Keputusan UPKK 2024, calon boleh mula semak pada 20 Mac 2025. Keputusan Ujan Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh disemak pada 20 Mac 2025 melalui laman web https://semakan.islam.gov.my/
Keputusan UPKK 2024, Calon Boleh Mula Semak Pada 20 Mac 2025
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pukul 2 petang.
“Semakan dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2024, pukul 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Sirajuddin berkata, Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pada 20 Mac 2025, pukul 12 tengah hari.
Buku pink bukan sekadar buku biasa. Ia adalah rekod penting untuk ibu dan bayi. Dari awal kehamilan, setiap pemeriksaan direkodkan dalam buku ni dari segi berat badan, tekanan darah, sampai perkembangan bayi dalam kandungan.
Kalau ada apa-apa komplikasi, buku pink ni boleh bantu doktor faham sejarah kesihatan kita. Sayangnya, ramai yang ambil ringan dan tak bawa masa pergi klinik atau hospital.
Presiden yang juga Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, walaupun kebanyakan ibu tahu tahap kesihatan sebagaimana yang dimaklumkan, namun maklumat itu berguna dan penting apabila mendapat rawatan susulan dengan doktor lain.
“Kepada bakal-bakal bapa, bawa la isteri pergi buat Buku Rekod Kesihatan Ibu atau Buku Pink.”
“Tak kisahlah kau benci macam mana pada Klinik Kesihatan. Tak kisahlah kalau nak bersalin dekat hospital swasta pun. “
“Kalau takde masa pun cuba la ambil cuti sehari dan bawa isteri buka Buku Pink. Saya pesan ni bukan sebagai doktor perubatan, tapi sebagai suami. Mungkin ada orang akan hentam juga “buat apa nak tambah kerja orang dekat klinik antenatal?!”
“Tapi buku ni amat-amat berguna bila dah sesak sangat. Dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung, kita tak tahu apa akan jadi sehingga anak dilahirkan.”
“Dah simpan duit dan target nak belanja isteri bersalin di hospital swasta yang paling selesa bilik suitenya. Tapi masa tu pula kita dekat kampung yang hanya ada Klinik Desa. Dengan Buku Pink ni, mudah untuk first liner samada doktor atau Jururawat Masyarakat untuk semak apa yang perlu dilakukan.”
“Ada tak penyakit yang perlu diberi perhatian seperti kencing manis, darah tinggi dan pre-eclampsia?”
“Scan terakhir ada nampak apa apa ‘abnormalities’ dengan janin tak? Ada risiko tinggi untuk tumpah darah (postpartum hemmorrhage) tak? “
Tambah Dr Ahmad Firdaus, dengan buku pink itu, ia akan memudahkan petugas kesihatan sama ada doktor atau jururawat masyarakat untuk menyemak keperluan ibu.
“Semua maklumat ini akan bantu petugas kesihatan rancang kaedah mana terbaik untuk selamatkan ibu dan anak. Mudah untuk doktor tahu apa nak buat dan nak rujuk ke mana.”
“Memang kebanyakan ibu tahu apa yang doktor dah maklumkan sepanjang follow up dengan doktor lain. Tapi tengah kelam kabut nak bersalin kadang-kadang ada maklumat penting yang lupa dimaklumkan.”
“Bakal-bakal bapa ni pula, biasanya tak ingat pun benda-benda macam ni. Tambahan pula dalam Buku Pink ada pelbagai nota tambahan untuk bakal ibu dan bapa baca dan teliti. Ambil masa untuk baca (go through) sama-sama.”
“Hargai Buku Pink ni. Jaga betul-betul. Simpan dalam beg kecemasan bila pergi mana-mana dengan bakal ibu.” ujarnya menerusi perkongsian di Facebook.
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati-hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:
⚠️ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
⚠️ Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
⚠️ Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
⚠️ Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
⚠️ Pinggan dengan pelbagai bentuk
Pinggan yang selamat adalah
✔️ Pinggan berwarna putih tanpa corak
✔️ Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya
– Elakkan meletakkan makanan panas
– Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
– Jangan simpan makanan terlalu lama
– Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
– Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
– Jangan hidangkan untuk kanak-kanak dan warga hamil
Sesekali berselisih pendapat dengan pasangan adalah normal. Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungan, tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN!
Menurut kajian, pasangan yang selalu bergaduh akan menyebabkan mereka cenderung untuk mengalami kemurungan dan akan meningkatkan risiko obesiti. Ini kerana kemurungan akan mempengaruhi cara badan memproses makanan berlemak tinggi.
Seperti yang dipetik dari laman web Wanista.com, pasangan yang kerap bertengkar mempunyai kadar insulin yang lebih tinggi. Ia menyumbang kepada penyimpanan lemak, menggalakkan trigliserida iaitu sejenis bentuk lemak dalam darah selepas sesoerang itu mengambil makanan berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.
Terdapat kajian lain yang menyokong penyelidikan sebelumnya yang mana wanita stres akan mengalami pertambahan berat badan kerana metabolisme mereka menurun. Ia menunjukkan stres atau kemurungan menjadi penyebab kepada masalah kegemukan.
Gangguan perasaan atau kemurungan boleh memberi kesan yang negatif kepada kesihatan seseorang.
Oleh itu, jika selalu sangat bergaduh dengan suami atau isteri fikirlah kesannya kepada kesihatan anda. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk mengatasi sesuatu masalah selain bertikam lidah. Lebih baik berbincang dan berfikirlah secara rasional sebelum berbuat apa-apa.
Sekiranya pergaduhan berlaku di hadapan anak, itu juga boleh mengganggu tumbesaran mereka. Selain itu, emosi anak-anak juga akan terganggu dan menyebabkan mereka menjadi stres dan memberontak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.