Layanlah jika anak-anak tanya soalan, itu petanda anak kita genius. Memang  kadangkala, mama dan papa tertekan dalam melayani soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tidak tahu apa tindak balas sepatutnya. Marah atau tetap mengukir senyuman. Walau apa pun jua, itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otaknya.

Mama: Adik jom mandi.

Anak: Kenapa kena mandi?

Mama: Sebab badan adik dah kotor, seharian ke sana ke mari.

Anak: Macam mana badan boleh kotor mama?

IKLAN

Kerap Layan Soalan Anak-Anak. Jangan Terkejut Rupanya Petanda Anak Genius!

Soalan penting untuk pembelajaran?

Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Dia cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat.

IKLAN

Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.

Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abangnya dan ahli keluarga yang lain. Mungkin juga dia akan bertanya kepada pengasuhnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Ada kalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Amat penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaik-baiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:

IKLAN
  1. Menawarkan peluang atau pengalaman sebagai tindak balas kepada soalan si kecil. Contohnya jika dia terpandang objek yang menarik minatnya, tawarkan dia untuk menyentuhnya dan rasakan pengalaman bermain dengan objek tersebut. Ia memberi peluang kepadanya untuk menerokai dan belajar tentang objek yang menarik minat.
  2. Cadangkan satu cara baru untuk meneroka sebagai jawapan kepada soalan si kecil. Contohnya jika dia tidak tahu bagaimana untuk membuka pintu yang tertutup. Anda boleh cadangkan supaya dia menekan butang khas untuk membuka pintu tersebut. Ia menjadi panduan untuk si kecil mendapatkan jawapan daripada persoalannya.
  3. Tanyakan soalan kepadanya agar menggalakkan dia aktif berfikir untuk mendapatkan jawapan.

Kerap Layan Soalan Anak-Anak. Jangan Terkejut Rupanya Petanda Anak Genius!

Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil.

  • Berikan objek yang menarik minatnya untuk diterokai. Kanak-kanak mempunyai minat semula jadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.
  • Membaca buku bersama. Dengan membaca anda boleh berkongsi banyak idea dan berpeluang bertanya soalan tentang buku yang dibaca.
  • Bertanya soalan kepadanya adalah salah satu cara berkomunikasi yang berkesan. Kanak-kanak biasanya akan bertanya untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada seseorang yang dipercayainya.
  • Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Aktiviti seperti bermain pasir dan bermain air, membuat kraf dan bermain muzik memberi kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka apa objek atau alat tersebut boleh lakukan. Proses penemuan boleh merangsang banyak soalan baru.

Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI