Semua sudah tahu manfaat madu yang luar biasa bagi kesihatan. Namun ibu ayah perlu faham bahawa jika bayi bawah setahun diberikan madu ia boleh menjejaskan kesihatan anak.

Kenapa ia boleh membahayakan kesihatan anak di bawah usia setahun? Kerana di dalam madu dikhuatiri ada bakteria bernama Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan penyakit Botulism.

Bagaimana dengan madu kelulut yang asli?

Anda pasti ia asli?Tak kira asli atau kelulut atau tidak, kesemua jenis madu boleh mengandungi bakteria ini.

Bahayakah botulism?

Bahaya kerana ia boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem pernafasan dan menyebabkan otot-otot badan menjadi lemah.

Simptom biasanya terjadi selepas 12-36 jam selepas bayi diberikan madu dan simptom tersebut boleh melarat dan memudarat sehingga 14 hari.

Apakah simptom-simptomnya?

1. Sembelit

IKLAN

2. Kurang selera makan

3. Otot muka dan mulut menjadi lemah menyebabkan air liur sentiasa meleleh, bayi tidak dapat menelan makanan dan minuman dan bayi juga sukar menangis

4. Otot leher dan bahagian badan lain juga lemah menyebabkan bayi kelihatan lemah tidak bermaya sahaja

5. Bayi akan sentiasa merengek kerana lapar dan tidak selesa

6. Pucat

7. Demam

IKLAN

Jika tidak dikesan dan dirawat dengan betul dan cepat, ianya akan semakin teruk bila semua otot di badan bayi menjadi lemah sehingga sukar untuk membuka mata pun!

Bolehkah bayi selamat dari penyakit ini?

Insya-Allah boleh jika diberi rawatan yang betul dan segera.

Kenapa bakteria ini hanya menyerang bayi di bawah setahun?

Bakteria ini biasanya ada di dalam madu. Tapi untuk bayi di bawah setahun, badannya masih belum kuat untuk melawan bakteria ini terutamanya bayi yang lahir pramatang/tak cukup bulan. Jangan seksa bayi anda.

IKLAN

Ya madu adalah makanan sunnah. Tapi kita perlu berhati hati bila madu boleh diambil.

Sabar. Nanti bayi anda sudah lebih dari setahun, boleh diberikan madu.

Cuma kita kena bijak membeli madu. Ramai yang kata madu mereka adalah madu asli padahalnya sudah dicampur dengan gula yang tinggi.

Bahaya bayi dan kita yang dewasa mengambil makanan yang tinggi gula.

Madu yang mengandungi bakteria ini sukar dikesan kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar dan struktur madu tidak berubah dari segi warna dan baunya.

Sudah beberapa kes botulism dikesan di Malaysia baru-baru ini.

Sayangi anak kita. Jangan gopoh-gapah memberi mereka macam-macam makanan kerana sistem pencernaan belum matang di bawah usia setahun.

Sumber: Dr. Erna Nadia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI