Siapa yang tidak mengenali pelakon ini? Sering menjadi pelengkap untuk filem-filem tempatan dengan watak lucu. Di sebalik rupanya yang ceria dan lakonan bertenaga, siapa yang menyangka rupa-rupanya Along Eyzendy mempunyai masalah dengan buah pinggangnya.
Artikel Menarik: [“Cepat Penat & Makin Kerap Stres”. Bimbang Kandungan Terjejas, Dr Say Minta Isteri Berhenti Kerja!]
Menurut doktor ketika dia menjalani pemeriksaan kesihatan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40, hanya 19 peratus daripada buah pinggangnya yang berfungsi manakala yang selebihnya telah rosak.
Berkongsi tentang tahap kesihatannya pada sebuah akhbar tempatan, Along turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mungkin nampak sihat di luaran, tapi siapa sangka rupanya kita sakit.
Terbaharu melalui perkongsiannya di laman Facebook, dia memberitahu dia dan isteri telah menjalani pembedahan buah pinggang. Paling mengusik jiwa adalah pengorbanan si isteri yang mendermakan buah pinggangnya kepada Along. Ternyata seorang isteri sanggup melakukan apa sahaja demi suami tercinta.
Keputusan untuk mendermakan organ dalaman bukanlah mudah untuk dibuat dan perlu mendapat nasihat daripada pakar, namun isteri Along tidak ragu-ragu. Bahkan dengan rela hati mahu mendermakan buah pinggangnya supaya Along sembuh semula.
Ikuti apa kata Along pada Ramadan kedua tempoh hari tentang keadaan dia dan isteri:
Ramadhan 2. Hari ke 5 utk aku hari ke 3 utk Amy Eyzendy dlm wad 7b hospital selayang. Dah bermacam2 jenis doktor pakar dtg utk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant Dan beberapa doktor pakar yg lain. Dari penerangan atau brifing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’ aku tgk bini aku relax je dia…
Maklumlah ini kali yg ke4 dia masuk operation theater OT. Sblm ni masa melahirkan anak kami ketiga tiganya di lahir melalui cara pembedahan atau caesarean. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa. Tapi bagi aku yg kali pertama nak masuk OT Dan kali pertama nak belah perut mmg sgt merisaukan, mendebarkan, Dan mcm2 perasaan yg bermain di fikiran.
Tapi nasihat bini aku x yah fikir just tawakal Dan lalu je… Mcm dia. Aku Cuba, tapi 5 minit kemudian aku pk blk… 😂😂😂 mmg berbeza la aku dgn dia. Dia lebih kuat lebih cekal Dan lebih positif. Kalau x dia takan ambil keputusan yg sgt besar dgn mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yg belum tentu semua org mampu utk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah… Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.
Artikel Menarik: [“Abi Bukan Buat Lawak, Abi Tengah Marah!”. Tak Takut, Urwa Siap Gelak Tengok Nadzmi Naik Angin!]
Di laman Facebooknya juga turut ada sebuah status yang memaklumkan keadaan pelakon ini yang dikatakan semakin stabil. Buah pinggang baharunya juga dikatakan berfungsi dengan baik dan kini Along berada di bawah pemantauan doktor di hospital. Sama-sama kita doakan agar kesihatan Along dan isterinya semakin pulih dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Sumber: Eyzendy Aziz & My Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI