Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak-anak pada prestasi akademik semata-mata. Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup.
Jangan sesekali fikir sebegitu! Silap sangat tu!
Mungkin anak kita tu genius cuma kita je tak ada ilmu nak kenal pasti jenis kecerdasan anak. Untuk pegetahuan ibu bapa ada 8 jenis kecerdasan dan kepandaian dalam diri anak kita yang mungkin kita terlepas pandang dan tidak menghargai bakat terpendam mereka.
1. Number Smart
Sangat suka dengan fakta, logik dan nombor. Keluarkan bakat terpendam yang ni dengan selalu latih anak main sudoku, monopoli, chess dan applikasi smartphone yang mencabar kepantasan mengira.
2. Word Smart
Sangat suka menulis, membaca dan bercakap. Asah je kecerdasan ni dengan ajak anak bercerita pengalaman-pengalaman dia di sekolah dan juga suruh anak kita tu reka cerita bedtime story untuk adik beradiknya.
3. Nature Smart
Suka sangat dengan alam, tumbuh-tumbuhan dan juga binatang. Apa kata jadikan koridor ataupun tanah terbiar belakang rumah tu untuk dijadikan kebun dan taman kecil untuk si comel kita tu kembangkan bakat terpendamnya.
4. Self Smart
Mempunyai self confidence yang tinggi, suka bermain sendiri dan tahu dengan jelas matlamat dan cita-citanya bila dah besar nanti. Mudah sahaja, mak ayah cuma perlu bimbing anak tu untuk pilih cita-cita yang tepat untuk dirinya.
5. People Smart
Ada daya empati yang sangat tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat bagus dan biasanya sangat disukai oleh orang yang lebih dewasa. Kembangkan bakat terpendam ni dengan selalu suruh anak kita tu terlibat persatuan dan juga organisasi.
6. Music Smart
Sangat sukakan lagu, suka menghafal lirik dan melodi lagu dan juga kadangkala mampu bermain alat muzik dalam usia yang sangat muda.
7. Picture Smart
Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi. Suka conteng sana-sini tapi hasil contengannya lebih berseni dan lebih menarik dibandingkan teman sebaya. Kembangkan bakat terpendam anak kita tu dengan sediakan kelas art&design untuknya dan juga platform untuk anak kita berkarya.
8. Body Smart
Sangat suka bersukan, menari dan biasanya mempunyai kebolehan menggunakan tangan dan kakinya dengan sangat baik. Keluarkan je bakat terpendam anak kita ni dengan selalu ajak anak kita bersukan dan juga bersenam. Mana la tahu penyambung legasi Ronaldo dan Messi sebenarnya ada kat dalam rumah kita!
” Wahai ayahku..wahai ibuku..Kami bukan bodoh tapi kami mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza ”
Sebab tu jangan sekali kali putus asa dengan pencapaian anak kita. Peperiksaan tu penting tapi tu bukan penentu hidup dan mati anak kita. Jom kita sama-sama kembangkan dan keluarkan bakat terpendam anak-anak kita semua!
Sumber: Facebook Taufiq Razif