Stres didik anak lelaki sebab agak degil, tak mahu dengar cakap. Sampai ibu tak tahu nak hadapi perangai anak macam ni.
Terutamanya anak lelaki. Yelah, anak lelaki ini kekuatan fikizalnya lebih. Kalau dah bergaduh, agaknya mama pun tak tahu siapa Ultraman siapa rasaksa.
Macamana nak buat? Ikuti perkongsian Dr Siti Ujila buat mak ayah yang berusaha nak jadi ibu bapa yang baik untuk anak.
Tentunya ada banyak faktor kenapa anak bersikap begitu, dan tentunya juga ada banyak cara untuk melembutkan hati anak.
Its okay mama, inshaAllah anak-anak kita semuanya boleh jadi anak yang mudah mendengar cakap, yang perangainya elok dan menyejukkan hati kita.
Yang penting, kita cuba mendidik dan membesarkan mereka dengan lebih baik, inshaAllah.
Saya ingin mengatakan, bahawa sebaik-baik dan sepenting-penting cara untuk mendidik anak kita ialah dengan menanamkan cintanya pada Yang Menjaga dirinya.
Buat anak feel yang mereka sentiasa ada Allah yang sayangkan mereka, yang sentiasa suka bila mereka membuat kebaikan dan akan beri banyak lagi kegembiraan kepada mereka bila Allah sayang. Kebahagiaan kejayaan di dunia dan di akhirat. Itulah tauhid.
Anak kecil kita, jangan hanya sibukkan mereka dengan ABC, mengira, membaca hatta iqra dan hafazan solat. Ia penting, tapi itu semua adalah skill luaran yang anak boleh pick up bila diajar from time to time.
Yang penting adalah perkara-perkara dalaman. Dalaman apakah yang kita bentukkan pada jiwa anak kita. Pada roh dan hatinya. Jiwa ini yang mereka akan bawa sepanjang hayatnya.
Penuhkan ia dengan pendidikan terpenting- mengenal dan menyintai Allah, Rob nya. Malik nya. Illah nya.
Lakukan ia dengan zikrullah. Bukan sebatas zikir-zikir di atas sejadah atau selepas solat, atau doa-doa sebelum makan sebelum tidur, atau alunan zikir-zikir di cd yang dipasang dalam kereta atau di rumah, tapi dengan kata-kata mengingati dan mencintai Allah yang diucapkan di bibirnya selalu, yang menjadi halwa telinganya selalu bila kita ibu bapa selalu menyebutnya, yang dikaitkan dengan apa yang dilakukannya hari tu, dan paling penting…yang dirasai oleh anak sehingga anak sendiri selalu mengungkapkan tentang cinta Ilahi.
Sehingga dengan cinta itu, mudahnya anak dididik, mendengar cakap, suka buat baik, akhlaknya baik.
MashaAllah, anak-anak penyejuk hati kita.
Jika anda bertanya saya soal mendidik anak, tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan, sama saja..inilah jawapan terbaik yang amat saya yakini. Sebab Allah sendiri yang beri tipnya:
“Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”, ayat Quran yang sudah selalu kita dengar.
Benar. Anak-anak yang selalu kita ungkapkan zikrullah, tenang hatinya. Mudah dibentuk. Kita juga yang tenang jadinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI