Luar Negara

Kepala Tertinggal Dalam Rahim! Kes Bayi Songsang, Ibu Tetap Dipaksa Bersalin Normal

Share

Berpenat lelah mengharungi fasa kehamilan, alangkah sedihnya apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia. Lebih menyakitkan, bayi itu menemui ajal kerana kesalahan orang lain yang tidak peka dengan keadaan si ibu dan bayi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Jakarta apabila detik indah buatnya menyambut kelahiran anak sulungnya bertukar menjadi duka apabila bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia.

Melalui portal Tribun-Medan.com, wanita itu yang dikenali sebagai MS berumur 38 tahun dan suaminya, HS, 41 tahun, menanggung rasa sedih kehilangan anak mereka gara-gara dipaksa melahirkan secara normal. MS tidak sepatutnya bersalin normal kerana kedudukan bayi yang songsang.

Baca Juga:

Semangat Kuat! Ibu Meninggal Dunia, Bayi Lahir Secara C-zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

Makan Coklat ‘Expired’, Kanak-Kanak Umur Setahun Alami Keracunan & Muntah Darah

Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Dedah Risiko Hidap Macam-Macam Penyakit

Dia juga mengalami pecah ketuban pada usia kehamilan 8 bulan setengah. Menurut MS, dia pada asalnya tidak merancang untuk bersalin di hospital tersebut. Namun disebabkan hospital pilihan pertamanya penuh, dia terpaksa ke hospital lain untuk melahirkan bayinya.

Tambahnya lagi, ketika diperiksa bukaan bersalinnya sudah lengkap dan dia dipaksa bersalin normal biarpun pihak hospital sudah tahu tentang kedudukan bayi yang songsang.

Sumber foto: www.freepik.com

Lebih menyayat hati kerana kepala bayinya turut terputus dan tertinggal dalam rahim ketika proses bersalin pada 14 April lalu. Dia turut mengalami koyak teruk pada bahagian kemaluan dan menjadi trauma disebabkan pengalaman bersalin tersebut.

“Saya dipaksa untuk teran sekuat hati. Mereka beritahu bayi saya dah keluar tapi tak menangis. suami terkejut bila lihat bayi kami keluar tanpa kepala.”

Menurut cerita HS pula, ketika menemani isterinya bersalin dia dapat melihat jantina bayi mereka. Semasa kejadian, dia juga ada ternampak bahagian punggung bayi tetapi dia terkejut dan hilang kata-kata apabila melihat anak mereka tidak berkepala.

“Selepas isteri saya dipaksa meneran, saya dapat lihat anak kami keluar. Saya nampak kemaluannya dan bahagian punggung tapi saya terpempan bila lihat anak saya tak berkepala. Saya tak dapat nak bercakap, selebihnya tak mahu isteri tahu tentang hal itu.”

Kata MS, kepala bayinya yang tertinggal dalam rahim terpaksa dikeluarkan dengan vakum. Sebelum kepala dikeluarkan, dia sudah cukup letih untuk meneran dan minta untuk berehat. Pada ketika itulah dia dapat melihat tubuh bayinya tanpa kepala.

“Saya tak boleh nak bercakap, perasaan bercampur-baur Membayangkan kepalanya masih ada dalam perut saya. ESOKNYA, saya dipaksa keluar dari hospital kerana mereka mengatakan saya sudah pulih. Mereka juga tak ada jelaskan apa-apa tentang kes saya dan kami diminta pulang saja.”

Biarpun kecuaian dibuat oleh pihak hospital namun tiada sebarang penjelasan telah dibuat dan mereka memutuskan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa pada 19 April 2024. MS kemudiannya pergi ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dia dimaklumkan bahawa jahitan di farajnya ‘terbuka’ kerana dijahit secara semberono.

Sumber foto: Tribun-Medan.com

Difahamkan kedudukan bayinya sudah songsang sejak usia kehamilan 7 bulan. Pada waktu itu juga, dia telah disarankan untuk bersalin secara pembedahan. Kepala bayi tersebut telah dijahit pada bahagian tubuh jenazah dan telah selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
Emy H