Buku pink bukan sekadar buku biasa. Ia adalah rekod penting untuk ibu dan bayi. Dari awal kehamilan, setiap pemeriksaan direkodkan dalam buku ni  dari segi berat badan, tekanan darah, sampai perkembangan bayi dalam kandungan.

Kalau ada apa-apa komplikasi, buku pink ni boleh bantu doktor faham sejarah kesihatan kita. Sayangnya, ramai yang ambil ringan dan tak bawa masa pergi klinik atau hospital.

Presiden yang juga Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, walaupun kebanyakan ibu tahu tahap kesihatan sebagaimana yang dimaklumkan, namun maklumat itu berguna dan penting apabila mendapat rawatan susulan dengan doktor lain.

Kenapa Penting Sangat Buku Pink? Penjelasan Doktor  Wajib Tahu

“Kepada bakal-bakal bapa, bawa la isteri pergi buat Buku Rekod Kesihatan Ibu atau Buku Pink.”

“Tak kisahlah kau benci macam mana pada Klinik Kesihatan. Tak kisahlah kalau nak bersalin dekat hospital swasta pun. “

“Kalau takde masa pun cuba la ambil cuti sehari dan bawa isteri buka Buku Pink.
Saya pesan ni bukan sebagai doktor perubatan, tapi sebagai suami.
Mungkin ada orang akan hentam juga “buat apa nak tambah kerja orang dekat klinik antenatal?!”

Ads

Kenapa Penting Sangat Buku Pink? Penjelasan Doktor  Wajib Tahu

“Tapi buku ni amat-amat berguna bila dah sesak sangat.
Dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung, kita tak tahu apa akan jadi sehingga anak dilahirkan.”

“Dah simpan duit dan target nak belanja isteri bersalin di hospital swasta yang paling selesa bilik suitenya. Tapi masa tu pula kita dekat kampung yang hanya ada Klinik Desa.
Dengan Buku Pink ni, mudah untuk first liner samada doktor atau Jururawat Masyarakat untuk semak apa yang perlu dilakukan.”

“Ada tak penyakit yang perlu diberi perhatian seperti kencing manis, darah tinggi dan pre-eclampsia?”

Ads

“Scan terakhir ada nampak apa apa ‘abnormalities’ dengan janin tak? Ada risiko tinggi untuk tumpah darah (postpartum hemmorrhage) tak? “

Kenapa Penting Sangat Buku Pink? Penjelasan Doktor  Wajib Tahu

Tambah Dr Ahmad Firdaus, dengan buku pink itu, ia akan memudahkan petugas kesihatan sama ada doktor atau jururawat masyarakat untuk menyemak keperluan ibu.

“Semua maklumat ini akan bantu petugas kesihatan rancang kaedah mana terbaik untuk selamatkan ibu dan anak. Mudah untuk doktor tahu apa nak buat dan nak rujuk ke mana.”

Ads

“Memang kebanyakan ibu tahu apa yang doktor dah maklumkan sepanjang follow up dengan doktor lain. Tapi tengah kelam kabut nak bersalin kadang-kadang ada maklumat penting yang lupa dimaklumkan.”

“Bakal-bakal bapa ni pula, biasanya tak ingat pun benda-benda macam ni. Tambahan pula dalam Buku Pink ada pelbagai nota tambahan untuk bakal ibu dan bapa baca dan teliti. Ambil masa untuk baca (go through) sama-sama.”

“Hargai Buku Pink ni. Jaga betul-betul. Simpan dalam beg kecemasan bila pergi mana-mana dengan bakal ibu.” ujarnya menerusi perkongsian di Facebook.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI