Boleh dikatakan kebanyakan anak-anak suka makan kentang goreng sebagai kudapan mereka. Cuma bila melibatkan makanan berproses, perasaan bimbang itu ada.
Apa kata ibu buat kentang goreng homemade khusus untuk anak. Tanpa bahan pengawet dan terbukti kebersihannya.
Kadang-kadang ubi kentang yang dijual secara sejuk beku itu kita tak tahu apa bahan penyedap yang digunakan untuk tahan lebih lama. Jadi baiklah buat sendiri.
Resipi dari Nur Fadzilah ini boleh dicuba untuk anak-anak di rumah. Boleh buat minum petang atau kudapan sihat.
6) Campurkan kentang dengan sedikit soda bikarbonat dan tepung gandum. Biarkan kejap.
IKLAN
7) Goreng macam biasa. Api jangan kuat ya.
8) Siap dihidang untuk si manja anda.
Alhamdulillah bila buat macam ni anak berselera makan. Nak buat stok pun boleh. Lepas tabur tepung tu, simpan dalam bekas, masuk freezer.
Selamat mencuba!
Dalam berpantang mungkin ada sesetengah ibu yang menjaga makan kerana risau memberi kesan kepada diri sendiri ataupun bayi yang menyusu badan. Kadang-kadang asyik makan yang sama sampai naik bosan.
Ketika bersarapan atau minum petang teringin nak makan sesuatu yang manis tetapi tetap sihat. Apa kata anda cuba resipi Yogurt Custard Toast yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini;
Cara-cara: 1. Roti – lenyekkan nipis bahagian tengah. 2. Mix bahan yogurt, maple syrup dan telur.
3. Tuang adunan yogurt dan susun buah pilihan. 4. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit guna AF.
Sedap sungguhlah! Nak buat pun senang, boleh tukar-tukar jenis buah ikut selera. Sihat dan mommies pun boleh enjoy makan roti bakar ni. Selamat mencuba!
Kesedapan sardin roll sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Sekali letak, sardin roll yang dihasilkan sendiri ini pasti habis licin.
Resipi perkongsian Norzaiha Razali ini memang terbaik. Tidak hairanlah mendapat perkongsian sehingga 14 ribu dalam masa satu hari. Memang mantap dan sedap!
Goreng sardin roll petang tadi. Nak bagi bff untuk berbuka puasa. Uli petang semalam lagi. Buat tak banyak. 3 cawan je. Boleh la dalam 22 biji.
Siapa-siapa yang baru nak mencuba buat sardin roll ni, boleh la tengok resepi dan teknik yang saya share ni.
Bahan-bahan:
1 1/2 planta
3 sudu makan minyak masak
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air sejuk -sedikit demi sedikit
Bahan Inti:
Sardin tin
Bawang merah, bawang putih -dikisar
1 ½ sudu makan cili kisar
Cairkan planta bersama 3 sudu makan minyak masak. Bila cair tutup api. Tujuan untuk merangupkan kulit. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar sikit supaya mudah untuk menguli nanti.
Letak planta yang cair tadi kat tengah-tengah tepung. Korek la sikit tepung tu. Gaul dengan sudu sebab planta masih panas. Letak garam sikit lepas tu gaul guna tangan sebab planta dah sejuk. Gaul rata sampai jadi relai.
Letak sikit-sikit air sejuk dalam peti ais. Letak sikit-sikit masa menguli. Tak sampai pun secawan air. Ulang sampai jadi doh. Hati-hati jangan terlebih air, nanti lembik doh.
Uli sampai tepung tak melekat pada tangan. Lepas tu buat bulat-bulat macam ni. Tujuan untuk mudah menggelek nanti.
Boleh la dalam 22 biji. Tutup doh dan biarkan seketika. Lepas uli tak boleh terus gelek sebab nanti doh mengecut semasa gelek. Sementara tunggu doh rehat tu, boleh la pergi buat sambal sardin.
Untuk sambal sardin, tumis bawang merah, bawang putih yang dah blend dalam 3 sudu makan bersama 1 ½ sudu ciliboh. Tumis sampai pecah minyak.
Lepas tu masukkan air asam jawa, gula nisan atau gula melaka.
Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Lepas tu letak garam dan gaul sebati. Sambil gaul tu lenyek terus la ikan sardin tu. Baru kuah cepat kering. Bila kering, tutup api.
Ambil satu yang buat bulat tadi, gelekkan seperti biasa dan gelekkan sekali lagi secara melintang pula.
Gelek rata, habis nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek habis nipis tau sebab nanti kita nak gulung pulak. Kalau tak nipis, nanti bila gulung jadi tebal kulit. Tak sedap kulit tebal.
Hiris kat atas macam ni. Tujuan untuk corak je ni. Lepas tu letak inti kat bawah.
Gulungkan kemas. Susun dalam bekas. Saya tabur tepung sikit kat atas tu. Tak nak tabur pun takpe.
Goreng sampai kekuningan dengan api perlahan ya. Macam goreng karipap jugak. Tak boleh api besar. Nanti kulit jadi gelembung tak cantik.
Tips nak bagi rangup lama, jangan letak dalam bekas tertutup masa sardin roll tengah panas. Dah sejuk baru tutup.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain rasa, bentuk dan rupa satu-satu makanan itu memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak-anak kecil kita untuk makan. Bayi yang sedang membesar sudah bijak menolak satu-satu makanan yang diberikan dan kepelbagaian dalam mencipta resipi kreatif perlu dilakukan sewajarnya.
Mama perlulah lebih kreatif dalam berkarya di dapur. Resipi Bebola Nasi Celup Tepung ini antara yang disyorkan kerana ringkas cara pembuatannya. Resipi perkongsian Puan Farisha Sofea menerusi grup Geng Memasak Untuk Anak ini mama boleh cuba.
Bebola yang dicelup dengan tepung dan telur ini sememangnya buat anak kenyang. Bagi anak yang tidak makan nasi, menu ini boleh dijadikan pilihan. Jom cuba!
Bahan Bahan:
Bahan Cucur:
1 1/2 cawan nasi
1 biji telur
1/4 cawan sayuran hijau -dicincang
1/2 cawan isi ayam -dicincang
1 sk serbuk ikan bilis
Bahan Adunan Tepung :
2 sb tepung gandum
3 sb tepung beras
1/4 sk serbuk kunyit
sedikit air
Bahan lain:
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan cucur dan gaulkan sebati.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola. Ulang sehingga habis. Ketepikan seketika.
Di dalam bekas lain, satukan ke semua bahan adunan tepung kecuali air. Kacau sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Di dalam kuali, panaskan minyak kemudian celupkan bebola tadi ke dalam adunan tepung.
Ggoreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!