Semua sudah tahu manfaat madu yang luar biasa bagi kesihatan. Namun ibu ayah perlu faham bahawa jika bayi bawah setahun diberikan madu ia boleh menjejaskan kesihatan anak.
Kenapa ia boleh membahayakan kesihatan anak di bawah usia setahun? Kerana di dalam madu dikhuatiri ada bakteria bernama Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan penyakit Botulism.
Bagaimana dengan madu kelulut yang asli?
Anda pasti ia asli?Tak kira asli atau kelulut atau tidak, kesemua jenis madu boleh mengandungi bakteria ini.
Bahayakah botulism?
Bahaya kerana ia boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem pernafasan dan menyebabkan otot-otot badan menjadi lemah.
Simptom biasanya terjadi selepas 12-36 jam selepas bayi diberikan madu dan simptom tersebut boleh melarat dan memudarat sehingga 14 hari.
Apakah simptom-simptomnya?
1. Sembelit
Ads
2. Kurang selera makan
3. Otot muka dan mulut menjadi lemah menyebabkan air liur sentiasa meleleh, bayi tidak dapat menelan makanan dan minuman dan bayi juga sukar menangis
4. Otot leher dan bahagian badan lain juga lemah menyebabkan bayi kelihatan lemah tidak bermaya sahaja
5. Bayi akan sentiasa merengek kerana lapar dan tidak selesa
6. Pucat
7. Demam
Ads
Jika tidak dikesan dan dirawat dengan betul dan cepat, ianya akan semakin teruk bila semua otot di badan bayi menjadi lemah sehingga sukar untuk membuka mata pun!
Bolehkah bayi selamat dari penyakit ini?
Insya-Allah boleh jika diberi rawatan yang betul dan segera.
Kenapa bakteria ini hanya menyerang bayi di bawah setahun?
Bakteria ini biasanya ada di dalam madu. Tapi untuk bayi di bawah setahun, badannya masih belum kuat untuk melawan bakteria ini terutamanya bayi yang lahir pramatang/tak cukup bulan. Jangan seksa bayi anda.
Ads
Ya madu adalah makanan sunnah. Tapi kita perlu berhati hati bila madu boleh diambil.
Sabar. Nanti bayi anda sudah lebih dari setahun, boleh diberikan madu.
Cuma kita kena bijak membeli madu. Ramai yang kata madu mereka adalah madu asli padahalnya sudah dicampur dengan gula yang tinggi.
Bahaya bayi dan kita yang dewasa mengambil makanan yang tinggi gula.
Madu yang mengandungi bakteria ini sukar dikesan kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar dan struktur madu tidak berubah dari segi warna dan baunya.
Sudah beberapa kes botulism dikesan di Malaysia baru-baru ini.
Sayangi anak kita. Jangan gopoh-gapah memberi mereka macam-macam makanan kerana sistem pencernaan belum matang di bawah usia setahun.
Adakah anda biasa lihat atau mengalami sendiri bayi anda muntah selepas menyusu. Perkara biasa jika bayi muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan.
Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu adalah ‘menjeluak’ apabila susu ibu memancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus masih belum matang.
Tip Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu
Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Namun, kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.
Mengiring atau meniarapkan semasa bayi masih terjaga. Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.
Cuba menyusukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak. Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda.
Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Bagi bayi yang memakai barut, cuba longgarkan atau tanggalkan.
Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup.
Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.
Habiskan penyusuan di sebelah payudara terlebih dahulu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun telah tertidur. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak disusukan banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko. Pelekap pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayiketika bayi sedang mengantuk.
Sesetengah bayi lebih tenang apabila berada di payudara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi. Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kembung seperti susu lembu dan kafein.
Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.
Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem pemghadaman dan menguatkan ototnya.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah akan membeli apa sahaja yang ditawarkan di pasaranasalkan ia boleh melindungi anak. Termasukkan produk yang dikatakan anti HMFD.
Bagi memberikan penjelasan kepada pengguna, Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan kepada tuntutan produk tersebut yang didakwa boleh membunuh serta merta 99.99% virus penyakit tangan, kaki dan mulutr (HMFD) sedangkan ia hanya digunakan pada bahagian luaran badan semata-mata.
Berikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini berkenaan penjelasan tentang produk itu.
Kenyataan Akhbar KPK 8 Ogos 2018 – Penjualan Produk Anti HFMD/Flu Spray Berjenama Thymos
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan mengenai produk Anti HFMD/Flu Spray yang berada di pasaran iaitu produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman (disinfectant) yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya daripada virus Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) dan Influenza A.
Produk ini diperbuat daripada mineral yang diaktifkan (activated minerals) dan syarikat pengeluar telah dengan jelas melabelkan bahawa ianya boleh membunuh dengan serta merta 99.99% virus-virus HFMD dan Influenza A. Produk ini adalah untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan adalah dengan menyembur produk ini pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng (mask).
Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan. Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukanlah di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM.
Atas keperluan untuk memastikan masyarakat tidak keliru terutama ketika penularan jangkitan HFMD yang melanda negara, pihak syarikat telah dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD/Flu bagi pasaran di Malaysia dan menggantikan dengan tuntutan yang lebih umum serta bersesuaian di label produk bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.
KKM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada produk ini. Orang awam disarankan untuk mengamalkan lima (5) perkara utama dalam pencegahan dan kawalan HFMD, iaitu:
Penjagaan kebersihan diri;
Amalan cuci tangan yang betul;
Penjagaan kebersihan persekitaran;
Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska/tabika/tadika/pra-sekolah; dan
Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.
Usahlah dengan mudah mengecam para ibu bapa yang memilih untuk mengguna buai ke atas bayi NEWBORN mereka.
BUKAN mereka yang ajar. Tetapi anak yang meminta. Selama 9 bulan 24/7 bayi manusia telah merasa terbuai dan berhayun sepanjang di kandung ibu. Bayi minta apa yang alam telah berikan kepada mereka.
Usahlah dengan enak mengecam para ibubapa yang memilih untuk mengguna buai ke atas bayi mereka.
JIKA anda sendiri mendodoi, memeluk, meriba dan menggendong anak untuk buatnya lena.
Buai= dodoi = gendong= peluk= menepuk-nepuk = berdakap, ini SEMUA juga beri sensasi hayunan dan gerakan (motion) yang sama kepada bayi. Jadi kenapa yang buruk hanya buai?
Usahlah dengan melulu mengecam ibubapa yang memilih untuk mengguna buai ke atas bayi mereka.
BUKAN semua anak manusia itu lahir sebagai easy going baby.
BUKAN semua cabaran hidup kita sama.
BUKAN semua kisah perjalanan keibubapaan kita serupa.
BUKAN semua miliki kekuatan mental dan emosi setanding kita.
Be nice to each other. Cuba faham dengan ilmu. Semua orang ada kisah tersendiri.
Yang guna buai, guna dengan ilmu. Yang nak menghukum, hukum dengan ilmu.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...