Kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu adalah salah satu faktor yang mencetuskan poor progress labour membuatkan ibu-ibu mengambil masa yang lama di dewan bersalin.
Keadan ini dinamakan Cephalopelvic disproportion atau CPD. Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan Genikologi, KPJ Selangor Specialist Hospital, CPD ialah salah satu faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat selain dari kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis.
DUA KEADAAN CPD
Cephalopelvic disproportion (CPD) ialah keadaan di mana kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu. Ia terjadi dalam dua keadaan iaitu;
- Kepala bayi normal tetapi ukuran pelvisibu kecil (kebanyakannya terjadi pada ibu yang mempunyai ketinggian kurang daripada 145sm)
- Ukuran pelvis ibu normal tetapi bayi bersaiz besar.
9 FAKTOR PENYEBAB CPD
- Ukuran pelvis ibu kecil sama ada kerana ibu rendah (kurang daripada 145sm), mempunyai penyakit seperti tibi, polio atau riket yang boleh menyebabkan perkembangan tulang terencat.
- Pelvis ibu tercedera seperti retak atau patah.
- Keadaan rahim ibu yang tidak normal seperti ketumbuhan fibroid atau pernah melalui pembedahan pangkal rahim (scar of cone biopsy) yang menyebabkan bahagian tersebut berparut dan tidak berupaya memeri/ tidak elastik.
- Saiz bayi besar mungkin disebabkan oleh keturunan.
- Kandungan yang berusia lebih daripada 42 minggu.
- Ibu mempunyai penyakit diabetes yang tidak terkawal.
- Ibu yang mempunyai sejarah melahirkan bayi besar tetapi tidak bertindak mengawal agar bayi tidak besar melalui diet dan senaman. Hal ini sejarah ini boleh berulang sekiranya ibu tidak berusaha mengawalnya dari awal.
- Bayi menghadap bahagian atas (occipito posterior).
- Kedudukan wajah bayi (face presentation) sama ada menghadap pangkal rahim atau mendongak. Ia boleh dikesan semasa pemeriksaan bukaan serviks. Keadaan ini menyebabkan sekatan yang menyukarkan bayi untuk keluar.
RISIKO POOR PROGRESS LABOUR ADALAH TINGGI
Kebarangkalian poor progress labour pada kelahiran bayi seterusnya yang disebabkan oleh kelainan pada tulang pelvis atau CPD untuk berulang adalah tinggi. Ibu yang pernah melalui CPD bolehlah melakukan ujian MRI untuk melihat saiz pelvis atau membuat ujian menerusi clinical pelvimetry untuk mengukur sama ada pelvis ibu berpadanan atau tidak dengan saiz bayi.
Selalunya pada minggu ke-36 kehamilan, doktor akan berbincang dengan ibu tentang cara kelahiran. Seandainya ujian imbasan menunjukkan bayi besar dan tidak berpadanan dengan pelvis ibu, pembedahan caesarean akan disarankan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI