Berita

Keputusan UPKK 2024, Calon Boleh Mula Semak Pada 20 Mac 2025

Share

Keputusan UPKK 2024, calon boleh mula semak pada 20 Mac 2025. Keputusan Ujan Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh disemak pada 20 Mac 2025 melalui laman web https://semakan.islam.gov.my/

Keputusan UPKK 2024, Calon Boleh Mula Semak Pada 20 Mac 2025

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pukul 2 petang.

“Semakan dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2024, pukul 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sirajuddin berkata, Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pada 20 Mac 2025, pukul 12 tengah hari.

Sumber: Kosmo Online

Baca artikel lain juga: UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has