibodi dan zat yang terdapat di dalam susu ibu perahan akan berkurangan apabila disimpan dalam tempoh yang lama kerana perubahan suhu dan bentuk menyebabkan ada antibodi yang hilang sewaktu proses tersebut.

Kenapa Bayi 6 Bulan Ke Bawah Perlu Dibekalkan Susu Perahan Dingin Lebih? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

ENAM BULAN KE BAWAH DIGALAKKAN BEKALKAN BANYAK SUSU PERAHAN SEGAR

Sebab itulah ibu digalakkan membekalkan lebih banyak susu perahan segar bagi memastikan anak mendapat antibodi yang cukup untuk membantunya mendapatkan perlindungan yang semaksimumnya sehinggalah badannya dapat menghasilkan sendiri antibodi selepas berusia enam bulan.

IKLAN

PANDUAN BEKALAN SUSU BAYI BAWAH 6 BULAN

Kebiasannya bayi yang berusia dua hingga enam bulan memerlukan 3oz/4oz setiap dua jam.

Jadi jika ibu tinggalkan anak kepada pengasuh selama 10 hingga 12 jam, maka ibu perlu membekalkan sebanyak 3oz x 5/6 botol sepanjang ibu bekerja.

Sebaik-baiknya, dua daripada lima atau enam botol tersebut  adalah susu perahan yang telah dibekukan (frozen EBM) manakala baki tiga hingga empat botol tersebut terdiri dari susu perahan segar (fresh/chilled EBM)

Seelok-eloknya, Noor Fazila mencadangkan yang semua botol tersebut dinomborkan bagi memudahkan pengendalian oleh pengasuh. Memandangkan susu yang telah dibekukan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan, jadi susunan nombor botol seperti berikut;

IKLAN

Botol 1 : Susu ibu perahan yang baru diperah oleh ibu.

Botol 2 : Susu beku yang telah dicairkan

Botol 3 : Susu beku yang telah dicairkan

Botol 4 : Susu ibu perahan yang telah di simpan di dalam ruangan dingin (chiller).

Botol 5 : Susu ibu perahan yang telah di simpan di dalam ruangan dingin (chiller).

Botol 6 : Susu ibu perahan yang telah di simpan di dalam ruangan dingin (chiller).

Kenapa Bayi 6 Bulan Ke Bawah Perlu Dibekalkan Susu Perahan Dingin Lebih? Ini Jawapan Kaunselor Laktasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI