Aktres kecil molek, Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak, Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun.
Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya. Kata Nad, Yem selalunya tidak jika dia dan suaminya tiada. Tapi rupanya si kecil itu menanggung rindu yang memegang baju miliknya dan menyebut Mummy.
Nad juga menyatakan asma Yem semakin baik. Dia bergegas pulang dari Jepun dan terus membawa Yem ke hospital. Anaknya itu kemudian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut asma.
Nad juga memuat naik video semasa dia pulang. Reaksi Yem membuatkan ramai sebak.
Para peminat dan rakan artis mendoakan kesihatan Yem pulih. Masing-masing mengakui sebak melihat reaksi Yem tatkala kepulangan Nad dan suami.
Sumber: nad.zainal