Kenapa ujian RTK-AG kejap negatif, kejap positif. Mana satu keputusan yang betul ni? Kebelakangan ini ramai yang mengadu kit ujian antigen (RTK-AG) yang mereka buat tidak memberikan keputusan yang tepat.
“Haritu buat ujian RTK negatif, tapi hari ni buat PCR positif pulak. Eh, main tipu nampak!”
Sudahlah kita berdebar menunggu keputusan ujian kendiri disebabkan kontak rapat atau tiba-tiba bergejala, tetapi bila buat keputusan macam tak meyakinkan. Mulakan terfikir sama ada kita yang salah buat ujian atau kit ujian antigen dah ‘pening’.
Memandangkan varian Omicron semakin mengganas dan kes Covid-19 juga semakin meningkat ke angka yang membimbangkan, jadi eloklah kiranya kita memahami betul-betul kaedah sebenar untuk melakukan ujian kendiri.
Kenapa ujian RTK-AG beri keputusan berbeza?
Penjelasan daripada Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya wajar diberikan liputan kepada masyarakat supaya masing-masing lebih memahami bagaimana keputusan ujian kendiri dapat memberikan keputusan yang tepat.
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
* Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
* Buat ujian apabila bergejala
* Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Kalau ibu ada persoalan tentang pelbagai komplikasi popular waktu mengandung dan apa patut buat dan tak patut buat pada baby baru lahir jangan lepaskan peluang mendengar penjelasan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar sekarang di TALK TO DOCTOR BERSAMA MOMS TO BE
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI