Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.

Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi. Mari kita ikuti cara-cara mudah memandikan bayi. Paling penting mama dan papa perlu yakin dan melakukannya dengan betul dan selamat. Dengan izin Allah, urusan memandikan bayi menjadi mudah dan lancar.

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

ELAKKAN MELAKUKAN 6 KESILAPAN INI SEMASA MEMANDIKAN BAYI

  1. Jangan memandikan bayi dengan air sejuk/ air paip kerana ia terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan menurun atau hipotermia. Tubuh bayi akan kesejukan dan kebiru-biruan apabila dimandikan dengan air sejuk menunjukkan mereka sedang kesejukan.
  2. Elakkan memandikan bayi terlalu awal pagi atau malam. Disarankan memandikan sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang untuk mengelakkan kesejukan melampau.
  3. Jangan pasang kipas atau penghawa dingin semasa memandikan bayi untuk mengelakkan kesejukan.
  4. Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan.
  5. Jangan meninggalkan bayi di dalam tab mandian tanpa pemantauan walau pun sekejap.
  6. Elak daripada mandi terendam sekiranya pusat bayi masih lagi belum tertanggal.

LANGKAH MEMANDIKAN BAYI

Sebelum memandikan bayi, mama dan papa perlu memastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Cuba celupkan siku untuk tujuan ini. Buka pakaian bayi dan pastikan bahagian sulit bayi dicuci terlebih dahulu menggunakan tisu lembap sebelum dimandikan.

Langkah 1

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

Setelah dipastikan air mandian suam, telangkupkan badan bayi dengan tangan kanan memegang bahagian tengah punggung. Manakala tangan kiri pula memegang erat bahagian dada dan bawah lengan bayi. Posisi ini bagus diaplikasikan ketika memandikan bayi baru lahir kerana dapat mengelakkannya daripada terkejut.

Langkah 2

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

Bagi memandikan bayi, pastikan anda memasukkan bahagian kakinya terlebih dahulu. Kemudian, cuci bahagian berkenaan dengan sempurna.

Langkah 3

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

Tangan bahagian kiri masih lagi berada dada dan bawah lengan bayi. Perlahan-lahan turunkan kedudukan bayi untuk menyiram bahagian belakang badannya dan bersihkannya dengan sempurna.

Penggunaan sabun di semua bahagian tubuh dibolehkan untuk bayi baru lahir kecuali muka. Dalam pada itu, pastikan anda hanya menggunakan sabun yang bersesuaian dengan bayi.

Langkah 4

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

Selepas itu, pusingkan kedudukan bayi. Tangan kiri berada di bawah tengkuk bayi. Cuci bersih badan, bawah lengannya, leher, punggung, dan pelipat betisnya.

Langkah 5

Kenapa Tidak Boleh Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk? Elakkan Lakukan 6 Kesilapan Ini Semasa Memandikan Bayi!

Selanjutnya, cuci kepala dan mukanya menggunakan air mandian yang disediakan dalam bekas  berasingan. Kalau boleh, kepit telinga bayi untuk mengelakkan air memasuki telinga. Biasanya air itu disediakan di dalam gayung. Pengakhirannya cuci sekali lagi bahagian belakang bayi.


Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan. Lap kering terutama sekali pada bahagian pelipatan untuk mengelakkan terjadinya ruam.

Teruskan langkah seterusnya untuk mencuci bahagian pusat, menuam, memakaikan lampin, barut dan pakaian bayi. Lakukan dengan pantas kerana bimbang bayi kesejukan. Pastikan suasana bilik tidak terlalu sejuk semasa langkah-langkah ini dilakukan. Kemudian susukan bayi selepas dimandikan.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI