Wanita sering dikaitkan dengan kemampuan untuk melakukan pelbagai perkara pada satu masa yang sama. Sebab itulah para isteri boleh mengemas rumah sambil memasak, basuh baju, jaga anak dan macam-macam lagi. Suami pula lebih fokus kepada satu tugasan setiap masa.
Hal ini turut dikongsikan melalui posting Dr. Samhan di laman Instagramnya. Di dalam penulisannya, Dr. Samhan mengatakan jika lelaki buat banyak perkara pada satu masa kerja itu tak menjadi.
Berbeza dengan kaum wanita bukan saja boleh melakukan macam-macam perkara bahkan kalau bercakap pun pelbagai topik boleh diceritakan serentak.
Ads
Manakala untuk kaum lelaki jika ‘lompat’ topik ketika bercakap boleh menyebabkan stres. Otak lelaki tidak boleh memproses terlalu banyak maklumat dan akan menyebabka mereka keliru dan tak boleh fokus.
Ikuti penjelasan lanjut dari Dr. Samhan tentang hal ini;
Tulisnya, hal ini berlaku kerana perbezaan Corpus Callosum pada otak lelaki dan perempuan.
Ads
Transfer rate untuk otak kiri dan kanan kaum wanita lebih cepat berbanding lelaki.
Itulah yang menyebabkan wanita ‘power’ untuk task-switching dan multi-tasking.
Ads
Sebab itulah kalau kita sebagai seorang isteri dan ibu ni boleh buat macam-macam sambil jaga anak di rumah. Berbeza dengan suami, mereka tak dapat buat benda lain kerana terlalu sibuk fokus pada anak. Jadi, tak boleh salahkan suami kalau tersalah pakaikan baju keluar berjalan waktu duduk di rumah tau!
Seandainya terpaksa keluar rumah kerana tuntutan kerja atau ada urusan penting, isteri boleh sediakan list-to-do supaya suami boleh ikut dan selesaikan tugasan dengan baik mengikut senarai yang dibuat, Dengan cara ini, mereka akan lebih bijak mengatur masa dan fokus untuk selesaikan tugasan yang ada.
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua?
Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan. Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik.
Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal.
Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Pemergian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi. Saat tidak bersedia, tiba-tiba dia dijemput ‘pergi’ sememangnya satu tamparan hebat dan pastinya menyedihkan. Seperti yang diketahui ramai, Shuib telah kehilangan ‘orang kuat’ dalam hidupnya akibat Covid-19.
Bukan mudah untuk Shuib untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Siti Sarah yang dahulunya banyak memberi kekuatan serta dorongan untuk dia terus berjaya dalam setiap bidang yang diusahakan.
Bermula dengan kehidupan ‘biasa-biasa’, gagal dalam perniagaan sehinggalah mereka berdua menjadi usahawan yang berjaya, ternyata pasangan ini menjadi inspirasi kepada banyak orang. Bahkan, Shuib sentiasa memberitahu orang lain betapa besar pengorbanan isterinya dahulu sebelum dia mampu menyediakan kemewahan buat keluarganya.
Terbaharu, melalui perkongsian sebuah video oleh Ajak di media sosialnya mendapat perhatian ramai. Di dalam video tersebut, Shuib dilihat berada di konti radio Suria FM bersama rakan penyampianya iaitu Ajak dan Suraya Borhan.
Pada hari tersebut, mereka telah bercerita tentang topik jenis-jenis mengidam ibu hamil dan banyak pendengar turut berkongsi tentang pengalaman mereka. Biarpun Shuib kedengaran gembira ketika mengendalikan segmen tersebut bersama-sama rakannya, ternyata dia masih memendam satu perasaan yang ‘berat’.
Ketika radio memutarkan lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah, Shuib dilihat telah memalingkan wajahnya. Riak wajah sedih dan kehilangan jelas kelihatan, menjadi bukti betapa besar kerinduan Shuib terhadap Siti Sarah.
Meninjau di ruangan komen, Shuib memberitahu hantaran Ajak itu telah membuatkannya merasa sedih dan menangis di awal pagi. Rata-rata yang meninggalkan komen mereka turut sebak melihat situasi tersebut;
Datuk Siti Nurhaliza kongsi momen bercuti ke Korea, Afwa manja sangat dengan Aafiyah. Bercuti bersama anak-anak bukan hanya merupakan aktiviti yang menyeronokkan, tetapi juga memberi pelbagai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada perkembangan dan kesejahteraan mereka.
Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Momen Bercuti Ke Korea
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, beliau berkongsi gambar kenangan ketika bercuti ke Korea bersama Aaafiyah dan Afwa.
Simpan sini buat kenangan .. Korea Trip Aafiyah & Afwa,” TULIS DATUK Siti diruangan kapsyen.
Hantaran yang dikongsikan oleh Datuk Siti itu menarik perhatian warga maya apatahlagi apabila melihat kecomelan Aafiyah dan Afwa.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kelebihan membawa anak-anak bercuti
Berikut adalah beberapa kelebihan membawa anak-anak bercuti:
1. Mengukuhkan Hubungan Keluarga
Bercuti bersama memberikan peluang kepada keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Dalam kehidupan harian yang sibuk, masa untuk bersama kadang-kadang terbatas. Percutian membolehkan ibu bapa dan anak-anak saling berinteraksi dengan lebih dekat, mengeratkan hubungan keluarga dan memperkuat ikatan kekeluargaan.
2. Pembelajaran Secara Langsung
Bercuti memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar melalui pengalaman secara langsung. Melawat tempat-tempat bersejarah, muzium, taman tema, atau destinasi alam semula jadi dapat memberikan mereka pengetahuan baru tentang sejarah, budaya, sains, dan alam sekitar. Pembelajaran secara langsung ini lebih berkesan dan mudah diingati berbanding pembelajaran teori semata-mata.
3. Mengurangkan Tekanan dan Stres
Anak-anak juga mengalami tekanan dan stres dari sekolah dan aktiviti harian mereka. Bercuti memberi peluang untuk mereka berehat dan menikmati suasana yang berbeza. Ini membantu mengurangkan tekanan dan memberikan mereka peluang untuk bersantai dan berseronok.
4. Membangunkan Kemahiran Sosial
Semasa bercuti, anak-anak berpeluang berinteraksi dengan orang baru dan suasana yang berbeza. Ini membantu mereka mengembangkan kemahiran sosial, belajar berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang, dan memahami serta menghormati perbezaan budaya dan latar belakang.
5. Menggalakkan Gaya Hidup Aktif
Percutian sering melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, mendaki, berenang, atau bermain. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Ini membantu dalam perkembangan fizikal dan kesihatan anak-anak.
6. Mencipta Kenangan Indah
Kenangan semasa bercuti adalah antara kenangan yang paling manis dan akan diingati sepanjang hayat. Pengalaman-pengalaman ini membentuk kenangan indah yang boleh menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan di masa hadapan. Kenangan bercuti bersama keluarga juga menguatkan hubungan kekeluargaan.
7. Memperluas Pandangan dan Pemikiran
Bercuti ke tempat-tempat baru membantu anak-anak melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Mereka belajar tentang kehidupan, budaya, dan adat resam yang berbeza. Ini memperluas pandangan dan pemikiran mereka, menjadikan mereka lebih terbuka dan toleran terhadap perbezaan.
8. Meningkatkan Kreativiti dan Imaginasi
Mengalami tempat-tempat baru dan berbeza boleh merangsang kreativiti dan imajinasi anak-anak. Mereka akan terinspirasi oleh pemandangan, bunyi, dan pengalaman baru yang mereka temui semasa bercuti. Ini boleh membantu dalam perkembangan daya fikir kreatif mereka.
9. Menanamkan Rasa Ingin Tahu
Bercuti ke tempat-tempat baru sering kali membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri anak-anak. Mereka mungkin bertanya banyak soalan tentang tempat yang mereka lawati, budaya yang mereka temui, atau alam sekitar yang mereka lihat. Rasa ingin tahu ini adalah kunci kepada pembelajaran yang berterusan dan mendalam.
Kesimpulannya membawa anak-anak bercuti adalah satu pelaburan yang sangat berharga dalam perkembangan dan kesejahteraan mereka. Ia bukan sahaja memberikan mereka keseronokan tetapi juga membantu dalam pembentukan karakter, pembelajaran, dan perkembangan sosial serta emosi. Oleh itu, merancang percutian bersama keluarga adalah sesuatu yang amat disarankan untuk kebaikan semua pihak.