Layanlah jika anak-anak tanya soalan, itu petanda anak kita genius. Memang kadangkala, mama dan papa tertekan dalam melayani soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tidak tahu apa tindak balas sepatutnya. Marah atau tetap mengukir senyuman. Walau apa pun jua, itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otaknya.
Mama: Adik jom mandi.
Anak: Kenapa kena mandi?
Mama: Sebab badan adik dah kotor, seharian ke sana ke mari.
Anak: Macam mana badan boleh kotor mama?
Soalan penting untuk pembelajaran?
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Dia cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat.
Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abangnya dan ahli keluarga yang lain. Mungkin juga dia akan bertanya kepada pengasuhnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Ada kalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Amat penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaik-baiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil.
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.