Bapa mana yang tidak bimbang bila mana anak kecilnya berdepan detik mencemaskan bila mana mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Ahli kumpulan V.E, Fakhriz cemas apabila anak ketiganya, bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan mengalami keracunan makanan akibat pencemaran air sehingga terpaksa ditahan di Hospital Shah Alam sejak Isnin lalu.
Menurut perkongsian Fakhriz melalui Mstar, anak kecilnya, Jauza Hanania, 2 bulan pada awalnya hanya mengalami muntah dan cirit birit.
Namun keadaannya semakin bertambah teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Mulanya dia hanya mengalami cirit birit dan muntah tetapi tidak serius, bagaimanapun apabila muntahnya bertukar warna seperti najis pada Isnin lalu membuatkan saya bimbang dan terus membawanya ke hospital.
“Masa sampai di hospital dia sudah mengalami dehidrasi dan perlu dimasukkan air selain doktor memulakan rawatan antibiotik terhadapnya.
“Doktor kata dalam usus dan darah dia ada jangkitan kuman,” katanya berkongsi.
Ads
Menurut kata doktor, akibat keracunan makanan tersebut, bahagian usus anaknya mengalami jangkitan kuman selain kandungan gula dalam darah turut terjejas.
Kongsi Fakhriz lagi, anaknya mula tidak memberi respons selain enggan minum susu yang diberikan malah matanya juga kelihatan kuyu dan lemah. Namun selepas diberikan susu menerusi tiub, anaknya mula bertindak balas.
“Tapi selepas diberi minum susu melalui tiub, Alhamdulillah dia mula beri tindak balas yang baik,” ujarnya.
Pencemaran air masa bancuh susu
Menurut perkongsian Fakhriz lagi, doktor yang merawat anaknya memaklumkan keracunan makanan itu berpunca daripada pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu buat bayinya.
Ads
Malah katanya lagi, hal itu kerap terjadi pada bayi dan turut menyarankan untuk masak air seperti biasa untuk membunuh kuman sebaiknya.
“Doktor kata berpunca daripada air dan banyak kes macam ini dekat hospital dan dia turut menyarankan agar air yang digunakan untuk membancuh susu sebaiknya direbus terlebih dahulu,” katanya.
Penceramah selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Bapa kepada Muhammad Bilal itu berkongsi perkhabaran itu ketika mengendalikan sebuah program.
Bahkan kata Haris, dia akan turut serta ke hospital selepas program itu bagi menemani Neelofa yang sudah pun dimasukkan ke wad.
“Isteri dah hampir due, doakan insyallah.
“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insyallah kita doakan segalanya dipermudahkan.
“Korban tak korban, selepas ini saya terus pergi,” katanya yang akan menemani isterinya itu untuk bersalin.
Dalam pada itu, rakan gandingan Haris, Fakhrul Radhi turut sama mendoakan agar proses kelahiran bayi kedua Neelofa dan Haris itu dipermudahkan.
Terdahulu, Neelofa yang bakal menyambut kelahiran bayi keduanya itu memilih untuk menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu untuk menjaganya sepanjang berpantang kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Doktor pakar keluar minum, tinggalkan pesakit lepas bersalin hingga meninggal dunia. Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin, didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.
Doktor Pakar Keluar Minum
Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama jururawat terdiri daripada Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa serta Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi hampir RM6 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan menyebabkan kematian mangsa ketika menerima rawatan.
Punita meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.
Ketika prosiding, mahkamah diberitahu bahawa Punita yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.
Walaupun memberi jaminan pesakit yang berusia 36 tahun itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit, walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin Hingga Meninggal Dunia
Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.
Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak, manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.
Kedua-dua doktor terbabit tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Doktor HTAR menyifatkan keadaan Punitha sudah kritikal ketika ketibaan, berikutan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).
Walaupun pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, namun Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.
Hakim, Norliza Othman, dalam keputusannya, berkata Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.
Norliza juga menekankan kegagalan doktor bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.
“Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.
“Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya,” katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.
Hakim juga mengecam doktor kerana ‘tidak menghiraukan’ keadaan si mati.
“Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital ‘mengisytiharkan kematian’ ibu malang ini.
“Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat, sementara Dr Ravi keluar minum.
“Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat,” tambahnya.
Susulan itu, mahkamah menganugerahkan keluarga mangsa RM5,993,936 sebagai ganti rugi, merangkumi RM500,000 untuk kesakitan dan penderitaan si mati; RM1 juta untuk setiap seorang bagi dua anak si mati; RM300,000 setiap seorang untuk ibu bapanya; RM1.5 juta sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Ravi; RM700,000 sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Shanmugam dan kliniknya; dan RM100,000 sebagai ganti rugi punitif.
Bila anak dah mula dapat kaki, memang geram tengok aksi dia berjalan. Terkedek-kedek! Apatah lagi bila dia teruja dengan sesuatu kan? Begitu juga dengan Fatima, anak kepada Fattah Amin dan Fazura ni. Comel betul lah!
Melalui perkongsian video di laman Instagram fattzuralovelife, kelihatan Fatin dengan semangat berjalan ke arah TV. Ingatkan sebab apa, rupa-rupanya dia teruja nampak ayahnya dalam sebuah rancangan! Mulut pun tak henti-henti menyebut Dada.
Bila tengok telatah Fatima ni, memang nampak sangat dia daddy’s girl. Manja sungguhlah, sampai berkobar-kobar dia meluru ke TV hanya sebab nak tunjuk ada ayahnya. Bukan main kuat suara dia ya? Lepas ni bila dah boleh bercakap, mesti lagi riuh satu rumah.
Memang besar impak kehadiran seorang ayah dalam kehidupan anak perempuan. Antaranya adalah;
#1: TEMPAT BERGANTUNG
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Anak perempuan sangat memerlukan seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk menjadi tempatnya bergantung.
#2: HERO YANG MELINDUNGI
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai akan sangat rapat dengan ayahnya. Ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
#3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala kata pujiandari ayah akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi sebuah video di akaun TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi cara sebutan yang betul bagi...