Bagi yang bergelar ibu, tahun pertama bayi adalah masa yang sangat sibuk dengan detik-detik penting dalam perkembangannya dari saat pertama kelahiran sehingga mencapai usia setahun dan seterusnya.

Tahukah ibu, si kecil kebiasaannya akan memiliki kemampuan mengikut tahap umur mereka. Tugas ibu adalah harus rajin memberi rangsangan agar si kecil dapat melakukannya dengan baik.

Melalui rangsangan yang berkesan, anak akan mula belajar sesuatu yang baharu dalam fasa perkembangannya.

Kepintaran Bayi Usia 0 Hingga 6 Bulan Yang Ibu Perlu Peka. Jika Boleh Rangsang Berterusan Lagi Baik

Berikut 13 kepintaran bayi yang dimiliki di usia 0-6 bulan:

Usia 1 bulan

– Menggerakkan kepala dari satu sisi ke sisi lain.

– Mata akan berkedip bila ada cahaya. Walaupun penglihatannya masih belum jelas, tapi bila lampu tiba-tiba dibuka bayi akan berkedip untuk menyesuaikan matanya dengan situasi dari gelap ke terang.

Usia 2 bulan

IKLAN

– Memberi senyuman pada ibu ayah yang biasa dilihatnya dari jarak sangat dekat.

– Mengulang bunyi “ooh” dan “aah” sebagai perkataan awal dari babbling.

Usia 3 bulan

– Membuka dan menggenggam. Cuba letakkan jari anda di telapak tangannya, pasti dia genggam.

– Memegang dan menggoyang mainan. Jika mainan yang berbunyi lagi memberi tarikan pada bayi.

Kepintaran Bayi Usia 0 Hingga 6 Bulan Yang Ibu Perlu Peka. Jika Boleh Rangsang Berterusan Lagi Baik

IKLAN

 

Usia 4 bulan 

– Berguling kerana otot punggungnya dah kuat.

– Dah mula nak kenal warna terutama warna-warna terang; kuning, merah dan hijau terang.

Usia 5 bulan

IKLAN

– Memerhatikan benda-benda kecil kerana koordinasi kedua mata mulai berkembang. Bayi akan mendekatkan benda ke arah matanya selain dapat memfokuskan perhatiannya pada benda yang kecil.

– Mengambil dan mendekati mainan, dengan cara apa sahaja seperti berguling atau pun mengerakkan badan dalam posisi meniarap.

Usia 6 bulan

– Memegang sendiri botol susu kerana otot lengan dan telapak tangan sudah kuat.

– Boleh meniru ekspresi wajah ibu bapa.

– Mula mengeluarkan perkataan “ba..ba..ta..ta”.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI