Kerap Bagi Gajet, Anak Lambat Bercakap. Nak Bagi Boleh, Tapi Jangan Jadi Rutin

Share

Penggunaan gajet amat meluas dalam masyarakat kita. Malahan sesetengah ibu bapa menggunakan gajet untuk membantu mereka mengawal anak yang lasak dan selalu mengamuk. Sesekali jika berikan anak untuk menggunakan gajet menonton kartun atau belajar tak ada masalah. Tetapi boleh dikatakan, ramai yang memberi anak gajet hampir setiap hari dan sudah menjadi rutin.

Artikel Menarik: [Malas Nak Layan, Bagi Je Gajet Pada Anak. Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata]

Sebenarnya tak bagus juga jika terlalu kerap berikan anak-anak gajet apatah lagi jika dibenarkan melihatnya dalam tempoh masa panjang. Bahkan sudah banyak perkongsian dari pakar dan orang ramai yang bercerita tentang kesan kepada anak jika terlalu kerap diberikan gajet.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Wawa Zainal memuat naik sebuah video dengan kapsyen panjang yang menceritakan tentang masalah anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, yang menghidap speech delay.

mengenai posting smlm.. ramai yg tanya attar ni sbnr nya ada masalah apa. attar ni speech delay. umur da 6 tahun tapi belum lancar sgt lagi becakap. tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak wawa hantar dia pegi OT,speech therapy.. utk yg mengadu anak masi belum bercakap padahal da 2tahun+ ,3 tahun tu cuba kurangkan gajet.. sbnr nya attar ni pun lambat sbb suka tgk gadjet dulu?silap kitorng ?? bila wawa posting psl attar rmi yg DM. rupanya ramai jg ibu2 di luar sana yg alami masalah yg sama.. tak pee.. kita doa & usaha. usaha nya hantar pegi therapy etc.. & byk luangkan masa dgn dia. gud luck mommies

Semoga dengan perkongsian Wawa ini memberi sedikit kesedaran kepada kita untuk memandang serius soal pendedahan gajet kepada anak-anak. Tidak salah sesekali mahu beri gajet pada anak, tetapi biarlah berpada-pada dan sentiasa dalam kawalan. Banyak cara lain untuk menangani masalah anak lasak, bukan hanya dengan memberi mereka gajet.

Artikel Menarik: [Taktik Sekat Anak Hadap Phone 24 Jam. Berkesan Bagi Yang Ketagih Gajet]

Sedikit info dari Pa&Ma, berkongsi tentang kesan penggunaan gajet secara kerap dalam kalangan kanak-kanak:

1. Terpinggir dari sosial
2. Sensory overload
3. Membuatkan anak mudah berasa bosan jika tidak menggunakan gajet
4. Cenderung untuk memberontak dan mengamuk jika tidak dibenarkan melihat gajet

Kajian dua jam penggunaan gajet untuk kanak-kanak bawah enam tahun ada syaratnya (dan bukan secara kerap):

1. Pengisian gajet lebih kepada pembelajaran
2. Dibawah pemantauan ibu bapa dan sebaiknya ditonton bersama-sama
3. Kanak-kanak haruslah dua tahun ke atas, elakkan diberi kepada bayi
4. Tidak diberikan ketika waktu makan dan sebelum tidur

Sumber: Wawa Zainal

Published by
Emy H