Dulu bila diri sendiri sakit tak kisah sangat. Tapi setelah ada anak, tahu je anak dalam keadaan kurang sihat, mulalah rasa tak senang duduk.
Ibu bapa risau sangat anak tak sihat sebab mereka tak boleh nak beritahu dia sakit. Cuma jika nampak tak bersemangat maknanya memang ada yang tak kena.
Seperti yang dikongsikan oleh Tasha Manshahar mengenai pengalamannya bila pertama kali anak demam memang tak senang duduk dibuatnya. Sekejap suhu ok, sekejap suhu panas.
“Disebabkan Muammar cranky teruk,menangis lama dan kuat sehingga badannya lembik, tengoknya memang rasa kasihan sangat.
“Tapi mujurlah dalam keadaan itu ada mak ayah yang boleh jadi penenang. Saya cuba juga petua tradisional macam mandi air lemon, lumur asam jawa, kerap basahkan badan dia.
“Nampak ada sikit perubahan tapi tetap juga bawa jumpa doktor untuk pastikan keadaan anak dalam keadaan baik dan tidak memudaratkan diri anak,” katanya.
Berikut tip yang dikongsikan Tasha Manshahar dan dilakukannya ketika anak demam.
Tips : Kalau baby demam
1. Pakai baju nipis je, ada yang cakap tak pakai baju langsung lagi okay cuma pakaikan pampers tapi saya macam kesian baby sejuk so i pakaikan baju lubang-lubang tu. Ni supaya haba dari badan dapat dibebaskan. Suhu bilik jangan terlalu sejuk atau terlalu panas. Sedang-sedang je.
2. Kerap mandikan/basahkan mula dari kaki naik ke kepala. Kerap untuk kawal suhu sampai suhu turun. Boleh juga sediakan air dalam spray bottle tu untuk spray kepala anak dengan kerap. Kalau tinggi dan tak turun-turun lebih 2 hari terus bawa klinik/hospital jangan tunggu lama tau!
4. Kerap susukan anak, supaya dia stay hydrated
5. Ibu bapa terutama ibu kena tenang. Budak memang akan demam. Tak ada orang dalam dunia ni tak pernah demam. Bila demam ni la nak bina antibodi. Banyakkan berdoa.
Apa-apa pun jangan lupa rujuk doktor untuk kepastian dan perlu segera dapatkan rawatan.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar