Kepal Nasi Dan Goreng Sampai Rangup, Anak Tak Makan Nasi Mesti Teruja, Sup Nasi Kepal Ni Memang Awesome!

Share

Lagi kisahnya dengan anak tidak mahu makan nasi. Solusi untuk anak-anak kecil kita ini adalah cuba mengubah struktur nasi itu sendiri. Barulah anak makin tertarik untuk makan dengan berselera. Silap hari bulan anak makin teruja bila melihat rupa Nasi Kepal Goreng yang disekalikan dengan supnya ini. Memang awesome!

Idea yang dikongsikan oleh Puan Sha Roziah Al Yahya buat anaknya Hannah Humairah, 1 tahun 6 bulan, menerusi Happy Baby Food Malaysia ini memang awesome. Lebihan nasi dikepal dan kemudiannya di goreng dengan telur. Rangup dan hasilnya anak makan berselera. Sesekali ubah selera anak boleh buat anak makan sampai licin. Jom cuba.

Breakfast pagi ni untuk dik Hannan SUP NASI KEPAL. Buat kelainan sikit kat dia. 7 ketol ummi letak dalam sup ayam tu habis juga di makannya. Alhamdulillah syukur dan seronok rasanya.

Nasi Kepal Si Manja

Nasi
Sudu matrik @ apa-apa la yang ada
Telur

Cara
1. Basah kan tangan dengan air dan padatkan nasi dalam sudu matrik.
2. Ketuk-ketuk sikit keluarlah nasi tu nanti.
3. Sejukkan dulu dalam peti supaya tak hancur bila goreng.
4. Pecah kan sebiji telur. Kacau-kacau rata dan celupkan nasi kepal tadi. Goreng hingga kekuningan. Siap.

Langkah demi langkah.

Sediakan sup buat anak

Bukan hanya cara kepalkan nasi, malah ibu ini juga turut berkongsi resipi Sup Ayam Bersayur untuk melengkapkan lagi Sup Nasi Kepal. Barulah anak makin laju makan, sihat pulak tu.

Sup Ayam Bersayur

Bahan-bahan:
Bawang putih -tumbuk
Halia -tumbuk
Isi ayam
Carrot
Brokoli
Sawi pak choy
Tomato
Sedikit rempah sup
Sedikit lada sulah (putih)

Caranya:
1. Tumis dulu bebawang yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan ayam dan sedikit rempah sup. Kacau rata.
3. Masukkan air, carrot, brokoli dan juga lada sulah. Biar hingga lembut sayurnya.
4. Akhir sekali baru masukkan sawi dan tomato. Dah layu semua tutup api.

Published by
SRM