Kepulangan Ayash Dinanti. Shuib Dah Beli Katil Baby, Semua Tak Sabar Tunggu Adik Balik

Share

Biarpun belum ada tarikh yang sebetulnya bila boleh keluar hospital, pelawak dan pelakon Shuib, 37, mengakui semakin teruja dan sudah menyiapkan barangan keperluan bagi menyambut kepulangan anak bongsunya, Ayash Affan.

Teruja dan cuba sediakan kelengkapan terbaik

Meskipun belum mendapat tarikh sebenar bila anaknya itu dibenarkan keluar hospital, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad berusaha mencukupkan kelengkapan yang perlu sebaik mungkin.

“Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).

 “Alhamdulillah, hari ini pun katil sudah sampai. Setakat ini, itu sajalah yang perkembangan terbaru,” katanya.

Berat Ayash ada peningkatan yang banyak

Shuib juga memaklumkan dia masih menunggu tarikh bila Ayash akan dapat pulang.

Ini kerana, doktor masih terus memantau keadaannya selepas dikeluarkan dari inkubator baru-baru ini.

“Saya tak dapat pastikan bila ‘baby’ akan dapat balik. Doktor kata kena tunggu dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

“Keadaannya pun semakin stabil dan berat ada peningkatan yang banyak,” katanya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.

Kredit: Metro & IG Shuib

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy