Berpenat lelah mengharungi fasa kehamilan, alangkah sedihnya apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia. Lebih menyakitkan, bayi itu menemui ajal kerana kesalahan orang lain yang tidak peka dengan keadaan si ibu dan bayi.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Jakarta apabila detik indah buatnya menyambut kelahiran anak sulungnya bertukar menjadi duka apabila bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia.
Melalui portal Tribun-Medan.com, wanita itu yang dikenali sebagai MS berumur 38 tahun dan suaminya, HS, 41 tahun, menanggung rasa sedih kehilangan anak mereka gara-gara dipaksa melahirkan secara normal. MS tidak sepatutnya bersalin normal kerana kedudukan bayi yang songsang.
Dia juga mengalami pecah ketuban pada usia kehamilan 8 bulan setengah. Menurut MS, dia pada asalnya tidak merancang untuk bersalin di hospital tersebut. Namun disebabkan hospital pilihan pertamanya penuh, dia terpaksa ke hospital lain untuk melahirkan bayinya.
Tambahnya lagi, ketika diperiksa bukaan bersalinnya sudah lengkap dan dia dipaksa bersalin normal biarpun pihak hospital sudah tahu tentang kedudukan bayi yang songsang.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Lebih menyayat hati kerana kepala bayinya turut terputus dan tertinggal dalam rahim ketika proses bersalin pada 14 April lalu. Dia turut mengalami koyak teruk pada bahagian kemaluan dan menjadi trauma disebabkan pengalaman bersalin tersebut.
“Saya dipaksa untuk teran sekuat hati. Mereka beritahu bayi saya dah keluar tapi tak menangis. suami terkejut bila lihat bayi kami keluar tanpa kepala.”
Menurut cerita HS pula, ketika menemani isterinya bersalin dia dapat melihat jantina bayi mereka. Semasa kejadian, dia juga ada ternampak bahagian punggung bayi tetapi dia terkejut dan hilang kata-kata apabila melihat anak mereka tidak berkepala.
“Selepas isteri saya dipaksa meneran, saya dapat lihat anak kami keluar. Saya nampak kemaluannya dan bahagian punggung tapi saya terpempan bila lihat anak saya tak berkepala. Saya tak dapat nak bercakap, selebihnya tak mahu isteri tahu tentang hal itu.”
Kata MS, kepala bayinya yang tertinggal dalam rahim terpaksa dikeluarkan dengan vakum. Sebelum kepala dikeluarkan, dia sudah cukup letih untuk meneran dan minta untuk berehat. Pada ketika itulah dia dapat melihat tubuh bayinya tanpa kepala.
Ads
“Saya tak boleh nak bercakap, perasaan bercampur-baur Membayangkan kepalanya masih ada dalam perut saya. ESOKNYA, saya dipaksa keluar dari hospital kerana mereka mengatakan saya sudah pulih. Mereka juga tak ada jelaskan apa-apa tentang kes saya dan kami diminta pulang saja.”
Biarpun kecuaian dibuat oleh pihak hospital namun tiada sebarang penjelasan telah dibuat dan mereka memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April 2024. MS kemudiannya pergi ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dia dimaklumkan bahawa jahitan di farajnya ‘terbuka’ kerana dijahit secara semberono.
Sumber foto: Tribun-Medan.com
Difahamkan kedudukan bayinya sudah songsang sejak usia kehamilan 7 bulan. Pada waktu itu juga, dia telah disarankan untuk bersalin secara pembedahan. Kepala bayi tersebut telah dijahit pada bahagian tubuh jenazah dan telah selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Kurma bukan sekadar makanan sunnah, tapi juga sumber tenaga semula jadi yang kaya dengan khasiat. Dengan kandungan gula semula jadi yang tinggi, ia membantu mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa. Tak hairanlah kurma menjadi pilihan utama untuk berbuka sejak zaman dahulu lagi!
Khasiat jus kurma
Kekurangan cecair badan dan nutrisi boleh mengganggu sistem pencernaan sepanjang puasa. Jadi, anda boleh menemui serat tidak larut dan larut daripada kurma bergantung pada jenis kurma yang anda makan. Jenis serat ini membantu mengekalkan pergerakan usus biasa yang membawa kepada sistem pencernaan yang sihat. Selain itu, terdapat juga asid amino untuk menyokong kesihatan saluran pencernaan. Keadaan ini menghalang usus anda dari kanser dan gangguan lain seperti sembelit.
Menguatkan tulang
Buah coklat gelap ini kaya dengan pelbagai jenis mineral yang diperlukan tulang seperti mangan, magnesium, selenium dan tembaga (copper). Anda memerlukannya untuk memastikan tulang sihat dan mencegah masalah berkaitan tulang seperti osteoporosis. Seperti penuaan, tulang anda lebih lemah jadi anda perlu memastikannya kuat dengan memakan makanan yang sesuai.
Mengatasi letih dan lesu
Rasa letih dan lesu sepanjang Ramadan adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima apa-apa makanan pada waktu siang. Jadi keadaan ini boleh diatasi dengan meminum jus kurma. Ini kerana buah kurma mengandungi zat besi yang dapat membantu menguatkan tubuh dan membuatkan tubuh lebih bertenaga. Zat besi juga bagus dalam penghasilan sel darah merah yang boleh mengatasi anemia.
Resepi jus kurma
Bahan-bahan yang diperlukan:
½ kotak susu segar
10 biji kurma tanpa biji
1 cawan air panas
1 sudu madu/gula
Beberapa ketulan ais
Cara-cara membuat jus kurma
Langkah mudah membuat jus kurma:
Rendam kurma yang dibuang biji di dalam secawan air panas selama 15 minit
Kisar kurma bersama air tadi. Masukkan madu/gula dan ais. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati. Jus kurma sesuai diminum ketika berbuka puasa dan bersahur untuk anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang Ramadan.
Rezeki dan perjalanan hidup setiap orang berbeza. Apa yang menentukan kehidupan kita ini adalah sikap kita sendiri. Tiada orang yang tak mahu bahagia kan? Tambah lagi bila dah ada keluarga sendiri tanggungjawab itu lagi besar.
Apabila dah bergelar ibu bapa, anak-anak nombor satu. Apa saja permintaan anak, sebagai ibu bapa kita akan cuba usaha dapatkan. Seboleh-bolehnya tak mahu menghampakan mereka. Ibaratnya diri sendiri susah tak apa, asalkan anak dapat melalui kehidupan kanak-kanaknya sama seprti anak orang lain.
Menerusi perkongsian di Tik Tok atas akaun @abieaisymikhail, jelas nampak pengorbanan seorang ayah untuk anaknya. Perkongsian bapa ini mendapat perhatian ramai setelah video yang dimuat naik nampak usahanya untuk cuba mengembirakan hati anak.
Mungkin bagi yang bergelar ayah akan memahami saat ini. Walaupun bukan orang senang akan cuba sedaya untuk bahagiakan anak-anak.
Menerusi kapsyen di video tersebut, bapa ini mengakui dia tak kisah apa orang nak cakap padanya. Apa yang penting anak-anak gembira dan dia pun tak menganggu hak orang lain.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang tersentuh hati melihat kesungguhan bapa ini dan memahami apa yang dilaluinya. Orang mungkin boleh cakap macam-macam, tapi jika tak berada di tempat itu, mungkin tak mengerti.
Bahagia cara sendiri
“Biarlah anak-anak tidak tahu susah perit kita, asalkan anak-anak kita gembira dengan apa yang dapat dan boleh mengembirakan hatinya.”
“Yang bergelar seorang ayah akan faham. Kegembiraan anak satu kebahagiaan.”
“Betul tu, asal kita tak curi. Benda boleh pakai kita ambil je.”
“Sekadar nak happy kan anak-anak. Tak semua orang mampu belikan mainan untuk anak-anak..”
Moga dipermudahkan urusan
Rentetan video itu, ada yang turut menitipkan doa agar perjalanan hidup keluarga ini sentiasa bahagia dan anak-anak akan terus menghargai pengorbanan sebenar ibu bapa mereka.
“Seorang ayah sanggup buat apa saja demi anak-anaknya.. Allahuakbar…semoga abang dimurahkan rezeki selalu…aminn Ya Allah.
“Tak apa lah bang jangan hiraukan orang nak cakap apa. Saya faham dalam kehidupan manusia. Tapi abang jangan putus asa demi membahagiakan anak-anak dan juga isteri abang.💪💪”
It’s ok, walaupun benda tu dekat tempqt gitu pun, percayalah anak dah gembira sangat dan dia belajar untuk menghargai.”
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...