Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi. Mohamed Danish Hakim atau mesra dipanggil Abang Danish telah menyambung pelajaran dalam hafazan di Turki.
Ibu bapa mana yang tidak gembira menunggu kepulangan anak mereka. Tambah sebak apabila abang Danish cuma makan cherry pada hari raya. Norman siap tapaukan ketupat, lemang, kuah kacang segala bagai untuk abang Danish.
Norman juga sanggup memakai baju melayu dan sampin ke KLIA untuk bagi abang Danish merasai suasana hari raya yang mungkin berbeza di Turki. Memang betul-betul ayah yang penyayang la Norman ni. Ikuti perkongsian di Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza;
Seronok Norman nak sambut anaknya di KLIA, siap pakai baju melayu lagi
Dah siap nak jemput abang Danish
“Nanti sampai terus suapkan dia sebab masa raya haritu dia makan buah cherry je”
Kepulangan Al-Hafiz yang dinantikan (Part 1)
Kepulangan Al-Hafiz yang dinantikan (Part 2)
Begitu rindu ayah terhadap seorang anak. Norman kelihatan menangis menyambut anaknya. Norman juga menyuap anaknya makanan raya, mungkin cara Norman untuk melepaskan rindu.
Netizen meluahkan perasaan sebak, terharu dengan layanan yang diberikan Norman terhadap anaknya. Keluarga yang sangat bahagia.
Tanpa sedar air mata mengalir
Indahnya kasih sayang dalam keluarga ni
Terharu
Namun begitu, kelibat Memey Suhaiza tidak kelihatan semasa mereka menjemput abang Danish di KLIA Rupe-rupanya Memey Suhaiza sarat dan menunggu masa sahaja untuk melahirkan cahaya mata baru.
“Mummy tak dapat ikut, kita jumpa kat rumah ye abang. Adik-adik pun tak sabar ni”. Nampaknya baby baru pun tunggu abang Danish balik ke Malaysia dulu baru nak keluar dari perut mummy nya.
Sumber: Instagram Norman Hakim, Memey Suhaiza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI