“Cikgu, anak saya masih belum pandai membaca dan mengira, perlukah cikgu memberikan homework untuk anak saya supaya dia boleh mengenal huruf dan membaca.” Itulah antara cara penyelesaian yang dipilih oleh ibu ini setelah anaknya masih belum boleh membacakan. Sedangkan ibu ini lupa bahawa jika mengikut carta pembelajaran, kecemerlangan akademik hanya 10% sahaja berbanding kecemerlangan sensori, komunikasi dan imaginasi sebanyak 90%.
Menurut Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, PuanAinie Ahmad ,anak-anak harus diberi keutamaan kepada perkembangan emosi, fizikal dan sosial untuk perkembangan mindanya. Bukan akademik semata. Ikuti perkongsian ini yang diharap dapat membuka minda kita semua dalam mendidik anak-anak.
Silibus darjah satu yang menggila membuatkan parents pun hampir nak gila.
Di whatsap tadika lama anak saya banyak yang bunyi gini, “cikgu, anak saya demam harini, petang nanti saya pergi school ambil homework ye!!”
Chill la parents!!! Anak kecil lagi.
Cuba lihat piramid di bawah. Ini adalah piramid pembelajaran. Umur 0 hingga 6 tahun adalah masa utk focus utk element yang saya bulatkan tu.
Yang saya bulatkan itu adalah 90% dari keseluruhan perkembangan otak.
Ads
90%. Inilah basic kepada academic part, membaca mengira tu!!!! yang orang dok pulun tu 10% jer.
Pulun la 10% macam mana pon, kalau 90% asas piramid tu tak kukuh, anak kita akan goyah diakhirnya. Mungkin result academic cemerlang, tapi fizikal x kuat, posture x betul dan kemudian hari sakit macam2. Bila menulis sedikit lenguh. Mungkin, akademik cemerlang, tapi tak reti berkawan dan emosi hancur, bila tiada ibu bapa disekeliling remuk segalanya.
“ala, yang bawah2 tu boleh buat kat rumah!!” kata sesetangah ibu bapa. Dulu saya okay jer.
Dengan gaya hidup sekarang, berapa banyak masa anak dirumah? banyak ibu bapa balik dah penat. Balik dari keje terus masuk rumah jer!! Buka tv bagi anak tengok kemudian ayah main telefon dan mak uruskan keje rumah.
Ads
ini kebanyakkannya!!! toksah la nak komen eh famili saya tak macam itu. Bukan sejibik sejibon. Takkan la i nak bg contoh kejadian setiap jenis famili.
YANG PENTINGNYA SILA JAWAB SENDIRI
berapa banyak masa anak2 kita didedahkan dgn sensory activiti seperti bermain pasir, bermain tepung, bermain tanah?
berapa banyak masa anak2 kita dpt berlari sebebasnya, selaju2 yang dia nak,kemana2 yg dia suka sejauh2 yg dia nak?
berapa banyak masa anak2 kita dibenarkan bermain sehingga mengotorkan pakaian tanpa ibu bapa kata tidak?
berapa banyak masa anak kita dibiarkan mengambil risiko untuk memanjat setinggi2 yang dia nak?
berapa banyak masa anak kita di biarkan bergaul sesama mereka, bergaduh tanpa ibu bapa menyebok memberikan peraturan dan taklimat dosa pahala?
Hujung minggu? sejam sehari? TAK CUKOP!!! Sedarlah zaman dah berubah dan gaya hidup kini mmg lari dari jauh dr fitrah anak2.
Anak berlari di mall kene marah, takut jatuh eskalator katanya, maka diikat tgnnya. tapi berapa byk masa yg mak bapak bawa keluar pergi padang bebaskan mereka berlarian? kalau asyik2 keluar pergi ke mall jer sebab panas.
Ads
Ada juga segolongan obses breastfeeding sampai umur 2 tahun minum breastfeeding saja. tak nak introduce solid. ada yang bagi bubur sahaja takut anak tercekik. bila masa anak nak stimulate different texture dalam mulut tu? umor 2 tahun anak dah pandai menolak. kalau baru time tu nak perkenalkan texture baru mmg susah.
Ada juga golongan yg i panggil RISK FREAK. takut sgt bagi anak pegang pinggan kaca, takut pecah katanya. kalau tak pernah pecah dia tak tahu “kaca tu boleh pecah”. tak benarkan anak lari, jatuh katanya. kalau x pernah jatuh macam mana dia nak belajar bagaimana utk push dirinya se optimum yg mungkin? jangan panjat tinggi2 nnt jatuh katanya, kalau tak rasa sendiri cara untuk imbangkan diri, bila masa dia nak latih daya imbangan dirinya.
