Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat, dapat MC, balik rumah dan rehat. Tapi doktor? Lain cerita dia.

Sebelum seorang doktor nak ambil MC, ada proses yang panjang dan berlapis-lapis.

Ads
Ads
Ads

Dalam perkongsian kali ni, Dr. Hanif Arshad akan bongkar step by step macam mana doktor buat keputusan nak ambil MC. Bukan senang, ya! Jom baca sampai habis – baru tahu betapa berat pengorbanan mereka ni.

Tahu tak kenapa doktor susah nak MC?

Berbeza tau dengan orang biasa. Bila dia tak sihat, pergi saje ke mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta. Doktor check, review, bagi ubat dan tulis MC. Terus boleh balik rumah dan tidur sampai keesokan harinya.
Doktor pulak lain sikit. Ada step by step sebelum nak ambil MC walaupun badan dah panas macam periuk belanga.
Kenapa Doktor Jarang Ambil MC? Ini Sebabnya!
1.Check oncall roster
Confirm kan dulu yang diri ni tak oncall. Sebab kalau oncall, jangan harap boleh dapat peganti last minit. So pergi lah kerja macam biasa, oncall macam biasa dan balik rumah keesokan harinya macam biasa. Kalau bernasib baik, bos bagi balik pukul 8 pagi tu dengan reason MC
2.Check group whatsapp
Diri sendiri tak oncall, tapi make sure cukup orang dekat wad. Kalau dah 1 wad ada 2 orang termasuk kita yang tak sihat, nak ambil MC pun tak sampai hati. Kesian pulak dekat member kalau kena round 1 wad sorang-sorang. So pergi jugak kerja, habis round terus landing atas katil patient.
3.Check member ok tak
Tak oncall, dalam wad pulak cukup 3 orang. Dah ready nak type
“Bro, aku terpaksa MC hari ni. Demam panas”
Tak sempat tekan send, ‘ting’. Member sorang lagi dah send dulu yang dia MC. So terpaksa jugak kerja sebab kesian dekat member. Takkan nak MC dua orang sekaligus. Deal lah dengan kawan yang tak sihat tu hang ambik hari ni, aku ambik esok.
 Ini lah proses yang doktor biasa lalu sebelum decide pergi ke klinik untuk ambil MC. Selagi tak accident, tak admitted atau masuk berita, kena kerja lah dulu sebab tak cukup orang. Reality ya.
Sebab tu kadang-kadang boleh nampak doktor clerk sambil air drip tergantung. Sampai patient tak sampai hati nak rehat. Ini termasuk dengan staff nurse & staff-staff yang lain.
Sumber: Hanif Arshad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI