Seharian penat bermain dengan ayah, bila malam, anak-anak pastinya akan mencari ibu untuk tidur. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi anak kecil kita. Ibulah tempat paling selamat untuk anak beradu. Pun begitu menidurkan anak bukan hal yang mudah.
Pengalaman menidurkan anak buat pertama kali menjadi pengalaman paling berharga buat Dr Say Shazril sepanjang PKP ini. Katanya ia bukan satu tugasan yang mudah. Satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Begitu kongsi Dr Say.
“Topik : Pencapaian Terbesar Pada PKP Hari Ke-7 adalah menidurkan Ace secara manually. Last time saya tidurkan dia manually rasanya masa dia 10 bulan, sekarang dia 1 tahun 8 bulan.
“Selama ni it has always been bini ataupun bibik yang menidurkan Ace sebab saya sangka Ace takkan nak tidur dengan saya kalau ada mommynya & kalau mommy takde atas sebab bekerja, saya fikir mesti susah nak tidurkan Energizer bunny ni.
“Saya tak tau kenapa, pukul 10 malam tadi saya btau bibik (memandangkan bini kerja sampai pukul 12 malam ni) “biar saya cuba tidurkan Ace malam ni”.
“Bibik tersenyum tapi dia reply “silakan tuan”,”kongsinya menerusi instagram.
Kongsi Tip
Menariknya, bapa penyayang ini punya caranya sendiri untuk menidurkan anaknya, Ace dan inilah yang dilakukan Dr Say bagi memujuk anaknya untuk tidur.
“Saya cuba cara automatik dulu yakni bawak dia jalan-jalan dalam kereta. 30 minit pusing-pusing Cyberjaya sambil pasang nursery rhyme, masih celik si comel ni tapi nampak sedikit kata orang Tranung “dok rok”.
“Maka saya cuba cara manual. Masuk rumah bibik tunggu dah, dia nampak Ace masih terjaga, dia senyum lagi. Saya bilang “sabar Atun (nama bibik sy Supriatun) biar saya cuba lagi”.
“Terus saya bawa Ace naik atas, baringkan dia. Puas saya dendangkan lagu P. Ramlee Anakku Sazali, N’Sync This I Promise You & God Must Have Spent A Little More Time On You sambil tepuk-tepuk belakang Ace.
“Dari nafas sekencang kuda kini nafas setenang kura-kura. Lepas 30 minit, terkulai si comel Ace dalam dakapan saya. Sejam diperuntukkan untuk menidurkan dia tapi kepuasannya tak terkata,”kongsinya lagi.
Kata doktor selebriti yang muncul setiap Rabu menerusi program Tanya Doktor ini lagi, proses menidurkan anak-anak adalah satu pengorbanan yang sangat besar bagi semua ibu-ibu. Lagi-lagi anak yang hyperaktif pastinya tidak mudah.
Malah kata Dr Say lagi, ia satu kepuasan tak terkata kala melihat wajah anak yang cukup tenang selepas tidur. Satu kepuasan!
View this post on Instagram
“Baru terasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu menidurkan anak Energizer. Tengok muka anak tidur setenang ni, hidup serius terasa tenang. Seronok jadi bapak ni sebenarnya,” kongsinya.
Artikel berkaitan: Tak Respond& Masih Tak Pandai Sebut Papa Mama, Dr Say Bimbang Anak Delay, Bawa Jumpa Pakar!
Bimbang Masalah Perkembangan Anak, Isteri Dr Say Undur Diri Dari Kerjaya Doktor
Pa &Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI