Bapa mana yang tidak bimbang bila mana anak kecilnya berdepan detik mencemaskan bila mana mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Ahli kumpulan V.E, Fakhriz cemas apabila anak ketiganya, bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan mengalami keracunan makanan akibat pencemaran air sehingga terpaksa ditahan di Hospital Shah Alam sejak Isnin lalu.
Menurut perkongsian Fakhriz melalui Mstar, anak kecilnya, Jauza Hanania, 2 bulan pada awalnya hanya mengalami muntah dan cirit birit.
Namun keadaannya semakin bertambah teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Mulanya dia hanya mengalami cirit birit dan muntah tetapi tidak serius, bagaimanapun apabila muntahnya bertukar warna seperti najis pada Isnin lalu membuatkan saya bimbang dan terus membawanya ke hospital.
“Masa sampai di hospital dia sudah mengalami dehidrasi dan perlu dimasukkan air selain doktor memulakan rawatan antibiotik terhadapnya.
“Doktor kata dalam usus dan darah dia ada jangkitan kuman,” katanya berkongsi.
Menurut kata doktor, akibat keracunan makanan tersebut, bahagian usus anaknya mengalami jangkitan kuman selain kandungan gula dalam darah turut terjejas.
Kongsi Fakhriz lagi, anaknya mula tidak memberi respons selain enggan minum susu yang diberikan malah matanya juga kelihatan kuyu dan lemah. Namun selepas diberikan susu menerusi tiub, anaknya mula bertindak balas.
“Tapi selepas diberi minum susu melalui tiub, Alhamdulillah dia mula beri tindak balas yang baik,” ujarnya.
MENARIK:
Semua Kena Jimat, Idea Hebat Bapa Ni Guna Alas Pinggan Untuk Tema Walinongsari, Anak Dapat No.2
Confident Sebab Letak Tepung Tinggi, Anak Explore Main Tepung, Farah Nabilah Reda
Pencemaran air masa bancuh susu
Menurut perkongsian Fakhriz lagi, doktor yang merawat anaknya memaklumkan keracunan makanan itu berpunca daripada pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu buat bayinya.
Malah katanya lagi, hal itu kerap terjadi pada bayi dan turut menyarankan untuk masak air seperti biasa untuk membunuh kuman sebaiknya.
“Doktor kata berpunca daripada air dan banyak kes macam ini dekat hospital dan dia turut menyarankan agar air yang digunakan untuk membancuh susu sebaiknya direbus terlebih dahulu,” katanya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar