Mengenangkan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu, sesiapa pun pasti akan merasa sedih. Bayangkan anak kita dalam situasi itu pun, mesti rasa tak sanggup kan? Tapi andainya itu janji Allah, siapa kita untuk menolak takdir itu.
Sama juga dalam situasi tiga anak kecil ini berusia 5 tahun, 3 tahun dan 2 bulan kehilangan ibu dan masing-masing belum mengerti sepenuhnya ibu dah pergi menghadap ilahi.
@fieza2401al fatihah..hanya doa & air mata mngiringi 😭##fyp ##tiktokmalaysia♬ bunyi asal – Aiman Hafiq
Melalui perkongsian video di akaun Tik Tok fieza2401, dia berkongsikan kesedihan dialami oleh anak rakan baiknya selepas kehilangan ibu tercinta yang bertarung nyawa selama 10 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.
@fieza2401sedih tgk ank semua kecil2 lagi😭##fyp ##tiktokmalaysia♬ original sound – SHAFIQMANAN
Setelah 10 hari di hospital
Berdasarkan video tersebut, wanita ini memaklumkan bahawa kawan baiknya telah menghembuskan nafas terakhir setelah 10 hari dirawat di hospital akibat masalah hati rosak.
Difahamkan juga, arwah dikatakan baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang kini berusia dua bulan lebih. Siapa sangka, baru sahaja habis berpantang, arwah telah dijemput pergi buat selama-lamanya.
“Kenapa ibu tidur dalam tanah”
Apa yang membuatkan hati ini sebak, anak arwah bertanya kenapa ibu tidur di dalam tanah. Memang tak dapat digambarkan perasaan anak kecil itu apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tersayang.
Doakan anak arwah kuat walaupun tanpa kasih ibu
Dalam kesempatan itu juga, Fieza meminta orang ramai mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman selain berharap agar tiga anak kecil ini tabah menerima dugaan ini.
@fieza2401baby aish..2 bln lbih..hilang ksih syg ibu😭😭##fyp ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia♬ original sound – tupaipng_ii
Moga nasib anak yatim ini yang kehilangan ibu terus mendapat kasih sayang dari ayahnya dan saudara mara terdekat. Mungkin bagi anak kecil seusia anak arwah, perasaan rindu dan mencari-cari ibu akan dirasai bila waktu nak tidur. Harap semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah.
Sumber: Fieza2401
ARTIKEL MENARIK [“Seminggu Sebelum Pergi, Adik Selalu Tenung Mumy. Renungan Itu Jadi Pengubat Rindu”]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Wahai Ayah, Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil. Berlelah-lelah dahulu, Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)