Kentang kaya dengan pelbagai nutrisi semula jadi. Mama boleh pelbagaikan hidangan berasaskan kentang untuk anak antaranya kentang putar. Kentang sangat baik untuk pencernaan. Selain itu ia juga membantu sistem imuniti tubuh.
Bukan sahaja mengenyangkan, kentang juga memberi tenaga kepada tubuh. Kentang juga baik untuk kesihatan tulang. Mama boleh cuba resipi kentang putar seperti yang dikongsikan oleh Ciklyn ini.
Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jimat sangat!
CARA MASAK KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
3. Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Ads
4. Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
5. Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
6. Tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
7. Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
8. Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
Ads
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan.
2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.
Ads
4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana.
5. Masukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa.
6. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan.
7. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul.
8. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
Tercari-cari resipi sajian minum petang untuk anak dan suami. Jangan bazirkan masa pada resipi yang lama penyediaannya. Jimatkan tenaga dengan resipi mudah dan mengenyangkan.
Resipi donat ekspress ini mama wajib cuba. Bukan hanya gunakan dua bahan sahaja bahkan masa memasaknya yang hanya beberapa minit sahaja buat masa lebih jimat. Nak tahu macam mana donat dua bahan ini? Jom cuba!
RESIPI DONUT GUNA DUA BAHANN JERR.
Donut ni kan paling mudah sangat nak buat. Tak sampai lima minit dah siap. Selalu Kek Na buat untuk sarapan atau minum petang. Suka anak anak. Hahaha. Licin habis.
Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu segar ikut suka la brand apa pun.
1. Bancuhkan semua adunan dalam satu bekas adunan ye.
2. Masukkan adunan tadi dalam adunan piping bag. Sebab nanti senang nak buat. Adunan ni melekit kalau nak buat dekat tangan tau.
3. Potong hujung plastik piping tu lebih kurang sizee 50 sen. Kalau buat besar besar nanti dah tak berapa lembut.
4. Panas kan minyak. Minyak betul betul panas baru la masuk adunan tadi. Guna api sederhana kecil je keyh jangan besar tau.
5. Dah siap angkat dan terus la salutkan dengan gula kastor.
6. Siap untuk di makan.
Senang kann. Yang nak sharee di persilakan kan ye. Moga dapat bantu mak mak untuk idea sarapan pagi ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Resipi nuget nasi homemade sesuai untuk anak-anak yang susah makan nasi. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget tapi kali ini kita olah jadi makanan yang sihat. Jika tengok anak jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi nuget nasi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini pasti membuka selera anak-anak yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran.
RESIPI NUGET NASI HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Nasi putih
Isi ayam
Lobak merah
Lada putih
Garam pink himalaya secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit daun sup
Mewah Dengan Khasiat Ayam & Sayur, Anak-anak Mesti Suka
Cara membuat:
Kisar bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai. Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong. Selepas bentukkan celup nuget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.
Selepas dicelup telur, golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.
Selepas digoreng. Macam nuget yang biasa dibeli di luar. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ini, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Puding tembikai antara juadah pencuci mulut yang digemari ramai terutama anak-anak kecil kerana bentuknya yang sangat cantik seakan tembikai sebenar.
Bagi yang tak pernah mencuba, apa kata anda cuba resipi yang dikongsi ini. Penyediaanya mudah sahaja. Selamat mencuba!
Assalamualaikum n selamat petang, Selamat Hari Raya. Puding Tembikai rugi sebab kulit tebal isi sikit jehh😝 ni haa resepi saya share😊 nanti lebihkan kaler merah ya..untuk isi banyak. Boleh jual RM2.50 sekilo😛
Resepi Puding Tembikai * 3 keping roti putih dipotong bahgian tepi dan dipotong cube kecil * 1 tin susu cair * 4 sb susu pekat manis * 1bj telur A Blend bahan bertanda *
Masukkan 2 cawan air dlm periuk. Panaskan dan masukkan + 10gm serbuk agar2 + 4 sb gula pasir
Kacau hingga agar2 larut + 1sk esen vanilla + bahan blend
Bahagikan kpd 3 adunan > merah > hijau > warna original
Sediakan loyang bulat. Basahkan loyang utk mudah keluarkan puding
Tuang aduann hijau. Diikuti putih.. Dan merah.. Sejukkan dalam peti sejuk. Potong dan letakkan coklat chip utk biji nya Siap😊
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.