Ada juga golongan yang I panggil as CONTROL freak. Dia tahu anak dia kene capai 90% ni. Dan biarkan anak bermain boleh bantu perkembangan ini. Tapi masih risau sebab dia tiada pembaris untuk mengukur perkembangan anaknya. Kalau kita bagi pembaris pon, dia still nervous sebab pembaris dia x sama dgn majoriti pembaris akademik nun di luar di sana.Pembaris besi yang x mengenal keperluan perkembangan kanak2.
Ada juga golongan yang kulit mukanya senipis sutera. Malu sangat anak lasak bermain dan bising maka diberinya gadget. Alasannya boleh duduk senyap dan pandai abc 123, pandai english. Educational apps jer katanya. ALASAN. Banyak budak2 yg gadget ni bila i tanya, “how do you feel today?”. “pentagon”, jawabnya. Bila i buat tower2 tinggi2 guna lego, dan tanya, “what do you think im trying to make?”, “number 1” jawabnya. weyh…ni bukan English manusia!!! ini english parrot!!!! tak ada imaginasi!!!
Bila pegang kapur, abis dilukisnya pentagon, triangle, trapezium, hexagon, octagon, alif sampai ya,a sampai z, siap huruf rusia bagai.
Tapi mana imaginasinya mengenai kehidupan hariannya. Budak lain lukis mak ayah and cerita pasal pergi krabi. Atau lukis binatang kegemaran dinasour and imaginasinya, bagaimana dinasour makan minum berlari. Ini yang kita nak. Dia make sense of things around him/her dan boleh berkomunikasi ape difikirannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak latih kemahiran berfikir pada anak, ibu ayah boleh aje lakukan beberapa aktiviti mudah di rumah. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?
1.Menconteng, mewarna dan melukis
Anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.
Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermenafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah.
Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.
2. Seni dan kraf
Selain dari melukis, libatkan anak-anak dalam aktivti bercorak kraftangan. Ajak anak menghasilkan karya seni atau kraf dari bahan buangan. Ini akan memupuk rasa sayangkan alam sekitar di samping membentuk daya kreativiti anak. Mengajar anak seni lipatan seperti origami juga membina daya kreativiti anak serta membantu membangunkan pergerakan motor halusnya.
3.Bermain lego dan blok
Ia berupaya membina kreativiti dari kedua-dua permainan ini. Anak dapat menghasilkan karya yang kadang kala diluar dugaan kita dengan menggunakan lego dan blok. Malah mereka akan menceritakan apa yang terdapat pada rekaannya dan kenapa rekaannya sebegitu. Permainan blok serta lego juga mengembangkan daya kognitif anak. Konsep ruang, tinggi, rendah serta besar, kecil dapat dipelajari secara tak langsung,
4.Jigsaw puzzle
Salah satu aktiviti yang dapat membina kreativiti anak adalah jigsaw puzzle. Anak harus mampu melihat gambaran yang menyeluruh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle. Anda boleh memperolehi berbagai jenis jigsaw puzzle pada tahap yang berbeza. Bermulalah dengan jigsaw puzzle yang mudah; yang mempunyai 2 hingga 3 pecahan dan pertingkatkan cabaran. Malah anda boleh menghasilkan jigsaw puzzle anda sendiri dengan menggunakan gambar dari poster atau yang dicetak dari alam maya. Pertama kali melaksanakan aktivti ini pastikan gambar yang dipilih adalah gambar yang mudah dan dikenali anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ummi, homework adik tak siap lagi! Nanti cikgu marah.” Kesian melihat rengekkan anak, lantas si ibu terus membantu anaknya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Tersenyum anak setelah ibunya membantu menyiapkan tugasannya.
Pernah tak ibu ayah membuat kerja homework anak? Jika ya! Ikuti kusapan Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang juga merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM). Harapan ibu bapa dan pihak tadika ‘noted’ mengenai hal ini. Isu ini memang dah lama diperkatakan dalam dalam masyarakat kita tetapi kadang kala kena ‘refresh’ supaya kita tidak lupa bahawa anak-anak ini ada tahap perkembangannya. Jom ikuti perkongsian ini Prof Madya Dr Bustam ini.
Jika tanya saya, memang saya kata tak wajar! Cikgu tadika bagi homework pada kanak-kanak dan ibu bapa pula tolong buat homework anak-anak sebab kesian.
Pengalaman semasa di Amerika dulu, saya dapati kanak-kanak di sana, darjah satu dan prasekolah memang tiada homework. Semuanya mereka buat di sekolah.
Dalam hal ini, jika ibu bapa membantu menyiapkan kerja sekolah anak ia akan memberi kesan yang tidak bagus buat perkembangan diri anak.
Antara sebabnya ialah anak barangkali menjadi seorang yang tidak boleh berdikari, tidak dapat menyelesaikan masalah, tertekan apabila kerja sekolah tidak siap dan tidak berani untuk mencuba.
Namun, jika tidak pilihan lain, ibu bapa jangan mudah mengaku kalah dan berilah dorongan kepada anak-anak jika perlu menyiapkan homework diberikan oleh guru. Pada masa yang sama berjumpa dengan guru tadika untuk berbincang mengenai hal ini supaya tidak menganggu perkembangan anak-anak.
NO HOMEWORK!
Bagi saya, seperti yang tegaskan tadi, saya tetap tidak bersetuju kanak-kanak tadika diberi homework. Ini kerana mereka masih diperingkat pemikiran konkrit iaitu aktiviti yang boleh disentuh dan dilihat. Ia merangkumi aktiviti menconteng, melukis, membaca buku cerita yang disukainya dan buat binaan blok.
Jika kanak-kanak diberi tugasan seperti menulis abjad dan nombor, ia adalah sia-sia kerana kanak-kanak tidak faham kerana pemikiran abstrak ini tidak sesuai buat anak-anak di tadika.
Memang kanak-kanak boleh tulis nilai dua dan tulis huruf jadi nama sendiri, tetapi mereka tidak faham nilai nombor itu dan bagaimana huruf itu jadi nama.
Oleh itu, pada usia ini kanak-kanak sesuai diberikan aktiviti yang nampak yang melibatkan sentuhan dan bukannya homework yang memerlukkannya penulisan yang menyebabkan mereka tidak faham dan rasa terbeban dan membuatkan kanak-kanak tidak gembira.
KONFLIK
Memang ada segelintir tadika tidak memberi homework kepada kanak-kanak, tetapi oleh kerana desakan ibu bapa yang bertanya, “tidak ada kerja sekolah ker?”, membuatkan wujud konflik di sini.
Bagi saya, seharusnya ibu bapa faham fitrah kanak-kanak yang memerlukan aktiviti yang berbentuk konkrit supaya mudah untuk mereka memahami.
Kesimpulannya, jika kanak-kanak yang didedahkan dengan homework dan dibantu oleh ibu bapanya untuk menyiapkannya, kesannya akan membuatkan anak itu tidak berani mencuba dan takut kepada kegagalan. Bukan hanya kepada kanak-kanak usia pra sekolah tetapi juga kepada kanak-kanak sekolah rendah juga. Ini kerana pendidikan adalah proses untuk mempelajari kemahiran pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercerita menggunakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara mudah untuk mendidik anak-anak. Perlu tahu bahawa melalui penceritaan anak-anak akan berimaginasi dan bertanya dengan pelbagai soalan.
Jika anak sejak kecil, ibu bapa membiasakan dengan membacakan buku cerita, tanpa disedari ia membantu anak mengenal huruf dan nombor. Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi melalui membacakan buku cerita kepada anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim ini diharap menjadi panduan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang.
Kebaikan Bercerita Kepada Anak-Anak
Tahukah anda bahawa bercerita itu banyak kebaikan dan faedahnya kepada anak-anak. Cubalah ajak mereka duduk di sebelah dan di ribaan anda, pasti sahaja mereka tidak sabar mendengar cerita hebat anda. Mereka akan mula berimaginasi dan mula bertanya pelbagai soalan. Bercerita dapat mengalirkan emosi dan perasaan kepada yang mendengarnya.
Bercerita adalah salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Contohnya, dengan bercerita, kita dapat memperkenalkan nombor dan huruf. Ini dapat menarik perhatian serta memudahkan pembelajaran anak-anak.
Bercerita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Melalui bercerita semakin cepat anak-anak menyerap masuk ilmu dan informasi kerana ia disampaikan dengan gaya dan bersahaja. Anak-anak akan mudah faham berbanding membaca.
Bercerita bagi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, amat membantu mereka memahami sesuatu. Dalam umur begini kebanyakannya masih lemah atau tidak tahu membaca. Jadi dengan bercerita, mereka akan tahu dan faham.
Bercerita dapat menambah kosa atau perbendaharaan kata anak. Kadang-kadang kita terkejut bagaimana seseorang anak itu boleh bercakap dengan perkataan yang tidak pernah dia jumpa di dalam buku. Apabila kosa kata bertambah, maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.
Bercerita dalam melatih skil pendengaran mereka dengan lebih baik lagi.
Bercerita dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita dan anak-anak.
Pengalaman saya, bercerita memudahkan saya untuk mengawal mereka. Mengapa saya katakan begitu? Sebagai contohnya, jika saya mahu pergi membeli belah bersama anak-anak, saya mahu mereka berkelakuan baik ketika di kompleks membeli belah nanti. Bagaimana saya ingin sampaikan mesej tersebut? Tentulah dengan bercerita. Saya sudah praktikkan dan ianya sangat berkesan.
Lapangkan waktu anda untuk duduk bersama mereka. Usah biarkan gajet mengambil alih tugas anda sebagai ibu dan bapa. Waktu muda mereka ini hanya datang sekali sahaja. Maka manfaatkan sebaiknya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.