Ramai ibu bapa yang ada anak kecil mesti akan menghadapi masalah si kecil suka menonton TV dekat. Mereka akan berdiri depan TV dan menghalang pandangan orang lain.
Kita selalu membebel dan marahkan anak kecil yang suka tengok TV dekat-dekat. Alasan kita selalunya nanti mata rosak atau cepat rabun kalau tengok TV terlalu dekat. Hakikatnya ia hanyalah mitos orang tua dulu-dulu. Mengapa?
Sebenarnya ia trauma masyarakat dunia tahun 1960-an apabila syarikat General Electric yang mengeluarkan TV telah membuat satu kenyataan iaitu TV warna keluaran mereka telah tersilap pengeluaran.
Ia mengakibatkan TV tersebut mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan. Tetapi akhirnya pihak General Electric menemukan penyelesaian dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar TV.
Bagaimanapun kebimbangan tersebut telah menjadi budaya turun temurun sehingga ramai ibu bapa melarang anak menonton TV secara dekat.
Tiada sebarang bukit atau fakta pun yang menyatakan ada mata manusia yang rosak akibat menonton TV terlalu dekat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.
Walaupun anda melarang si kecil daripada berada dekat dengan TV, ia hanya bertahan tak sampai lima minit pun kerana selepas itu mereka akan berdiri lagi depan TV. Jadi, lebih baik anda fahamkan dulu fakta tentang penglihatan kanak-kanak.
Ads
1. Jarak penglihatan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa.
2. Sebenarnya kanak-kanak boleh fokus pada jarak dekat lebih bagus berbanding orang dewasa tanpa memberi tekanan kepada mata mereka. Ini kerana kanta mata mereka lebih fleksibel dan boleh disesuaikan untuk pandangan jarak dekat.
3. Mata sebenarnya boleh menukar bentuk untuk pandangan jarak jauh atau dekat dan mata kanak-kanak adalah paling fleksibel.
4. Mata akan mula hilang fleksibilitinya mengikut perubahan usia, jadi kanak-kanak akan mula menonton TV pada jarak jauh apabila usia mereka semakin meningkat.
Ads
5. Kanak-kanak biasanya membentuk tabiat memegang bahan bacaan dekat dengan mata atau duduk betul-betul depan TV semasa menontonnya.
6. Kanak-kanak perlu menonton TV secara dekat, disebabkan keterbatasan mata mereka untuk melihat dan memahami sesuatu.
Ads
7. Kanak-kanak ingin dirinya masuk ke dalam dunia rancangan TV yang ditonton sebab itu mereka berada hampir dengan TV. Duduk jauh dari TV dirasakan kurang menyeronokkan serta tidak dapat menghayati apa yang ditonton.
8. Mereka ingin juga merasakan pengalaman serta menjadi sebahagian daripada watak yang ditonton dalam TV.
9. Apabila lahir, kanta di dalam mata biasanya akan berwarna jernih dan fleksibel, zonules yang berhubung dengannya sangat kuat. Semakin usia bertambah, kanta menjadi kurang fleksibel, dan zonules juga semakin tidak efektif. Bentuk mata anda, yang ditentukan secara genetik memungkinkan anda memerlukan kanta yang betul. Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri masalah mata, segera bawanya berjumpa pakar oftamologi untuk diperiksa.
10.Ini juga antara sebabnya mengapa ramai yang akan mula mempunyai masalah penglihatan apabila mereka mencecah usia 40 tahun. Ini kerana semua otot semakin tua dan mereka mula hilang fleksibiliti keremajaan.
Menonton TV secara dekat dan membahayakan mata mungkin apabila si kecil menontonnya terlalu lama atau di dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan mata cepat letih. Mata juga menjadi letih apabila kita menonton TV sambil berbaring atau mendongak dibandingkan duduk dan memandang lurus pada TV.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran anak kedua yang juga bayi lelaki kepada penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya Dr Afifah Tawfek pada 19 Januari lalu menjadi pelengkap rumah tangga mereka selepas mempunyai anak perempuan Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian video Nubhan hingga saat ini si kakak masih tak boleh menerima kehadiran adiknya.
Walaupun puas pujuk untuk tengok adik secara dekat, Aafiya tetap melarikan diri. Kadang-kadang bila tengok pun sekadar jauh-jauh je.
Mungkin Aafiya masih dalam proses nak menyesuaikan diri, lagi-lagi bila tengok Nubhan dan isteri meriba adiknya. Lagipun sebelum ini hanya dia seorang sahaja. Buat apa sahaja pun tak kisah.
Sebagai seorang bapa kepada dua anak, cara Nubhan itu bagus. Dia tetap biasakan Aafiya dengan adiknya. Biasalah anak sulung ni mereka ada perasaan cemburu. Cuma bagaimana nak buat dia sayang pada adiknya, ibu bapa yang kena pandai ambil hati.
Rajin urus isteri dalam pantang
Ramai memuji cara Nubhan kerana tak kekok uruskan isterinya dalam pantang walaupun dah ada pembantu yang menguruskan keperluan isteri.
Mungkin orang kata lelaki ini tak pandai, tapi jika ada kemahuan nak tolong tak ada masalah walaupun tak sempurna.
