Disebabkan oleh kelewatan dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.

TIDAK DIBERI MAKAN MINUM 

Bayi malang terbabit kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu.

 ALAMI SAWAN & JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU

Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya. Pemeriksaan perubatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.

IKLAN

 Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, bertindak atas laporan pihak hospital, polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan.

Kerana Lewat Bayar Upah,  Bayi 14 Bulan Didera Hingga Sawan Dan KritikalDIPUKUL MENGGUNAKAN BOTOL SUSU

“Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

IKLAN

Kerana Lewat Bayar Upah,  Bayi 14 Bulan Didera Hingga Sawan Dan KritikalMenurut Aidil, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah.

 Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam.

 Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.

IKLAN

 Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya

Sumber: Astro Awani

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI