Baru-baru ini suami kepada pelakon, Scha Alyahya, Awal Ashaari berkongsi berita gembira tentang kehamilan kedua isteri tercinta yang kini sudah berusia empat bulan.
Lumrah buat ibu mengandung mengalami alahan pada trimester pertama, namun menurut pelakon Awan Dania ini dia mengalami alahan teruk yang dianggap sangat mencabar buatnya pada trimester pertama kehamilan
Menurut laporan Harian Metro, Scha berkata, fasa pertama kehamilan membuatkan dirinya kerap ke tandas malah mahu ‘membersihkan’ media sosial.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.
Ads
“‘Trimester’ pertama sedikit mencabar yang mana setiap masa ke tandas, pembersihan media sosial dan kurang makan. Namun, kami gembira keluarga akan bertambah lagi, insya Allah.
“Sekali lagi, terima kasih kerana sentiasa mengambil berat kami sekeluarga. Begitu banyak ucapan diterima daripada anda. Insya Allah, semoga kita semua sentiasa mendapat banyak keberkatan. Saya dan keluarga juga mendoakan semoga apa yang anda hajati dikurniakan,” katanya.
Ads
Terdahulu, suami Scha yang juga pengacara, Awal Ashaari mengumumkan pelakon drama Awan Dania itu hamil anak kedua.
Lebih istimewa perkongsian Awal dibuat sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39, pada Jumaat yang lalu.
Ads
Scha dan Awal yang berkahwin pada 4 Mei 2012 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Hmetro
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat.
Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.
Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai masalah anemia yang mempunyai risiko tersendiri apabila hamil.
Ketika Hamil
Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak.
(Infografik: Amalan Pemakanan Semasa Hamil Bagi Kehamilan Yang Sihat).
Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan perlu dipantau agar memenuhi saranan ditetapkan. Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya
(Infografik: Saranan Peningkatan Berat Badan Sihat Semasa Hamil).
Amalan pemakanan yang lebih spesifik juga perlu diikuti bagi mengatasi anemia semasa hamil seperti mengelakkan pengambilan makanan dan minuman berkafein contohnya teh dan kopi.
Selepas Bersalin
Tempoh setahun pertama selepas bersalin merupakan waktu kritikal bagi seorang wanita kerana ia melibatkan perubahan fisiologi badan wanita dan keperluan tenaga yang tinggi. Dalam fasa ini, wanita melalui proses pemulihan dalaman tubuh badan, tempoh berpantang, serta menjaga dan menyusukan bayi. Justeru itu wanita disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan penuh nutrisi bagi memulihkan kembali kesihatan badan kepada tahap optimum
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun bukan menyambut kelahiran anak sulung, namun keterujaan untuk menantikan cahaya mata baru sudah semestinya menggembirakan.
Bagi pelawak dan usahawan berjaya, Shuib dan Siti Sarah, keterujaan mereka untuk menyambut bayi keempat mereka tahun ini sememangnya memberikan seribu satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Menerusi Instagramnya, Shuib mengakui dia cukup teruja biarpun ini adalah anak keempatnya. Kata Shuib, hatinya berbunga-bunga selepas pemeriksaan bulanan isterinya.
“Alhamdulillah, antara perasaan yang indah, hati yang berbunga-bunga adalah balik dari check up baby.
“Tadi baby belanja hisap jari.
“Ya Allah comel sangat. Semoga menjadi anak soleh dan sihat selalu. Amin @sitisarahraissuddin,” kata Shuib berkongsi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Shuib dan Sarah tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kelahiran anak keempat pasangan ini dipermudahkan.
Malah tidak kurang juga yang meneka bayi keempat pasangan ini adalah bayi lelaki.
“Yeayy!! It’s a boy!! Congrats guys!! Semoga dipermudahkan.”
“Alhamdulillah tahniah @sitisarahraissuddin & @shuibsepahtu semoga dipermudahkan segalanya aamiin ya rabb jaga diri baik-baik.
Terdahulu, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahra binti Shahmira dan Ariq Matin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shuibsepahtu & @sitisarahraissudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pra eklampsia atau sawan hamil mengancam ibu sejak usia kandungan 20 minggu ke atas. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya kematian janin. Apakah dia pra eklampsia?
Menurut Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan SALAM Shah Alam Specialist Hospital, pra eklampsia ialah keadaan di mana ibu yang hamil melebihi 20 minggu ke atas, mempunyai tekanan darah melebihi 140/90mmHg, kenaikan berat badan yang mendadak dan mempunyai protein di dalam air kencing.
Lazimnya, ibu yang mengalami keadaan ini akan kembali ke paras normal selepas bersalin (bayi dikeluarkan). Apa yang membezakan tekanan darah tinggi dan pra eklampsia ialah hadirnya protein 2+ di dalam air kencing ibu dan hanya akan berlaku 20 minggu ke atas iaitu selepas uri terbentuk.
Kata Dr Nurul Azwa, tiada jawapan kepada mengapa terjadinya pra eklampsia ini. Ia berkemungkinan kerana plasenta yang tidak terbentuk sempurna yang menyebabkan berlakunya gangguan aliran darah ibu yang mana protein yang sepatutnya ditapis buah pinggang ibu terbebas ke dalam air kencing.
TANDA-TANDA PRA EKLAMPSIA
Antara tanda-tanda pra eklampsia ialah tekanan darah tinggi dan kehadiran protein 2+ di dalam air kencing. Namun gejala-gejala pra eklampsia yang serius adalah seperti berikut;
5 WANITA BERISIKO TINGGI ALAMI PRA EKLAMPSIA
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra eklampsia jika terdiri daripada golongan ini.
KESAN PRA EKLAMPSIA KEPADA IBU DAN BAYI
Pra eklampsia boleh menjadi ancaman yang kuat kepada ibu dan bayi. Ibu yang mengalami pra eklampsia perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan sekiranya ada komplikasi supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi. Dalam keadaan tertentu, ia boleh memberikan kesan pada ibu seperti berikut :
#1 Eklampsia atau nama lain sawan ketika mengandung, di mana tangan dan kaki tersentak-sentak tanpa ransangan, bebola mata ibu naik ke atas dan kancing gigi. Keadaan yang berterusan ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah dan oksigen ke uri dan akan membahayakan nyawa bayi.
#2 Sindrom HELLP. Ini adalah kecelaruan pada hati dan pembekuan darah. HELLP bermaksud:
H:haemolysis atau sel-sel darah merah pecah.
EL:elevated liver enzymes hati tidak berfungsi dengan baik.
LP:low platelet count atau jumlah platelet rendah menyebabkan darah lambat membeku.
#3 Strok atau pendarahan dalam otak. Ia disebabkan oleh tekanan darah yang terlampau tinggi menyebabkan salur darah pecah, merosakkan sel-sel otak sehingga sebahagian otak itu tidak berfungsi.
#4Tumpah darah atau pendarahan yang berterusan.
#5Kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan wujudnya cecair dalam paru-paru (edema pulmonari).
#6 Pada bayi yang dikandung pula, tumbesaran bayi boleh terbantut disebabkan pengaliran darah serta kuantiti oksigen dan nutrien yang tidak mencukupi. Ia juga boleh menyebabkan air ketuban berkurangan (oligohidramnios) dan bayi mati secara mengejut di dalam kandungan.
JANGAN CULAS PEMERIKSAAN PRANATAL!
Penting bagi anda menghadiri semua temu janji pranatal kerana ini akan membantu doktor anda mengesan dan mengawal pra eklampsia (jika ada).
Bagi yang berisiko tinggi, ibu akan diberikan ubat aspirin pada dos yang rendah bermula minggu ke-12 sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra eklampsia. Suplemen kalsium juga perlu diambil. Tekanan darah, pemeriksaan air kencing dan penambahan berat badan akan dipantau dengan teliti.
URI PERLU DIKELUARKAN SEGERA
Bagi menstabilkan ibu daripada eklampsia, bayi dan uri perlu dikeluarkan segera melalui proses kelahiran. Tetapi sebelum bersalin, tekanan darah tinggi ibu akan distabilkan terlebih dahulu.
Magnesium sulfate akan diberikan sebelum dan selepas bersalin kerana sawan masih boleh berlaku selepas bersalin. Bagi sesetengah hospital kerajaan, ibu akan dipantau selama lima hingga tujuh hari sehingga tekanan darah tinggi stabil dan protein dalam air kencing berkurangan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...