Sebelum berkahwin, mungkin cara bergurau tidak sama dengan selepas mendirikan rumah tangga. Apabila berkahwin, kita akan lebih mengenali pasangan kita dan mula tahu tabiat-tabiat pelik yang suka dibuatnya. Mula-mula mungkin akan berasa jengkel kerana tidak biasa, tapi lama-kelamaan ia bukan masalah lagi.
Artikel Menarik: [Minta Maaf Lepas Solat Bersama. Buat Suami Isteri Sedar, Saling Memerlukan]
Sebenarnya gurauan beginilah yang membuatkan rumah tangga lebih berseri kerana kita akan belajar menerima pasangan seadanya. Macam mana pun kita tak sukakan caranya, tapi dia jugalah yang kita sayang.
1. KENTUT DEPAN PASANGAN
Ini antara yang paling popular dan sering terjadi. Kentut di depan pasangan menunjukkan anda seorang yang terbuka dan selamba. Tidak kisah berkongsi kesusahan serta suami atau isteri jenis begini biasanya sangat penyayang. Mungkin mula-mula anda rasa tak senonoh, tapi bila dah banyak kali dah terbiasa pun.
2. SENDAWA KUAT-KUAT
Ada sesetengah orang memang pantang kalau bunyi sendawa terlalu kuat. Apatah lagi jika dibuat depan orang. Ketahuilah jika pasangan anda jenis begini bermakna dia seorang yang jujur dan suka berterus-terang. Pasangan yang suka sendawa kuat ini juga sangat peramah dan tidak segan untuk mengakui keilapan sendiri.
3. AMBIL BARANG, TAK SIMPAN BALIK
Kadang-kadang isteri simpan kicap dalam peti ais. Suami ambil, lepas tu tinggal atas meja. Naik angin isteri dibuatnya. Ada masanya isteri yang berperangai begitu, suami simpan elok-elok. Dia ambil kemudian tak disimpan semula.
Hal kecil begini pun boleh buat pasangan suami isteri berbalah, tetapi tidak lama. Orang begini jenis cemerkap dan mudah lupa. Sebab itulah agaknya, dia tak ingat di mana dia ambil barang-barang itu.
Artikel Menarik: [Bergaduh Buat Suami Isteri Makin Kenal, Tapi Jangan Berpanjangan]
4. GUNA UBAT GIGI, TAK DITUTUP
Biasa terjadi. Selalu penutup tiub ubat gigi hilang atau dibiarkan terbuka. Sedangkan tidak susah pun untuk menutupnya, tetapi tetap dibiarkan terbuka. Pasangan begini biasanya jenis tidak kisah dan malas ambil tahu hal yang tidak berkaitan dengannya. Tetapi, jika kita minta tolong darinya, dia sebenarnya boleh diharap.
5. GOSOK KETIAK, BERI BAU PADA PASANGAN
Salah satu perangai yang boelh buat isteri bengang adalah tabiat suami yang suka menggosok ketiaknya kemudian diberi pada isteri untuk dicium. Sebenarnya suami begini sangat baik dan dia telus dalam setiap perbuatannya. Dia juga suka mengakui sayangnya pada isteri dan anak-anak secara lisan.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Bergaduh Depan Anak, Lepas Geram Sana Sini. Besar Nanti, Dia Jadi Kaki Buli]
Sebenarnya banyak lagi gurauan atau tabiat pasangan kita yang boleh buat kita marah. Tetapi tidak lama kerana sebenarnya ia membahagiakan apabila diingat semula. Pasangan kita tidak sempurna, begitu juga dengan kita.
Yang penting saling melengkapi serta menyayangi untuk membentuk sebuah perkahwinan yang bahagia dan sejahtera. Bertoleransi dan bertanggung jawablah dalam mengharungi kehidupan berumah tangga ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI