Aktres kecil molek, Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak, Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun.
Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya. Kata Nad, Yem selalunya tidak jika dia dan suaminya tiada. Tapi rupanya si kecil itu menanggung rindu yang memegang baju miliknya dan menyebut Mummy.
Nad juga menyatakan asma Yem semakin baik. Dia bergegas pulang dari Jepun dan terus membawa Yem ke hospital. Anaknya itu kemudian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut asma.
Rata-rata ibu bapa risau tentang anak-anak yang dihantar kepada pengasuh susulan kematian yang melibatkan bayi 5 bulan, Allahyarham Adam Rayqal yang didera dan disumbat ke dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya baru-baru ini.
5. Cadangan menambahbaik Akta Kanak Kanak suapaya daftar kanak kanak sedia ada dapat di perkasakan.
6. Sistem daftar tersebut akan memastikan individu yang memiliki rekod jenayah seksual, rekod mahkamah dan polis tidak terlibat secara langsung dengan kanak kanak.
Kenyataan Media
Sambungan Kenyataan Media
PUSAT JAGAAN KANAK KANAK DI TEMPAT KERJA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA
Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri setakat tahun 2013 mendapati, Malaysia kehilangan pendapatan RM13 bilion setahun akibat kurang penyertaan wanita dalam sumber tenaga buruh.
Kekurangan penyertaan wanita juga menjadikan Malaysia ketinggalan jauh dari segi pendapatan berbanding negara jiran seperti Thailand, (70 peratus); Brunei Darussalam (61.2 peratus) dan Singapura (60.2 peratus).
Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010, mendapati 66.9 peratus wanita meninggalkan sektor pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga
Dengan mewujudkan Pusat Jagaan Kanak Kanak di tempat kerja, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka disamping menjamin bahawa wanita akan lebih produktif dalam menjalankan tugas.
Ini juga merupakan satu bentuk kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk terlibat sama dalam penjagaan anak mereka disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa untuk berjumpa dengan anak-anak lebih panjang memandangkan anak-anak dekat dengan ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu untuk menghabiskan masa menghantar anak-anak ke tempat asuhan.
Di harapkan pihak Kementerian akan terus komited bagi memastikan segala cadangan dan perancangan ini di realisasikan.
Wanita ini menceritakan bagaimana dia menyaksikan dan membantu proses bersalin seorang ibu ketika ke ekspo barangan bayi semalam. Ia tentunya sesuatu yang sukar dilupakan!
Puan Tinie Badri, salah seorang yang membantu ibu berkenaan.
Puan Tinie Badri telah berkongsi detik cemas yang dilalui ketika membantu seorang ibu yang melahirkan bayi lelakinya ketika berkunjung ke TCE Baby Expo di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) petang semalam.
Dia sendiri yang sedang sarat hamil sedang menunggu suami bersama dua anaknya telah melihat peristiwa tersebut di depan mata dan turut menghulurkan bantuan menyuruh orang mendapatkan bantuan perubatan di talian dan menelefon ambulans, memegang bayi dan mengikat bahagian tali pusat bayi.
Ada juga ibu-ibu lain dan orang ramai yang turut membantu dengan menutupi ruang bagi mengelakkan ia terdedah kepada pandangan awam dan menghulurkan bantuan kain bagi menyelimuti bayi berkenaan dan sebagainya.
Berikut ialah perkongsian Puan Tinie;
Hari ni dalam sejarah yang tak mungkin mami lupakan. Hajat di hati ke TCE Baby Expo nak beli barang baby je, direzkikan Allah menyaksikan baby lahir depan mata. Allahuakbar.
Kisahnya lepas selesai membeli beberapa barang baby yg dihajati, kami pun turun ke surau. Selesai solat Maghrib, mami dan anak2 tunggu Dedi di luar surau. Takde kerusi di luar tu. Mami taklarat dah berdiri, jadi duduk bersila di lantai dengan Kaklong Dan Aira.
Tiba-tiba pintu di tepi mami terbukak, dan seorang ibu hamil bersama seorang kawannya masuk. Dan kawannya beritahu “Nak bersalin dah ni”. “Ha??? Ke contraction je?” Mami menyedapkan hati “Tak, dah nak keluar” kata ibu tadi sambil menurunkan seluarnya. Oh my.. paniknya ?
“Ya Allah Ya Allah tolong tolong panggil ambulan, nak bersalin dah” mami menjerit bagitau orang sekeliling. Hp mami out??♀️ Kawannya kata tak sempat dah tolong cover dia dengan kain. Ya Allah serious mengeletar mami masa ni. Mami dan sorang lagi di situ tolong tutup ibu yang dah terduduk di hujung sudut. Baby dah selamat dilahirkan. “Allahuakbar, Allahuakbar”. Mami masih panik, kawan ibu tu tadi dah menangis sambil pegang baby ?syabas buat kawannya yang berani!
Dedi tolong bagi kain pelekat dari dalam surau untuk cover ibu tadi, ada seorang makcik sedekahkan kain batiknya untuk selimutkan baby.
Ada seorang perempuan cakap dia nak call ambulan tapi basement tu takde line, dia akan naik call di atas. Mami mintak dia bagitau pak guard sama. Seorang perempuan pulak bgtau dia akan call organizer. Rupanya sis ni exhibitor di situ, tokey butik Mumdreams dengarnya tadi mujur dia ada no organizer. Dan seorang lagi lelaki yang ada di situ bantu call kecemasan. Alhamdulillah dapat.
Mami sempat bercakap kejap dengan operator kecemasan yang bertanyakan keadaan baby dan ibu. Mami bagitau baby ada menangis, mata berkedip dan ada pergerakan. Ibu pun sedar. Kami disuruh selimutkan baby. Masa ni kawan yang pegang baby pun dah lenguh bertinggung. Mami tolong pegang baby tu sementara dia betulkan duduk. Allahuakbar nak nangis rasa dapat pegang baby yang masih basah. Lembut, bersih, Comel sangat. Baby boy.
Kemudian pasukan Medic organizer sampai dan sambung bercakap dengan pihak hospital, suruh cari tali diorang nak guide untuk ikat tali pusat.
Jenuh kami cari tali ? last kami jumpa tali yang kat face mask dalam beg Medic tu. Mami tarik je tali tu? pihak medic tu pun ikat tali pusat baby. Masa ni uri tak keluar lagi. Ibu ni dah rasa rengat sakit perut.
Mak ibu yang melahirkan dah sampai di situ. Dia memang datang bersama ke expo tu tapi berpisah sebab anaknya nak ke hospital dengan kawannya. Katanya takpe selawat usap je perut nanti keluar la. Kagum betul makcik ni tenang cool je. Orang Brunei makcik ni. Elok makcik ni cakap memang keluar urinya. Allahuakbar sebelum ni mami tak pernah tengok real uri tu macam mana. ?
Organizer pun ada datang membantu. Katanya ni first time baby TCE lahir kat event, diorang akan contact untuk bagi hadiah special untuk ibu ni. ?
Ada yang menghulurkan air mineral. Ada yang tolong pegang kain cover dari jadi tontonan. Ada yang tolong pegang fon untuk team medic tu bercakap dengan hospital. Ada yang tolong suluh dengan lampu fon masa team Medic nak ikat tali pusat. Ramai yang membantu. Tak lama kemudian ambulan datang. Alhamdulillah kejap je tali pusat dipotong. Baby dan ibu dibawa ke HKL ? Alhamdulillah
Dah setel baru mami sedar kain mami ni basah kena air ketuban n sedikit darah ? rezki mami yang tak pernah bersalin normal dan tak berpeluang pun nak normal yg ketiga bulan depan ni, untuk tengok macam mana orang bersalin normal depan mata.. baru tau air ketuban tu mcm mana ?Allahuakbar. Doakan mami selamat bersalin czer bulan depan ye. (Memang tak diizinkan bersalin normal, baby songsang dari awal sampai akhir due to Bicornuate Uterus-kelainan bentuk rahim)
Terima kasih pada semua yang membantu. Baik2 semuanya. Rezeki ibu tu mudah je melahirkan. Pukul 7 katanya start sakit, dia bersalin tu dalam 7.30-7.40 mcm tu. Sempat ibu ni bersembang agaknya sebab dia banyak jalan tu mudah bersalin? tengok mukanya pun tenang ceria je. Tahniah puan! Selamat Berpantang. Terima kasih Allah atas pengalaman hari ini.
Siapa sangka percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, Ahad lalu (30 Januari) sekitar jam 5 petang.
Kisah yang meruntun hati menimpa adik Afeef Fayyad itu dikongsi di Facebook pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai.
Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menidurkan anak bongsunya terdengar jeritan daripada adik Fayyad di luar rumah.
Damailah di syurga adik Fayyad
“Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad.
“Adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan. Ibunya mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,” tulis Mr Wan Cai.
Difahamkan, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan keadaan yang semakin kritikal.
Bagaimanapun, Fayyad disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi (31 Januari) dimana jenazah telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang.
Sayu hati, Allah lebih menyayangi Fayyad
Sementara itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mangsa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.
Lagi bertambah sedih, apabila kakak sulung kepada adik Fayyad yang berusia 7 tahun tidak dapat menahan rasa sedih diatas kehilangan adiknya.
Diciumnya wajah adiknya berulang kali. Dipeluk erat tubuh adiknya seperti tidak mahu melepaskannya. Biarpun baru berusia 7 tahun jelas si kakak memahami adiknya tiada lagi disisi.
Moga keluarga adik Fayyad diberi kekuatan dan reda dengan ketentuan ilahi atas pemergian anak syurga ini. Salam takziah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.