Istilah tak pandai boleh diubah jika ada kemahuan untuk mencuba. Macam Nubhan walaupun bab jaga isteri pantang belum pandai, tapi dia nak mencuba dan rajin melayan anak-anak.
Nubhan juga sangat bersyukur dengan pemberian anugerah ini kerana dah cukup sepasang cahaya matanya.
Tahniah kepada anak perempuan pelawak terkenal Johan dan isterinya, Ozlynn kerana berjaya menghabiskan percubaan pertamanya berpuasa semalam.
Chantiq yang baru berusia 3 tahun bersemangat hendak cuba berpuasa tanpa paksaan daripada mama dan papanya. Mungkin sebab dia tengok mama, papa dan semua abang-abangnya berpuasa maka dia pun teringin hendak mencuba.
Perkongsian video di Instagram Jozlynn menunjukkan gelagat Chantiq yang masih terus berpuasa sehingga jam 6 petang.
Alhamdulillah baby chantiq masih lagi berpuasa skrg.. almost 6 ptg.. td tghari dia bgn tdo mintak susu.. then ktorg ingatkan dia yg dia puasa.. dia muncung kejap pastu papa mandikan bg dia segar n belanja dia tgk youtube kids.. n now ktorg nak bersiap berbuka kat @dsajikltitiwangsaso papa ckp nak layan dia bg dia lelap kejap.. supaya dia x teringat pasal susu n lapar.. terima kasih pd semua yg bg semangat kt baby chantiq n doakan baby chantiq dpt puasa penuh arini ye.. utk bdk 3 tahun sbnrnya yg bersemangat nak puasa mcm abg2 dia.. Ya Allah, Allah je yg tau perasaan seorg ibu.. utk anak2 mama dan juga anak2 kalian yg follow mama juga mama doakan semoga Allah pelihara kalian anak2 tercinta supaya menjadi ank yg soleh dan solehah.. dan sentiasa di kasihi Allah s.w.t dunia akhirat. Aameen yaa rabb ❤️ #mama&papaXpaksa #kehendakbabychantiq
Menurut Ozlynn, dia dan Johan tidak memaksa langsung anaknya Chantiq yang masih kecil untuk berpuasa.
Tetapi bila si kecil sendiri yang menyatakan hasrat hendak cuba berpuasa dan terus bersemangat menahan lapar dan dahaga terutamanya susu sehingga petang.
Maka menjadi tugas mereka sebagai ibu bapa untuk terus memberikan semangat kepada si anak.
Ramai Netizen Rasa Kagum
Melihat kecekalan Chantiq yang menahan diri daripada lapar dan dahaga susu, sewajarnya si kecil ini diberikan pujian dan dorongan.
Ramai netizen luah rasa kagum dengan semangat Chantiq dan mendoakan agar dia terus dipermudahkan belajar berpuasa.
Johan dan Ozlynn sememangnya terkenal sebagai ibu bapa yang tegas mendidik anak-anak mereka terutamanya mengerjakan solat sejak usia kecil lagi.
Bahkan Ozlynn yang kini sedang sarat hamil anak kelima juga selalu berkongsi video anak-anak dikerah untuk solat berjemaah sekeluarga.
Dah berus gigi anak siang malam, tapi tetap juga busuk, buruk dan hitam. Sebagai ibu bapa sudah tentu buntu dengan keadaan ini kan? Teknik mengosok gigi yang salah merupakan punca kenapa gigi masih tak bersih dan berbau.
Doktor, anak-anak akak, pagi malam akak beruskan gigi. Tapi gigi semua busuk, kalau cabut je semua boleh ke doktor?
Errmm, memang la semua mak bapak bagitau kat doktor dorang beruskan gigi anak anak pagi malam.
Tapi, cara berus gigi tu betul ke tak?
Ni Dr Iza nak bagi, ada mak bapak yang tukar berus gigi anak sebulan sekali. Tapi gigi anak pun masih rosak!
Bila check cara mak bapak berus gigi tak berapa betul! Ikut cakap upin ipin, dorang berus gigi dok bulat bulat bulat, bulat bulat bulat!
Tang atas bawah atas bawah tak ada. Sudahnya area gigi yang dok dekat dengan gusi semua rosak dan hitam.
Untuk pengetahuan semua selalunya, makanan dan minuman akan dok nyorot kat bawah gusi, celah antara gigi dan gusi.
Kat area ni doktor gigi panggil cervical area dan interdental area, kat sini area ni memang kena berus gigi bersih bersih. Sebab tu la kalau boleh, berus gigi kena berus gusi sekali. Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
Kalau gosok gusi, nanti gusi berdarah. Tak pe, biar gusi tu keluar darah, sebab gusi berdarah tandanya gusi tu tak bersih, kena bersihkan sisa makanan!
Kalau dah gosok banyak kali dan tiap hari keluar darah, memang kena buat SCALING, sebab ada karang gigi dalam gusi. Soo, okey ye berus gigi bulat bulat bulat, atas bawah atas bawah. Haaa, baru ler gigi dan gusi sihat walafiatt!
Usahawan kosmetik, Joy Revfa sebelum ini pernah berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia hamil pada Ogos tahun lalu. Baru-baru ini menerusi akaun TikToknya, Joy berkongsi suasana wad yang bakal 'dihuni' bersama bayinya nanti selepas bersalin nanti.