Pada hari ini penggunaan gajet yang terdiri daripada telefon pintar dan juga tablet bagaikan menjadi satu keperluan buat semua peringkat umur. Bukan sahaja orang dewasa malah anak-anak yang masih kecil juga turut didedahkan dengan penggunaan gajet.

Anak-anak pula bila dah dapat gajet kat tangan, mereka boleh jadi senyap dan diam untuk beberapa jam dan kesempatan tersebut banyak digunakan oleh ibu bapa untuk mengalihkan perhatian si kecil ataupun sebagai salah satu cara untuk memujuk supaya anak-anak tidak meragam.

Kerap Bermain Dengan Gajet, Anak Berusia 3 Tahun Alami Masalah Penglihatan Kalau Tak Pantau Mungkin Boleh Buta

Namun memberikan gajet kepada kanak-kanak sebagai salah satu sumber hiburan buat mereka sebenarnya sangat tidak baik untuk kesihatan si kecil terutamanya pada penglihatan mereka. Menonton dengan kerap dalam kegelapan boleh mengundang kepada masalah penglihatan yang teruk untuk mereka.

IKLAN

Kerap tonton kartun di telefon bimbit

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah penglihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya. Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari.

Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di smartphone oleh penjaganya.

IKLAN

Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap pengelihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa memakai cermin mata.

Kerap Bermain Dengan Gajet, Anak Berusia 3 Tahun Alami Masalah Penglihatan Kalau Tak Pantau Mungkin Boleh Buta

Kalau tak pantau, masalah penglihatan akan lebih teruk

Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah penglihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.

IKLAN

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya. Tetapi jika mereka terus membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko mengalami masalah mata yang serius termasuk buta penglihatan.

Sumber: The Reporter

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI