Masih ramai ibu yang menyusu keliru bila ibu demam, batuk dan selesema penyusuan pada anak patut dihentikan sementara takut anak berjangkit.  Sebenarnya fakta ini salah.

Jika diikutkan walaupun ibu demam, batuk atau selesema teruskan penyusuan seperti biasa kerana ia tidak memudaratkan kesihatan anak. Cuma berdasarkan perkongsian Dr Hana ibu yang tidak sihat ini boleh mencegahnya dengan mengamalkan aspek kebersihan seperti menutup mulut bila batuk atau bersin, jangan cium sangat bayi jika selesema atau pun basuh tangan sebelum nak pegang bayi.

Kenapa Perlu Stop Menyusu Bila Ibu Kurang Sihat. Susu Ibu Tak Bersalah, Tapi Ada Cara Mencegahnya

Berikut perkongsiannya:

Ada satu masa tu, seorang ibu berpantang masuk bilik Dr. Dia demam batuk selsema, nak dapatkan rawatan. Biasanya sebelum bagi ubat saya akan tanya, puan mengandung/menyusu?

Tapi since ibu ni memang dalam pantang bawak baby, saya terus tanya “so far baby menyusu OK?”

IKLAN

Ibu tu jawab “saya dah STOP menyusu Dr, sebab saya takut nanti baby dapat kuman dari susu badan saya, nanti jangkit kesian baby”

Mitos ni dah agak banyak kali kita dengar. Ibu cirit birit, stop menyusu sebab takut baby berjangkit bila hisap susu ibu. Ibu batuk selsema, stop menyusu sebab takut nanti baby dapat virus. Ibu demam, stop menyusu sebab takut baby demam sekali.

No ibuuu. Noooo. Susu ibu tak bersalah. Kesian ibu tu, dia tak tau.  Ibu kena faham beberapa perkara.

IKLAN
  1. Susu ibu TIDAK MENGANDUNGI virus/toksin/kuman yang signifikan walaupun ibu sedang sakit. Banyak kajian buktikan susu ibu selamat walaupun ibu sedang terkena jangkitan yang aktif. Hanya beberapa keadaan ibu tak digalakkan breastfeed (contoh HIV)
  2. Baby memang boleh BERJANGKIT batuk selsema dari ibu, tapi biasanya secara direct (contoh ibu batuk atau bersin, virus/kuman dari salur pernafasan ibu berpindah ke bayi). BUKAN melalui susu ibu. Jadi ibu perlu ambil langkah hygienic untuk berjaga-jaga.

-Tutup mulut bila batuk/bersin.

-Kalau perlu pakailah mask.

-Basuh tangan sebelum sentuh bayi.

IKLAN

-Jangan cium-cium sangat baby kalau ada batuk selsema

Kenapa Perlu Stop Menyusu Bila Ibu Kurang Sihat. Susu Ibu Tak Bersalah, Tapi Ada Cara Mencegahnya

  1. Ibu batuk selsema, tolonglah TERUSKAN PENYUSUAN bayi anda. Sebab antibody yang terhasil akan transfer ke baby melalui susu ibu.

Baby ni sistem imun belum matang sepenuhnya. Jadi antibody dari susu ibu sangat membantu bayi lawan penyakit dan virus. Jadi kalau bayi berjangkit pun, tak teruk sangat dan insyaAllah lebih cepat lega kalau ibu teruskan breastfeeding.

Dan tambahan:

  1. Ibu-ibu atau sesiapa saja yang ada jangkitan batuk selsema, asyik batuk-batuk hatchum hatchum, tak digalakkan solat berjamaah di masjid sebab boleh menjangkiti jemaah lain.

Sumber: Dr Hana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI